fbpx
Connect with us

Subscribe

Khir Khalid

Kepentingan Laman Web Untuk Bisnes Dan Pemasaran

Kandungan laman web boleh sentiasa diolah dan dikemas kini dari masa ke semasa agar informasi yang dipaparkan sentiasa releven dengan keperluan semasa

Photo by afiq fatah on Unsplash

Hari ini ramai dalam kalangan ahli perniagaan dan para peneraju industri bersependapat; sekiranya kita atau perniagaan yang kita usahakan masih tidak ditemui di enjin carian, ia bermakna kita masih belum lagi betul-betul berniaga.

Kewujudan di ruangan digital seperti enjin carian sememangnya menjadi kewajipan sekiranya kita serius dalam membangunkan kerjaya atau perniagaan. Ia amat membantu dalam pelbagai aspek pemasaran dan prospektus jangka panjang yang mampan jika dimanfaatkan sebaiknya. 

Terdapat pelbagai cara untuk kita cipta ‘visibility’ di enjin carian. Salah satu cara paling biasa adalah dengan mendaftar akaun media sosial seperti Linkedin, Facebook, Twitter dan Instagram. Namun atas semua itu, laman web adalah platform paling efektif dan berpotensi yang patut diutamakan.

Kenapa Laman Web Penting Untuk Pemasaran

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian peribadi, saya mendapati ada dalam kalangan komuniti bisnes terutamanya SME, ‘startup’, peniaga ‘online’ dan peniaga kecil yang belum sedar kelebihan laman web berbanding akaun media sosial.

Ada juga dalam kalangan mereka berpendapat, laman web memerlukan kos dan komitmen yang tinggi. Ada yang hanya bergantung sepenuhnya pada akaun media sosial untuk membina prospek ‘online’ kerana dirasakan ia mudah dikendali, juga mampu menjana hasil atas perniagaan yang diusahakan.

Tak kiralah, sama ada anda seorang ahli perniagaan, profesional, usahawan, peniaga kecil atau agen jualan beroperasi di rumah atau individu yang berhasrat membina ‘visibility’ diri untuk pembangunan kerjaya, laman web mempunyai kelebihan yang jauh lebih besar dalam memperkasa reputasi diri, pemasaran dan perniagaan anda.

Antara kelebihan utama laman web merangkumi:

  • ‘Visibility’ yang lebih baik dimata enjin carian seperti Google, Bing, Yahoo dan lain-lain.
  • Meluaskan lagi prospek pasaran, kerjaya dan perniagaan melalui carian artikel, portfolio dan imej kepada pencari maklumat dengan lebih teratur. Secara tidak langsung ia membantu membina ‘goodwill’ dan kredibiliti yang lebih strategik.
  • Membina kompilasi kandungan di laman web boleh dimanfaatkan sebagai rujukan jangka panjang kepada prospek ‘online’, juga pelanggan sedia ada. Ia boleh dikongsikan dikebanyakkan saluran media sosial bagi memudahkan perkongsian maklumat dengan teratur dan profesional tanpa perlu menulis status panjang lebar di media sosial.
  • Kandungan laman web boleh sentiasa diolah dan dikemas kini dari masa ke semasa agar maklumat yang dipaparkan sentiasa releven dengan keperluan semasa.
  • Kelebihan laman web selain kandungan artikel, imej dan video untuk portfolio perniagaan, juga mampu memuatkan kedai online, menjaga hubungan pelanggan dengan  keahlian dan sebaran risalah promosi melalui email listing disamping memudahkan urusan jual beli secara online.
  • Laman web boleh dijadikan platform membina ‘backlink’ untuk sebaran maklumat produk, servis, perniagaan kepada prospek secara meluas melalui pelbagai strategi pemasaran seperti Search Engine Marketing, Social Media Ads, termasuk review, editorial dan advertorial pihak lain yang boleh ditujukan terus ke laman web atau kandungan artikel anda.
  • Laman web boleh dibangunkan dengan kos yang rendah berbanding kemampuannya menyimpan kandungan, data serta potensi capaian online untuk menyokong pelbagai tujuan pemasaran, perniagaan serta kerjaya.

Terdapat pelbagai lagi kelebihan laman web yang sentiasa berkembang dalam memenuhi keperluan serta tuntutan pasaran era digital dan globalisasi.  

Manfaatkan Potensi Laman Web Untuk Pemasaran Dan Bisnes

Sememangnya penting untuk kita manfaatkan potensi laman web dalam pemasaran yang semakin berkembang pesat. Malah, setiap kita juga sebenarnya kini sudah perlu mempunyai satu laman web sebagai profil rujukan yang membantu pemerkasaan kerjaya dan profesional.

Anda boleh mulakan sebuah laman web dengan platform blog secara percuma, tetapi untuk kebaikan momentum jangka panjang kerjaya, pemasaran dan perniagaan, saya sarankan agar anda menggunakan platform Content Management System (CMS) dengan layanan hosting yang baik.

Anda juga boleh dapatkan khidmat pembangun laman web yang dipercayai sebagai satu pelaburan bijak dan kos efektif demi kebaikan kerjaya, perniagaan dan memperkasa landasan pemasaran yang strategik. 

Memanfaatkan potensi laman web amat penting dalam dunia hari ini kerana ia adalah aset digital anda yang mampu menyokong pengukuhan diri, bisnes dan pemasaran yang lebih mampan.

Sign Up for Our Newsletter

Khir Khalid
Written By

Khir Khalid is a certified marketing professional registered with the Institute of Marketing Malaysia. Besides being a columnist at Utusan Malaysia, he is also an associate marketing consultant and a digital content writer for commercial sectors and agencies. Follow him on LinkedIn and website.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kepentingan Pemasaran Dalam Realiti Keusahawanan & Kehidupan

Khir Khalid

people wearing diy masks people wearing diy masks

Etika Penting Dalam Merangka Strategi Pemasaran Sosial

Marketing

jamek mosque and big multi storey buildings jamek mosque and big multi storey buildings

Sejauh Mana Pentingnya Pemasaran Digital Untuk Sektor Perniagaan

Khir Khalid

Tidak Perlu Beli Perisian. Ada Cara Mudah Untuk Dapatkan Kedudukan Tinggi Di Google

Azleen Abdul Rahim

Connect
Sign Up for Our Newsletter