fbpx
Connect with us

Subscribe

Azleen Abdul Rahim

Guna Instagram Dengan Efektif

Bagaimana cara menggunakan Instagram yang efektif tanpa peruntukan kewangan yang besar?

Photo by freestocks.org from Pexels

Nampaknya begitu ramai sekali pengguna Facebook di Malaysia, terutamanya dari golongan Millennial dan Generasi Z yang bertukar arah ke Instagram. Mereka sedikit demi sedikit meninggalkan Facebook kerana bagi mereka ia tidak lagi menarik. Terlalu banyak toksik, kata mereka.

Instagram jauh lebih menarik kerana beberapa sebab. Di antaranya ialah ia kurang bertoksik, lebih berbentuk visual, kebanyakan pengguna di sini rata-rata berada dalam generasi yang lebih kurang sama yang masih ‘muda’, ia kelihatan jauh lebih menarik di telefon pintar, Storiesnya yang jauh lebih berimpak tinggi berbanding Facebook dan yang paling penting sekali pengguna di Instagram lebih gemar untuk datang berinteraksi di status-status yang dimuatnaik.

Faktor terakhir ini juga membuatkan jenama-jenama kecil dan besar untuk datang beramai-ramai dan kekal aktif di Instagram. Kadar engagement atau penglibatan oleh para pengikut setiap jenama jauh lebih tinggi berbanding di Facebook. Kini Facebook terkenal sebagai platform bayar-untuk-bermain.

Sebagai jenama kecil dan sederhana, faktor kewangan juga memainkan peranan penting mengapa anda beralih ke Instagram. Di sini, ia tidak begitu memerlukan peruntukan yang tinggi kerana kadar pertumbuhan organik dari aspek penglibatan pengguna masih lagi tinggi. Ya, kata kunci di sini ialah masih lagi, kerana kita tidak tahu berapa lama lagi Instagram akan mempunyai kadar pertumbuhan organik yang tinggi seperti sekarang. Ramai menjangka ia akan berubah menjadi seperti Facebook satu hari nanti.

Bagaimana cara menggunakan Instagram yang efektif tanpa peruntukan kewangan yang besar?

Tetapan akaun Instagram. ‘Bermain’ di Instagram sebagai jenama memerlukan tetapan atau setting yang betul. Anda perlu menggunakan tetapan perniagaan dan bukannya individu. Untuk membuat tetapan sebagai perniagaan, anda perlu mempunyai laman perniagaan di Facebook, Facebook Page terlebih dahulu. Kemudian selaraskan akaun Instagram anda dengan akaun Facebook Page tadi. Mempunyai tetapan perniagaan penting kerana Instagram akan menyediakan laporan-laporan yang berbentuk statistik lengkap tentang jumlah kunjungan yang berlaku. Melalui senarai laporan yang ada, anda sebagai pemilik jenama boleh membuat keputusan yang lebih baik tentang jenis kandungan dan penulisan yang perlu dimuatnaik agar mampu menarik lebih ramai pengunjung lagi untuk datang ke akaun Instagram anda.

Penulisan profil dan gambar. Gambar profil yang perlu dimuatnaik ialah logo jenama anda. Manakala penulisan profil pula perlu ditulis dari perspektif pembaca yang bakal menjadi pelanggan anda. Pastikan mereka faham apa yang akan mereka dapat dari produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Pastikan juga anda meletakkan laman web yang betul pada profil anda. Hanya pada profil Instagram sahaja anda akan mendapati pautan internet berfungsi atau boleh diklik dan tidak pada status. Jadi anda boleh menukar pautan laman web ini berkali-kali mengikut kesesuaian promosi anda pada status harian yang dimuatnaik.

Gambar yang bertema, unik dan beresolusi tinggi. Bertema di sini bermaksud selari dengan mesej yang cuba jenama anda sampaikan. Ada yang menggunakan filter atau tapisan gambar yang hampir sama walaupun setiap konsep gambar yang ada berlainan, ada pula akaun yang bertemakan gambar pemandangan, bertemakan orang ramai ataupun bertemakan status-status milik orang lain yang dimuatnaik kembali dengan kebenaran. Pastikan anda mempunyai tema anda sendiri. Unik pula ialah anda perlu menggunakan gambar yang tidak diperolehi dari internet. Dan yang akhir sekali setiap gambar perlu terang, beresolusi tinggi dan menarik untuk dilihat.

Komen. Biasanya setiap pencarian sesuatu maklumat dilakukan dengan hashtag. Kemudian, lihat status-status yang paling atas senarai yang disediakan oleh Instagram dan komen pada setiap satu status yang ada. Pastikan anda hanya tinggalkan komen-komen yang bernas, kelakar dan jauhkan komen yang berunsur politik, keagamaan dan kebencian. Ramai yang pasti akan perasan tentang komen anda dan mereka akan datang menjenguk Instagram anda selepas itu.

Ikut dan tinggal. Instagram membenarkan anda untuk mengikuti akaun orang lain dan tinggalkan mereka sekiranya sekiranya akaun tadi tidak mengikuti anda kembali. Pastikan anda akan mengikuti sekurang-kurangnya 15-20 akaun Instagram setiap hari yang anda rasa bakal menjadi pelanggan berbayar anda, golongan yang mungkin mengenali bakal pelanggan dan juga golongan media. Ketiga-tiga golongan ini penting bagi memastikan anda mampu membuat jualan nanti.

Tingkatkan pengikut dalam masa yang singkat. Guna iklan berbayar, tiada cara lain lagi.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Azleen Abdul Rahim is the Co-Founder of Marketing In Asia. He also runs NSE, a social media management company. Follow him on LinkedIn.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengapa Strategi Pemasaran Mahal?

Marketing

Why Engagement-Led Marketing Is The Future For Consumer Businesses

Marketing

Should You Ask Your Friends To Like Your Facebook Page?

Marketing

Using Urgency To Increase Sales: The Psychology Behind 11-11 Sales

Perspectives

Connect
Sign Up For Our Newsletter