Connect with us

Subscribe

Bahasa Melayu

Bagaimana Mempraktikkan Etika Marketing Yang Betul Tanpa Rasa Poyo

Biasanya, orang yang terasa dan akan meluahkah perasaan

Photo by Vincent Gerbouin from Pexels

Anda mungkin pernah dengar perkataan ini “Anda Adalah Seorang Poyo”, namun adakah anda faham maksud poyo di dalam dunia marketing? 

Di Dalam Definisi Wikipedia, perkataan  poyo ialah slanga yang baru dicipta sekitar 2000-an tidak terdapat di dalam Kamus Dewan dan setakat ini belum ada sebarang kajian akan asal-usulnya ataupun maksud sebenar. Poyo juga belum mempunyai takrifan khusus dan tepat di dalam Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Namun begitu, berdasarkan penggunaannya, ia boleh dikatakan bermaksud berikut:

  • Seseorang yang mempunyai watak hambar, tidak asli atau ‘original’, sangat menjengkelkan dan kebodoh-bodohan
  • Seseorang yang berwatakan luar dari norma orang biasa seperti merasakan diri-sendiri bagus, suka temberang dan bercakap luar dari kenyataan
  • Seseorang yang angkuh, bangga diri dan sombong dengan apa yang dimilikinya.

Ia juga mempunyai persamaan dengan slanga bahasa Inggeris Amerika iaitu ‘lame’

Di sini, saya akan menjelaskan contoh marketing poyo. Jadi, apakah contoh marketing yang berbentuk poyo? Berikut adalah contoh marketing poyo:

  • Mengiklan martabat nama sendiri pada iklan yang tidak berkaitan secara langsung atau di hadapan iklan pesaing dengan berterusan.
  • Menjatuhkan nama orang atau syarikat (terutama pesaing) di kaca mata pelanggan atau prospek untuk kepentingan diri sendiri.
  • Menggunakan isu sensitif seperti kesihatan, bangsa , ugama dan mengaitkan atau menjual secara langsung dengan produk)/servis secara langsung untuk menonjolkan diri sendiri  (tujuan marketing adalah teknik clickbait oleh penjual).

Apakah kesan tentang marketing berbentuk begini? Biasanya, orang yang terasa dan akan meluahkah perasaan. “Ooh, marketing saya adalah bagus ataupun marketing orang lain poyo. Tak bagus betul Etika orang ini.” atau “Please don’t do this (seperti di dalam gambar).”

Kesan marketing terlalu poyo stay poyo yang berterusan pula adalah seperti berikut:

  • Para pelanggan akan terasa tertipu, atau memberitahu orang lain tentang Etika anda. Maka bisnes anda anda terjejas jika keadaan berlarutan.
  • Nama anda tidak bagus di kaca mata pemain industri dan akan kemungkinan orang berasa jengkel untuk berurusan dengan syarikat anda.  

Bagaimana pula untuk mempraktik marketing tidak poyo atau marketing secara beretika dengan niat dan hala tuju marketing yang telus dan jelas?

Niat marketing anda. Niat marketing di sini memainkan peranan yang penting. Jika tujuan marketing anda dapat membantu orang lain tanpa mengharapkan banyak balasan, ini adalah marketing yang beretika.

Hala tuju marketing. Apakah maksud hala taju marketing anda? Hala tuju bermaksud apa kesan yang mungkin terjadi selepas pemasaran anda dan perasaan audiens anda yang mendapat mesej tersebut. Pastikan tiada mangsa yang dihubungkait dengan kesan marketing anda.

Di sini, elemen soft selling memainkan kesan hala tuju. Sekiranya mesej itu dapat diselit dalam atur cerita dengan semula jadi, dan reaksi audience adalah positif, maka ini marketing etika tidak poyo. Faham jalan ceritanya setakat ini? Untuk kesan yang berkesan untuk soft selling, pada gambar Yang Di Pertuan Agong  memberi KFC pada pihak pemberita lebih berkesan (rujuk kepada gambar dan secara tidak langsung orang mengingati KFC dan McDonalds yang disiarkan dalam akhbar pada 25 Februari).

Mungkin saudari-saudari ada soalan tambahan, “Bagaimana jika marketing saya disangkut paut oleh akhbar secara tidak langsung dan audiens memberi reaksi negative dan postifi pada masa itu. Jadi, bagaimana saya harus menangani isu sebegini? Untuk jawapan ini, saya berasa pendapat audiens majoriti akan memberitahu jawapan secara terus (feedback) kepada anda.

Untuk tambahan, utamakan juga prinsip bahawa mesej yang disampaikan tidak menyinggung perasaan sesiapa (terutama yang melibatkan etika industri/agama/bangsa dan yang berhubung kait). Sekian sahaja topik kali ini. Harap ini dapat membantu kalian topik ini.

Sign Up to Our Newsletter

Elton Kuah
Written By

Elton Kuah is a certified marketer and digital marketing expert specialising in B2B market research, B2B lead generation and data analytics (3D). He has more than 10 years of significant experience working with market research for consulting companies such as M-Brain, Asiabiz Strategy, MARTEC and Hero Chemical Hong Kong. He is also a business advisor for Alphazetta.ai, a leading global network for independent analytics experts. You may follow him on website and LinkedIn.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apakah Bisnes Yang Berpotensi Tinggi Pada Tahun 2020?

Azleen Abdul Rahim

Saluran Komunikasi Digital Efektif Untuk Pemasaran Peniaga Kecil

Bahasa Melayu

Ikut Langkah Ini Jika Ingin Menjadi Autoriti Dalam Bidang Anda

Bahasa Melayu

Kelebihan Rangkaian Pemasaran Digital Berbanding Pemasaran Tradisional

Bahasa Melayu

Connect
Sign Up to Our Newsletter