Connect with us

Subscribe

Bahasa Melayu

Pangkalan Data Pelanggan: Mengapa Ia Penting?

Pelanggan ialah manusia yang suka diperingati, dipuji dan dijamu visual menarik berulangkali secara konsisten sehingga dibawa mimpi dan beli berkali-kali

Image by chinsoontan from Pixabay

“Terima kasih, datang lagi.” Penutup jualan lazim. Tapi yakinkah kita dengan kedatangan semula pelanggan tersebut kembali membeli produk atau servis buat kali kedua dan seterusnya?

Pekerja rajin, minta pelanggan catit nama dan nombor telefon untuk dihubungi bagi tujuan makluman promosi, katanya. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Tiada sesiapa pun pedulikan kertas catatan informasi pelanggan tersebut. Tersepuk dalam laci atau fail berkurun lama. Silap haribulan, sudah jadi kertas bungkusan nasi lemak, paling teruk sudah menjadi cebisan sampah!

Ramai kurang peka bahawa cebisan sampah tersebut mempunyai nilai beratus malahan boleh cecah jutaan ringgit. Nama cebisan sampah – Data Pelanggan! Tahukah anda bahawa syarikat gergasi amat laparkan data pelanggan terutamanya syarikat dalam industri peruncitan, produk kecantikan, kesihatan dan fesyen?

Kesudahannya, peniaga yang memandang remeh terhadap data yang telah dijadikan cebisan sampah tadi, sibuk membazirkan bajet pemasaran dengan membeli pangkalan data yang berharga serendah RM300 bagi 30,000 emel pelanggan baru yang belum pernah mencuba produk sedangkan senarai pelanggan yang pernah mencuba produk sudah tersedia ada, tersadai dan tidak diurusbaik sebagai rujukan pemasaran.

Hakikatnya hasil jualan boleh dijana berlipatganda hanya dengan menyegarkan semula ingatan pelanggan lama dan sedia ada terhadap jenama produk anda. Sememangnya bukan mudah untuk mencari pelanggan baru dan menjejaki semula pelanggan lama merupakan langkah lebih baik kerana kesetiaan jenama masih kekal sebagai strategi terbaik sepanjang kurun.

Lihat gaya pemasaran Watson! Memang menghabisgunakan peluang data pelanggan mereka. Dengan penggunaan kad keahlian di mana pengumpulan informasi pelanggan disatukan, pelanggan disogokkan dengan pelbagai iklan promosi setiap hari menerusi emel, buat pelanggan asyik angau dengan jenama Watson – apa saja belian barangan keperluan peribadi harian, pasti teringatkan Watson, tidak sempat terfikir jenama lain.

Faham, bajet kurang untuk menggiatkan usaha pemasaran. Dengan alasan itulah kita harus fikirkan solusi zero budget dengan penggunaan semudah Microsoft Excel bagi pengumpulan data pelanggan secara konsisten dan sistematik. Sekiranya ada bajet lebih, utamakan juga penambahbaikan sistem pangkalan data pelanggan bagi memudahkan integrasi komunikasi bersama pelanggan dengan media sosial seperti Facebook dan Instagram. Pengumpulan bersahaja menerusi Microsoft Excel juga merupakan faktor penyumbang kos rendah bagi penciptaan sistem baru kerana penyedutan data lebih mudah disebabkan data mentah sudah sedia ada tersusun kemas.

Banyak idea kreatif pemasaran boleh dicipta dan diaplikasikan dengan menggunapakai pangkalan data pelanggan. Pelanggan ialah manusia yang suka diperingati, dipuji dan dijamu visual yang menarik berulangkali secara konsisten sehingga dibawa mimpi dan beli berkali-kali. 

Mulakan sekarang, hargai data pelanggan anda. Simpan. Gunapakai berulangkali. Kemaskini. Gunapakai sehingga generasi ke generasi, pasti jenama produk akan kekal sampai tujuh generasi pelanggan. Lantaran itu jangan ambil mudah tentang data pelanggan kerana anda bertanding dengan jutaan produk di pasaran!

Sign Up to Our Newsletter

Nana Khan
Written By

Nana is a business development strategist and a trainer with 15 years of experience across corporate in marketing, sales, project management and procurement. Follow her on LinkedIn

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apakah Bisnes Yang Berpotensi Tinggi Pada Tahun 2020?

Azleen Abdul Rahim

Saluran Komunikasi Digital Efektif Untuk Pemasaran Peniaga Kecil

Bahasa Melayu

Ikut Langkah Ini Jika Ingin Menjadi Autoriti Dalam Bidang Anda

Bahasa Melayu

Kelebihan Rangkaian Pemasaran Digital Berbanding Pemasaran Tradisional

Bahasa Melayu

Connect
Sign Up to Our Newsletter