fbpx
Connect with us

Subscribe

Originals

Bina Penjenamaan Diri Dengan Aura Personaliti Yang Positif

Penerampilan luaran itu adalah personaliti kita

Photo by Agung Raharja on Unsplash

Kita ibarat sebiji “CAKE”. Untuk meraikan seseorang yang istimewa, kita sering diberi pilihan sama ada memilih kek yang dihias ala kadar atau luar biasa istimewa yang selalunya mempunyai pelbagai pilihan rekabentuk tambahan menggunakan sugar icing atau butter cream.

Pada zaman ini, kek yang rekaannya “da boom!”, kebiasaannya majlisnya pun mewah, walaupun sebenarnya bahagian kek yang boleh dimakan mungkin hanya satu tingkat sahaja dan yang lainnya hanya rekaan “dummy cake” semata-mata. 

Realitinya, kita mahukan yang terbaik untuk diri sendiri, juga untuk orang yang kita sayangi. Namun walau sehebat manapun kek tersebut, ternyata akan timbul perasaan marah dan berkecil hati sekiranya kek yang ditempah khas terasa pahit coklatnya bila dimakan atau isinya ibarat diperbuat dari bahan-bahan yang sangat murah dan tidak berkualiti. Ya, kita pasti tahu perbezaannya bukan? 

Kek cantik, “PERFECT!” membuatkan kita rasa tidak sabar hendak menikmatinya. Tetapi sejurus kita makan, baru kita rasa yang ianya tidak berbaloi untuk kita membayar harga tempahan kek sehingga berjumlah RM450 itu. Hati mula rasa kecewa dan hanya mampu bersabar, tetapi jauh di sudut hati timbul perasaan menyesal dan serik untuk menempah dari kedai tersebut lagi. Malu pada tetamu yang diundang, akhirnya kek tersebut tidak dihidangkan dan hanya disimpan.

Begitulah kita, memerlukan kedua-dua ini untuk membina sebuah nama atau jenama yang baik.

Kita memerlukan adunan resipi kek yang sedap, resipi membuat ‘butter cream’ yang enak dan juga skill dalam menghias serta merekabentuk kek tersebut berdasarkan apa yang pelanggan atau orang ramai mahukan. Pernahkah anda melihat kek yang cantik, tetapi lama-kelamaan ia menjadi senget dan hampir sahaja runtuh? Ini bermaksud asas kek tersebut sebenarnya tidak kukuh.

Perumpamaan kek tersebut adalah sama jika diibaratkan kepada asas akademik, kemahiran dan kepakaran serta nilai-nilai yang boleh kita tawarkan kepada ketua di pejabat, bakal pelanggan perniagaan atau sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat kita.

Bagaimana pula, kek yang cantik luarannya tetapi apabila dimakan rasanya “hampeh!”. Orang tetap akan menilai, mengingati malah membawang bukan? Atau bila dirujuk kepada wanita, cantik luaran tetapi bila mula berkata-kata, bahasa yang keluar boleh digelar mulut puaka (maaf). 

Penerampilan luaran itu adalah personaliti kita. Gaya bagaimana kita tampilkan diri dalam berurusan dengan orang ramai, tingkahlaku dan cara kita berkomunikasi, semuanya dinilai. Bagaimana kita pandai menguruskan diri dan bijak memanfaatkan apa yang kita miliki agar orang ramai mudah mendekati, mempercayai dan menghormati siapa kita hari ini amat penting. 

Ia bukan tentang jenama atau label pada tudung, pakaian, beg tangan atau kasut yang anda pakai. Cukuplah mereka kenali dan ingin berurusan dengan anda kerana siapa anda, kewibawaan anda dalam memberi penghasilan terbaik dan apa yang membuatkan anda istimewa di mata mereka. 

Ya! Kek yang sanggup dibayar mahal dan “insta-worthy” biasanya kek yang luar biasa dan sering disebut-sebut kehebatannya. Sedap dari rasanya hinggalah seindah-indah hiasannya. Atas asbab itu jugalah, ramai orang yang sanggup melabur untuk membeli telefon paling canggih, kamera DSLR berjumlah ribuan ringgit, hanya untuk mengabdikannya gambar yang cantik dan berkualiti sebagai satu kenangan atau “moment” yang indah dan berharga. 

Pilihlah untuk menjadi kek yang hebat dan “insta-worthy”. Kek yang sedap dan enak rasanya malah dengan penerampilan aura yang sentiasa menarik dan nilai-nilai positif yang tersendiri.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Emi Idura Che Hashim is a founding Director and principal consultant of Top2ToeStyliesta Image Consulting. She is a Certified Professional Image, Etiquette and Color Consultant (CPICC-UK) and Personal Branding Strategist (CPBS-USA). The author of 'Kuasa Warna', she was awarded Malaysia's Women Leaders (The Golden Globe Tigers Award 2019). Follow her on LinkedIn.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tidak Perlu Beli Perisian. Ada Cara Mudah Untuk Dapatkan Kedudukan Tinggi Di Google

Azleen Abdul Rahim

Kenali 3 Segmen Pemasaran Strategik Untuk Kempen Periklanan

Khir Khalid

Ini Strategi Bisnes Yang Saya Sedang Lakukan Untuk Kekal Relevan Tahun Ini

Azleen Abdul Rahim

Bagaimana Adam Menjayakan Bisnes Atas Talian Tanpa Pengalaman

Azleen Abdul Rahim

Connect
Sign Up For Our Newsletter