fbpx
Connect with us

Subscribe

Originals

LinkedIn Hacking: Rahsia Menggunakan Platform Linkedin Yang Lebih Berkesan

Ia tentang membina hubungan rangkaian sosial yang mampu mewujudkan kepercayaan yang lebih erat dan sekaligus dapat menjayakan setiap hasrat yang diketengahkan untuk manfaat bersama

Photo by Joshua Newton on Unsplash

Kebanyakkan “copywriter” pasti tahu dengan lebih baik tentang rahsia pemasaran di LinkedIn. Namun bukan semuanya boleh dilaksanakan dengan berkesan jika kita tidak mengetahui cara asas yang betul. Bagi sesiapa yang tidak mengenali LinkedIn dengan lebih rapat, saya akan menjelaskannya apa itu LinkedIn and kegunaannya untuk masyarakat umum.

LinkedIn adalah platfom media sosial untuk membina profesyen, mencari pekerjaan, bekolaborasi dengan pelanggan korporat, termasuk juga sebagai medan kepada pegawai Sumber Manusia atau “Human Resource” kepada sesebuah syarikat mencari calon yang sesuai untuk syarikat mereka. 

Berdasarkan Petikan Akhbar The Star pada 18 Disember 2018,  Pengarah Urusan LinkedIn Asia Pasifik, Olivier Legrand, menyatakan bahawa LinkedIn sudah mempunyai lebih daripada 28 juta ahli di Asia Tenggara atau ASEAN dan 4 juta daripada mereka merupakan pengguna di Malaysia. 

LinkedIn pada masa kini telahpun membuka operasinya di Malaysia bermula suku pertama 2019 untuk berkhidmat kepada 4 juta ahli di negara ini dan meningkatkan perniagaannya di Asia Pasifik.

Tambah Oliver lagi,  “Memandangkan syarikat terus mengukuhkan penawarannya untuk para pelanggan dari kalangan perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia, matlamat kami adalah untuk melayani segmen pengguna yang semakin meningkat di rantau Asia Tenggara.” 

Oleh itu, bagi menyerlahkah kewujudan anda di LinkedIn, saya akan berkongsi petua rahsia pemasaran Linkedin ini. Berikut saya jelaskan 3 teknik yang saya gunakan sebagai strategi pemasaran bagi memaksimakan potensi di platform LinkedIn dengan lebih berkesan. 

Gunakan tajuk artikel yang lebih memberangsangkan

Untuk setiap tajuk #headline status yang diposkan, saya akan mencari slogan yang mencuit hati atau memberikan impak yang lebih memberangsangkan menggunakan ‘tool’ online seperti penganalisis tajuk di Headline Analyzer atau Blog Title Generator.

Oleh itu, daripada sekadar memulakan kepala tajuk dengan perkataan dan ayat biasa, sebagai contoh seperti “6 Cara Untuk,”, saya akan menggunakan kapsyen Story of the Day atau Tema Hari Ini berdasarkan tema yang tertera untuk kepala tajuk yang lebih mantap dalam memberi impak kepada setiap status yang dikongsikan di LinkedIn.

Gunakan rangka kerja “Masalah-Kesan-Penyelesaian” sebagai badan di dalam ayat storytelling

Rangka “Masalah-Kesan-Penyelesaian” adalah untuk membantu menyedarkan prospek dalam memahami masalah yang mereka hadapi dalam kehidupan seharian sebelum menggunakan produk atau perkhidmatan anda. Ia juga mampu menarik prospek mendekati anda tentang perkara yang tidak dapat menyelesaikan masalah mereka selama ini.  

Rangka kerja ini amat membantu menjelaskan hasrat anda dengan menyediakan peta perjalanan pengguna dalam bentuk infografik. Ia juga berkesan sebagai pelengkap “journey map” bagi memudahkan prospek memahami secara menyeluruh terhadap setiap perkara yang anda ingin perjelaskan secara ringkas, padat dan tepat.

Bagi pemasaran produk atau aplikasi mobile yang mempunyai kandungan teknikal, saya akan melabur masa terlebih dahulu untuk membina siri-siri infographik yang memberi rumusan atau “summary” bagi memudahkan kefahaman orang umum yang mungkin belum mengenali produk atau perkhidmatan anda. Antara aplikasi yang boleh digunakan adalah 1 Second Everyday dan ia boleh anda muat turun dengan mudah di Play Store.

Kenalpasti segmen “Social networking” effect atau “rangkaian sosial” anda

Berpandukan prinsip “Social Networking” yang telah saya pelajari daripada strategi berfokus “bottleneck” oleh seorang pakar strategi perniagaan terkemuka dunia, Prof Wolfgang Mewes dari Jerman, adalah kepentingan bercakap mengenai “Social Networking” dengan kumpulan sasaran anda dan bukannya mengunakan cara “hardsell.”

Ia tentang membina hubungan rangkaian sosial yang mampu mewujudkan kepercayaan yang lebih erat dan sekaligus dapat menjayakan setiap hasrat yang diketengahkan untuk manfaat bersama.   

Dari titik pemasaran untuk berjaya di LinkedIn, ia juga bukannya tentang menulis banyak butiran atau seperti menulis artikel blog. Sebaliknya yang lebih penting untuk pemasaran LinkedIn, adalah mengenal pasti siapakah segmen pengguna yang sering kali melawat profil anda di LinkedIn.

Dengan ini, sekian sahajalah penerangan saya pada kali ini; saya berharap akan dapat memberi manfaat kepada pembaca di ruangan saya.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Elton Kuah is a certified marketer and digital marketing expert specialising in B2B market research, B2B lead generation and data analytics (3D). He has more than 10 years of significant experience working with market research for consulting companies such as M-Brain, Asiabiz Strategy, MARTEC and Hero Chemical Hong Kong. He is also a business advisor for Alphazetta.ai, a leading global network for independent analytics experts. You may follow him on website and LinkedIn.

2 Comments

2 Comments

  1. EK

    31st January 2020 at 12:59 am

    terima kasih di atas sharing artikel ini, Mr Elton

    • Keng Soon

      17th April 2020 at 10:24 pm

      Thank you Asia CEO, Elton You base in KL or HKG ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

LinkedIn: More Companies In Singapore Prefer To Hire Candidates With Skills, Over Qualifications Like Education Or Experience

Report

Stand Out On LinkedIn With Creator Mode, Cover Story, Service Pages & More!

Marketing

Asia: Don’t Neglect Your LinkedIn Opportunities

Marketing

6 Sebab Mengapa Pemasaran Media Sosial Penting Bagi Seorang Usahawan

Marketing

Connect
Sign Up For Our Newsletter