Connect with us

Subscribe

Bahasa Melayu

Teknik Membina ‘Authority’ Pasaran Dengan Self-Funded Proposal

Selain usahawan, terdapat ramai dikalangan mereka yang bekerja sepenuh masa turut memanfaatkan teknik Self-Funded Proposal ini dalam memperkasa penglibatan peribadi dan kerjaya

Photo by aidil maula on Unsplash

Peralihan zaman analog ke era teknologi digital menyaksikan perkembangan komunikasi dan perkongsian maklumat dengan skala yang amat pesat. Pelbagai perkara boleh kita rujuk dan pelajari dengan mudah dalam era informasi di hujung jari ini. Sama ada maklumat itu sahih atau tidak, semuanya berlegar di sekeliling kita melalui pelbagai platform komunikasi yang ada. 

Ia memerlukan kebijaksanaan kita semua dalam mengenalpasti maklumat yang sahih dan saluran informasi yang dipercayai. Malah bagi sesetengah perkara, kredibiliti individu dan organisasi juga menjadi faktor penting yang turut menjadi penilaian. Maka di situlah ‘authority’ atau kewibawaan pasaran memainkan peranan penting agar maklumat yang diketengahkan dapat menghasilkan impak positif terhadap kerjaya atau objektif perniagaan.

Terdapat beberapa kaedah membina ‘authority’ kepercayaan pasaran. Kali ini saya terpanggil berkongsi perspektif tentang bagaimana anda boleh memanfaatkan teknik pemasaran Self-Funded Proposal dalam mengatasi persaingan maklumat dan gangguan ‘digital noise’ era digital kini.  

Apa Itu Pemasaran Self-Funded Proposal

Self-Funded Proposal telah lama dipraktikkan sebelum kemunculan era digital lagi, namun masih ramai yang tidak menyedari potensi kaedah pemasaran ini. Ia secara mudah merupakan salah satu strategi mempromosi atau menjual produk sampingan bagi tujuan melariskan produk atau hasrat utama.

Selaras dengan perkataan Self-Funded Proposal itu sendiri yang bermaksud “cadangan melalui permodalan sendiri”. Secara jelas, kita memperuntukkan sejumlah ‘modal sendiri’ merangkumi masa dan kewangan untuk mencipta produk yang boleh membantu memperkukuh kepercayaan pasaran terhadap diri serta kredibiliti kerjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi.

Bagi anda yang serius memperkukuh kredibiliti kerjaya dan perniagaan, Self-Funded Proposal juga pada kebiasaannya berkesan sebagai tools jangka panjang dalam menyokong penjenamaan diri disamping membantu kos pemasaran dengan pendapatan melalui produk sampingan tersebut. 

Berikut saya sertakan beberapa teknik pemasaran Self-Funded Proposal yang mungkin dapat membantu anda dalam manfaatkan peluang memperkasa ‘authority’ dan membina keyakinan prospek pasaran terhadap apa jua bidang yang anda ceburi.

Menerbitkan buku atau ebuku berkaitan bidang yang diceburi. Menerbitkan sebuah buku bukan satu perkara yang terlalu rumit dalam konteks pengukuhan pasaran jangka panjang Self-Funded Proposal ini. Jika anda mempunyai latarbelakang pengalaman dalam industri penulisan dan penerbitan buku, saya ucapkan tahniah kerana ia satu “advantage’ yang patut anda manfaatkan sebaiknya.

Namun sekiranya anda bukan seorang yang mahir menulis buku seperti saya, cukuplah sekiranya anda dapat menulis dan menerbitkan sebuah buku asas berkaitan perspektif kerjaya yang diceburi. Perkara yang penting, buku tersebut mestilah kos efektif, informatif dengan kreativiti yang menarik.

Tujuan utama menerbitkan buku bukanlah untuk dijadikan sumber pendapatan utama, menang anugerah ‘best author’, ‘best seller’ atau seumpamanya (jika boleh adalah lebih baik), tetapi dijadikan sebagai bahan realiti untuk rujukan prospek dan pelanggan anda. Selain berpotensi untuk dijual, buku tersebut menjadi pemangkin membina kepercayaan prospek terhadap kewibawaan anda.

Sebagai contoh; sekiranya anda terlibat dalam bidang hartanah, anda boleh menerbitkan buku berkaitan tips membeli rumah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sebagai agen hartanah. Begitu juga sekiranya anda seorang doktor, guru, auditor, ahli pemasaran, agen insuran, freelancer mahupun seorang surirumah yang aktif sebagai agen jualan.

Membangunkan sebuah laman web bagi menyokong kerjaya. Memiliki sebuah laman web rasmi yang lengkap dengan rujukan profil dan portfolio juga sudah seakan menjadi keperluan bagi mereka yang serius membangun kerjaya dalam era digital ini. Malah terdapat ramai ahli perniagaan, eksekutif dan agen kini yang turut membangunkan ‘personal website’ untuk diintegrasikan selaras portal atau laman web rasmi perniagaan. 

Kos memiliki sebuah laman web berteraskan ciri-ciri profesional sebenarnya tidaklah melibatkan kos yang terlalu besar jika dibandingkan dengan potensi yang boleh dimanfaatkan. Malah dengan membangun laman yang unik, kreatif dan sesuai dengan bidang yang diceburi turut membantu memperkasa personaliti diri dalam membina ‘authority’ serta membuka lagi ruang kepercayaan prospek industri mahupun pelanggan dengan lebih baik.

Memanfaatkan ruangan blog dalam berkongsi perspektif yang terkait kerjaya juga menjadi satu nilai tambah jangka panjang yang penting. Anda juga boleh menjadikan laman web anda sebagai platform rujukan sekiranya berhasrat terlibat sebagai ‘guess writer’ atau ‘contributor’ kepada laman web berauthoriti tinggi yang terkait dengan niche sebagai pendedahan kerjaya.

Saya pernah berkongsi perspektif pada salah satu artikel sebelum ini tentang Kepentingan laman web untuk bisnes dan pemasaran. Ia terpakai untuk semua kerjaya asalkan anda tahu matlamat yang ingin direalisasikan dalam kerjaya dan perniagaan.

Menyusun atur saluran media sosial sebagai sales funnel. Secara dasarnya tidak memerlukan kos untuk kita mendaftar mana-mana akaun media sosial yang tersedia di alam maya ini. Namun bagi memastikan ia selaras dalam hasrat membina ‘authority’ untuk manfaat kerjaya atau perniagaan, terdapat beberapa perkara yang perlu kita jaga sebaiknya.

Perkara utama adalah mengenalipasti fungsi dan kelebihan sesuatu rangkaian media sosial untuk diselaraskan dengan kaedah pemasaran yang sesuai dengan matlamat kerjaya dan perniagaan. Anda boleh rujuk artikel bertajuk Ketahui Kaedah Pemasaran Anda yang memberi gambaran terbaik.

Selain itu, status atau pengisian dan imej gambar-gambar di media sosial tersebut juga perlu sentiasa dijaga agar segala yang dikongsikan bersesuaian dengan niche kerjaya dan penerampilan kerana ia merupakan sales funnel yang memberi refleksi tentang diri anda oleh prospek dan pelanggan.

Sekiranya perlu penambahbaikan yang memerlukan kos seperti mendapatkan smartfon atas tujuan imej gambar yang meyakinkan, penggunaan iklan media sosial untuk capaian yang lebih luas, ia juga salah satu langkah yang boleh dilakukan jika bersesuaian untuk kebaikan sales funnel anda.

Self-Funded Proposal Dalam Dunia Pemasaran

Pernah satu masa, teknik pemasaran Self-Funded Proposal ini tertumpu pada industri yang terlibat dalam sistem Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing). Pada kebiasaan setiap peserta perlu mengeluarkan modal sendiri untuk menyertai keahlian termasuk melaksanakan pelbagai inisiatif penajaan, komitmen dan strategi jualan.

Namun bila berkembangnya teknologi digital dan capaian prospek semakin meluas, ia mula mendapat tempat dikalangan mereka yang berhasrat membangunkan kerjaya secara serius. Selain usahawan, terdapat ramai dikalangan mereka yang bekerja sepenuh masa turut memanfaatkan teknik Self-Funded Proposal ini dalam memperkasa penglibatan peribadi dan kerjaya.

Kita boleh lihat, ada dalam kalangan guru yang berjaya membuka pusat tuisyen persendirian, freelancer hartanah menjadi mentor berjaya, auditor menjadi suri rumah tanpa perlu mengorbankan kredibiliti kerjaya dengan menjadi freelancer profesional, malah pelbagai lagi dengan sokongan Self-Funded Proposal dalam memperkasa kredibiliti digital kepada prospek yang mereka sasarkan.

Namun ia bukan perkara yang boleh terjadi semalaman dan memerlukan fokus, kesabaran serta istiqamah. Kita mulakan dengan merangka kaedah terbaik dengan Self-Funded Proposal disamping memanfaatkan segala peluang dan strategi berpotensi demi kebaikan kerjaya dan perniagaan.

Sign Up to Our Newsletter

Khir Khalid
Written By

Khir Khalid is Marketing In Asia's Editor for Bahasa Melayu. He is also a certified marketing professional and a digital content writer. Follow him on LinkedIn and website.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Elemen Pemasaran Penting Sebagai Freelancer Profesional

Bahasa Melayu

5 Cara Berkesan Meningkatkan Strategi Social Selling

Bahasa Melayu

Kesan COVID-19: 3 Cara Peniaga Dan Pekerja Menangani Kemelesetan Ekonomi

Bahasa Melayu

Taktik Pemasaran Instagram Untuk Tahun 2020 Di Malaysia

Azleen Abdul Rahim

Connect
Sign Up to Our Newsletter