fbpx
Connect with us

Subscribe

Malaysia

Bagaimana Nak Kekal Produktif Dan Kreatif Sebagai Seorang Designer?

Tulis sesuatu yang bermanfaat untuk semua orang – perkongsian pengalaman kehidupan, kemahiran atau tulis apa sahaja yang kita suka. Asalkan kita menulis.

Photo by Timon Klauser on Unsplash

Pereka grafik atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai ‘Graphic Designer’, memerlukan daya kreativiti dan mata yang agak sensitif dalam menghasilkan sesebuah reka bentuk (design) sama ada poster, logo, identiti penjenamaan dan sebagainya.

Sensitifnya mata seorang designer itu melibatkan komposisi elemen grafik, ruang putih atau white space dalam sesebuah poster, kekemasan dan kestabilan dan banyak lagi.

Untuk menghasilkan sesebuah design yang baik dan bagus, ia memerlukan daya tumpuan yang sangat tinggi dan fokus harus diberikan sepenuhnya daripada peringkat awal proses sehingga ke peringkat persembahan (presentation) kepada pihak ketiga agar kualiti sesebuah design itu terjaga.

Namun, dalam keghairahan menghasilkan seni grafik, sebahagian daripada kita akan timbul satu perasaan atau suasana otak tepu apabila terlalu lama melihat skrin komputer/laptop/telefon pintar sekurang-kurangnya melebihi 5 jam sehari tanpa henti. Itu adalah jumlah jam kebiasaan bagi seorang designer bekerja untuk menghasilkan 2-5 design.

Bagi mereka yang profesional dengan kadar bayaran yang agak tinggi, barangkali proses menghasilkan kerja kreatif kurang daripada 2 jam sahaja tetapi ia masih juga bergantung kepada kemampuan dan kemahiran setiap individu dan kadar kesukaran dan jumlah tugasan yang diberikan.

Kesan daripada itu, berdasarkan pengalaman peribadi saya, kebarangkalian untuk gagal mengolah idea dengan baik adalah tinggi terutamanya apabila kerja-kerja yang memerlukan ketelitian yang amat tinggi seperti reka bentuk logo dan identiti penjenamaan. Tambahan pula dengan tarikh akhir submission yang kadangkala begitu singkat perlu kita kejar.

Maka, timbul satu persoalan, bagaimana cara bagi kita sebagai seorang designer untuk kekal ‘fresh’ dengan fikiran yang clean dan tidak menyerabutkan pada setiap hari agar kita dapat menghasilkan sebuah design yang baik tanpa perlu ada kecelaruan minda ketika menghasilkannya?

Apa pendekatan yang terbaik boleh kita praktiskan agar kita kekal bersemangat untuk terus menghasilkan design yang berkualiti tinggi agar dapat memberi impak kepada setiap perniagaan diluar sana dan menghilangkan rasa penat pada mata dan fikiran?

Ini adalah perkongsian bagaimana saya mengekalkan daya kreativiti dan produktiviti setiap hari sebagai seorang designer.

Matikan telefon dan internet. Matikan seketika telefon atau data internet dan cuba untuk berhadapan dengan dunia realiti. Nikmati pemadangan udara atau berbual kosong dengan rakan sekerja dan melupakan seketika sebarang aktiviti yang berkaitan dengan design. Paling utama, jangan fikir apa-apa berkenaan dengannya.

Tetapkan satu tempoh yang tertentu agar otak atau mata dapat berehat seketika daripada kepenatan melihat skrin dalam tempoh masa yang agak lama. Jangan sibukkan diri untuk scroll media sosial. Tenangkan diri, rehatkan badan dan buat sedikit regangan akibat terlalu lama duduk dengan posisi yang tidak ergonomik. Jangan lupa ambil sedikit coklat!

Baca buku. Membaca buku dapat meningkatkan daya fikiran yang lebih tajam dan meluaskan pandangan dan perspektif seseorang dalam sesuatu isu/perkara. Ya, saya tahu ia kedengaran agak klise dan membosankan bagi sesetengah orang tetapi aktiviti ini antara yang paling jarang dilakukan oleh sebahagian designer.

Buku-buku yang dibaca hendaklah berkaitan dengan topik-topik yang menarik perhatian kita untuk mendalami dengan lebih dalam agar kita terus kekal untuk membaca dan mengelakkan timbulnya suasana bosan yang boleh mendorong seseorang untuk tidur.

Melatih diri untuk sentiasa menulis. Tulis sesuatu yang bermanfaat untuk semua orang dalam sebarang bentuk sama ada perkongsian pengalaman kehidupan, kemahiran dan sebagainya atau tulis apa sahaja yang kita suka di dalam buku nota, diari atau di memo telefon pintar. Asalkan kita menulis.

Ketika kita menulis, aktiviti tersebut akan melibatkan percakapan suara dalam minda dan mendorong kita untuk berfikir dalam keadaan tenang (tidak terburu-buru) dan bermuhasabah serta mengekspresikan segala masalah ke dalam bentuk catatan.

Sekurang-kurangnya, tekanan dan bebanan kerja dapat dikurangkan walaupun sedikit.

Tidur yang secukupnya. Dalam kesibukan mengejar deadline, ramai dalam kalangan designer kurang mengambil berat tentang kitaran waktu tidur di waktu malam. Kebanyakan daripada kita akan berjaga tengah malam semata-mata untuk menyiapkan beberapa tugasan yang kadangkala ada 2-3 design yang mempunyai deadline pada tarikh dan waktu yang sama.

Ketidakseimbangan dalam kitaran tidur sebenarnya akan menjejaskan daya kreativiti seseorang memandangkan pada setiap malam, tubuh badan termasuk minda kita memerlukan satu masa untuk proses memperbaiki sel-sel lama dengan yang baru.

Antara sebab lain mengapa tidur ini penting ialah untuk mengelakkan kita berdelusi dan berfalasi pada keesokan pagi.

Meluangkan masa dengan aktiviti yang kita suka. Siapa je yang tak suka Netflix, kan? Buatlah sebarang aktiviti yang kita suka pada malam hari sebagai reward atas kerja keras kita pada siang hari. Bukan bermakna kita boleh terus bermalas-malasan pada sepanjang malam.

Konklusinya, tetapkan satu masa untuk kita mengurus diri sendiri dan berehat daripada sebarang kaitan dengan kerja. Tidur yang secukupnya serta mempunyai diet pemakanan yang seimbang salah satu faktor penting untuk kekal kreatif dan produktif.

Oh ya, jangan lupa pergi ke mana-mana acara yang berkaitan dengan seni pada setiap hujung minggu agar kita semua terus kekal kreatif dan terus menyokong di antara satu sama lain dengan perkongsian ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Terus Berkarya!

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Zahin Syahiran is the Founder of Eeran Studio & Co. A visual Designer with a demonstrated history of working in the logo and identity design. You may follow him on LinkedIn and website.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Benefits Of Learning Graphic Design Skills For Marketers

Marketing

above ground photo of succulent plants on brown wooden board above ground photo of succulent plants on brown wooden board

How Visual Design Marketing Can Boost Your Brand Engagement

Marketing

Boosting Your Brand Reputation Through Testimonials

Kartina Rosli

Let’s Talk Sustainable Fashion

Zu Anjalika

Connect
Sign Up For Our Newsletter