fbpx
Connect with us

Subscribe

Khir Khalid

Kefahaman Asas Bina Reputasi Pasaran Melalui Digital Storytelling

Bagi saya, Storytelling juga antara kaedah pemasaran pilihan kerana menjimatkan dan telah terbukti berkesan membina kebolehpercayaan prospek sehingga terjalinnya beberapa peluang kerjasama, kontrak agensi dan institusi serta mengukuhkan lagi hubungan rakan industri.

Dengan berkembangnya penggunaan teknologi digital dan media sosial pada era tanpa sempadan kini, kaedah storytelling atau penceritaan mula menjadi pilihan ramai para usahawan terutamanya dalam membina prospek perniagaan, produk dan perkhidmatan yang dipasarkan.

Sebenarnya, sesiapa pun boleh mempraktikkan kaedah storytelling kerana pada asasnya ia tidak memerlukan kepakaran teknologi yang canggihl. Ia juga tidak memerlukan kos pemasaran yang besar berbanding potensi capaian prospek yang mampu dihasilkannya, malah boleh dilakukan tanpa melibatkan kos lain-lain secara langsung selain daripada masa dan idea menulis.

Storytelling Dalam Era Digital

Bagi saya, Storytelling juga antara kaedah pemasaran pilihan kerana menjimatkan dan telah terbukti berkesan membina kebolehpercayaan prospek sehingga terjalinnya beberapa peluang kerjasama, kontrak agensi dan institusi serta mengukuhkan lagi hubungan rakan industri.

Namun ia juga bukan satu usaha semalaman. Ia tidak mudah jika tiada idea dan fokus penceritaan, tanpa latihan konsisten, perancangan serta kesabaran bagi memastikan ia benar-benar berhasil.

Berdasarkan pengalaman sendiri melalui penglibatan di media sosial dan blog selama beberapa tahun telah menyaksikan beberapa usahawan yang memulakan perniagaaan atas talian akhirnya berputus asa kerana gagal mencapai target jualan. Setelah pelbagai status promosi demi promosi dilakukan di media sosial dan laman web, semangat pun luntur kerana jualan tidak berlaku.

Namun tidak kurang juga ramai yang telah berjaya membina reputasi pasaran yang tersendiri sama ada melalui perniagaan, produk dan perkhidmatan jenama sendiri atau menjadi agen jualan kepada syarikat lain hanya dengan memanfaatkan kaedah Storytelling di Facebook peribadi.

Justeru apa membezakan yang berjaya dengan yang tidak membuahkan hasil?

Ok… sebelum penjelasan lanjut, cuba bayangkan situasi ketika kita sedang santai mengeteh di restoran bersama keluarga atau rakan-rakan. Maka datanglah seorang jurujual lantas menjual produk kepada kita… atau, rakan mengeteh kita sendiri pada masa itu yang berbuat sedemikian. Ia sedikit sebanyak pasti membuatkan mood mengeteh kita terganggu.

Jika kita membeli pun, sebahagian besar disebabkan faktor ‘kawan’ atau sekadar nak membantu. Mungkin juga secara kebetulan kita memerlukan produk yang dijual itu. Tapi silap hari bulan, rakan sendiri pun mungkin akan cuba nak mengelak bila diajak mengeteh lagi.

Situasi yang hampir serupa itu juga sebenarnya banyak berlaku dalam dunia digital. Persoalannya, mahukah kita jadikan karekter media sosial kita seperti jurujual atau ‘kawan’ itu tadi?

Jika Ya, cukuplah jimat masa baca sampai di sini.

Fahami Potensi Media Sosial Dan Digital Storytelling

Saya juga pernah beberapa kali melakukan kesilapan demi kesilapan dalam mencipta konten dan status yang membuahkan hasil. Dari situ saya belajar memahami maksud Media Sosial dan Storytelling itu sendiri dalam kesesuaian prospek dan perkhidmatan yang saya tawarkan.

Hasil ‘trial n error’ serta panduan daripada beberapa kenalan yang lebih arif memberi saya gambaran bahawa secara asasnya ada 3 golongan pengguna platform digital dan laman sosial ini.

  1. Golongan yang nak berniaga dan jana pendapatan.
  2. Golongan yang mencari maklumat dan suka berkongsi pendapat.
  3. Golongan yang sekadar bersosial dan menjalin ukhwah silaturrahim.

Jarang sekali kita jumpa pengguna media sosial yang ada niat khusus untuk menjadi seorang pembeli. 

Antara punca mereka yang gagal membina hubungan prospek serta pelanggan adalah kerana terlalu kerap nak menjual. Konten dan status senantiasa berbentuk iklan, promosi dan menjual (hard sell) membuatkan rakan-rakan media sosial dan para subscriber jadi bosan dan terganggu.

Sungguh pun begitu, ketiga-tiga golongan ini juga sebenarnya boleh menjadi prospek berpotensi sebagai pelanggan, sekutu atau mereka yang membantu memantapkan lagi reputasi pasaran jika kaedah yang kita lakukan bersesuaian. 

Menjual Dengan Cara Tidak Menjual Melalui Storytelling

Antara tips mendapatkan konten storytelling yang baik boleh dimulakan dengan terlebih dahulu mengenalpasti tujuan atau ‘personal drive’ kenapa kita memilih menceburi sesuatu perniagaan itu. 

Selami manfaat produk dan perkhidmatan yang boleh kita ceritakan secara ikhlas.

Kenal pasti peranan kita dalam membantu memenuhi sesuatu keperluan pasaran selaras dengan manfaat produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, dan penting untuk kita cipta nilai diri MENGAPA kita adalah individu selayaknya yang patut prospek pilih untuk berurusan berbanding pesaing yang lain.

Gunakan jawapan tersebut untuk membina rangka asas Storytelling dengan penceritaan bersifat informatif, mesra dan personal kepada prospek pasaran di rangkaian digital dan media sosial pilihan. 

Informatif produk atau perkidmatan yang ditawarkan boleh diadunkan sebagai jurnal berkongsi pengalaman harian, testimoni melalui perspektif peribadi, malah input kekeluargaan yang memberi nilai tambah kepada personaliti dan mendekatkan hubungan pembaca secara berperingkat.

Bagi yang memanfaatkan media sosial peribadi, berinteraksilah di status rakan-rakan kerana ia membantu menyokong engagement. Media sosial adalah laman bersosial, maka binalah reputasi pasaran dengan cara bersosial, berkongsi informasi dan bersilaturrahim, bukan terus menjual.

In shaa Allah melalui penceritaan yang konsisten, yakinlah akan ada prospek dengan senang hati berminat menjadi pelanggan kerana berasa selesa dengan kita.

Maka manfaatkan peluang itu dengan khidmat yang terbaik.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Khir Khalid is a certified marketing professional registered with the Institute of Marketing Malaysia. Besides being a columnist at Utusan Malaysia, he is also an associate marketing consultant and a digital content writer for commercial sectors and agencies. Follow him on LinkedIn and website.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelanggan Membantu Memasarkan Produk

Marketing

Mantap Bersama Dilancarkan Untuk Membantu Perniagaan Kecil Di Malaysia

Google

Potensi Augmented Reality Dalam Pemasaran Digital

Khir Khalid

Tiga Cabaran Besar Untuk Berubah

Leadership & Empowerment

Connect
Sign Up For Our Newsletter