fbpx
Connect with us

Subscribe

Originals

5 Tips Mempertingkatkan Lagi Strategi Komunikasi Anda Semasa Krisis COVID-19

Ketahahanan kepimpinan perniagaan, jenama ataupun syarikat kita benar-benar diuji di saat berlakunya krisis seperti ini

Photo by Markus Winkler on Unsplash

Penularan wabak COVID-19 telah membawa cabaran yang baharu kepada semua pihak. Ekoran daripada lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak pihak yang amat terkesan dengan situasi ini. 

Kita sedang berhadapan dengan realiti yang baharu, termasuklah “perubahan” lanskap bisnes dan ekonomi. Oleh hal yang demikian, dalam waktu terdekat ini, kita harus menempuhi pelbagai liku dan cabaran untuk mengharungi perubahan baharu dalam kerjaya dan kehidupan peribadi kita yang belum pernah kita lalui sebelum ini. 

Ini merupakan tempoh masa yang amat kritikal, khususnya kepada pemilik perniagaan. Walaupun mudah untuk kita hanya berselindung disebalik mod “fire-fighting”, iaitu hanya menyelesaikan masalah yang kita sedang hadapi pada ketika ini. Namun begitu, kepimpinan kita perlu difokuskan kepada MEMULIHKAN perniagaan dan sekaligus membuka jalan untuk kita MENCIPTA SEMULA perniagaan kita. Justeru itu, kita haruslah merebut segala peluang yang ada. Jika tidak, kita akan dihanyutkan oleh arus perubahan yang radikal disebabkan krisis ini.

Ketahahanan kepimpinan perniagaan, jenama ataupun syarikat kita benar-benar diuji di saat berlakunya krisis seperti ini. Di saat krisis, komunikasi adalah satu perkara yang amat penting kerana ramai pihak mungkin berada dalam keadaan yang keliru. Dalam keadaan ini, ianya penting untuk kita menunjukkan kepimpinan dan memperkukuhkan lagi komunikasi serta hubungan bersama stakeholders (pemegang kepentingan) termasuklah para pekerja, pelanggan, pelabur, pihak berkuasa dan rakan perniagaan. Apakah yang kita patut buat?

Berikut adalah 5 tips untuk mempertingkatkan lagi komunikasi anda semasa krisis ini.

Berkomunikasi dengan strategik. Tidak kira sama ada kita berkomunikasi dengan klien mahupun pengguna, kita harus sentiasa memastikan bahawa mereka tahu perniagaan atau servis kita berjalan seperti biasa atau mempunyai perubahan terkini. Jadi, gunakan peluang ini untuk menggunakan media-media sedia ada sebagai platform bagi berkomunikasi dengan audiens. Platform tersebut haruslah dipilih berdasarkan audiens sasaran anda bagi memastikan mesej tersebut dapat disampaikan dengan efektif. 

Berkomunikasi dengan kerap dan konsisten. Anda boleh kongsikan maklumat terbaharu menerusi aplikasi WhatsApp, newsletter ataupun platform media sosial anda dengan lebih kerap, sama ada pada setiap hari ataupun beberapa kali setiap minggu. Mengadakan mesyuarat secara atas talian dari semasa ke semasa untuk berkomunikasi dengan klien anda turut membantu komunikasi yang jelas. Malah, cara ini turut boleh digunapakai untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan sekerja anda bagi memastikan kelancaran proses pekerjaan anda.

Berkomunikasi dengan telus. Sewaktu berlakunya krisis, ketelusan bukan sahaja diperlukan, malah ianya turut diuji. Dengan berkomunikasi secara telus dan terbuka, ianya dapat mempertingkatkan keyakinan audiens terhadap integriti anda, tidak kira sama ada dalam berkongsi berita yang baik ataupun buruk.

Berkomunikasi dengan jujur, sensitif dan faktual. Pada ketika ini, berita palsu menjadi semakin berleluasa, terutama sekali melalui media sosial. Walaupun kita ingin berkomunikasi dengan konsisten dan kerap, namun, haruslah menjadi tanggungjawab bersama untuk memberi maklumat yang tepat dan sahih. 

Bagi memastikan bahawa berita atau informasi yang kita kongsikan adalah benar dan tepat, kita perlulah sentiasa mengikuti perkembangan di peringkat domestik dan global dengan proaktif dan kemaskini kandungan respons anda berdasarkan perkembangan terbaharu. Ini bagi memastikan pihak-pihak yang terlibat berasa yakin bahawa anda sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Respons yang bersesuaian dengan perkembangan terkini akan membantu membina persepsi yang baik dan juga boleh menenangkan keadaan. Ini adalah perkara yang amat perlu diambil kira dalam strategi komunikasi terutamanya semasa berlakunya krisis.

Berkomunikasi menerusi aset digital anda dengan lebih aktif dan kreatif. Aset digital anda merupakan platform yang perlu anda manfaatkan pada waktu ini. Bukan sahaja anda boleh tentukan sepenuhnya kandungan perkongsian anda, tetapi anda juga boleh salurkan informasi mengikut kreativiti anda. 

Selain daripada berkongsi maklumat mengenai perniagaan anda, anda juga boleh kongsikan info mengenai perkara-perkara semasa, contohnya, cara-cara untuk menyesuaikan diri dengan bekerja di rumah, tips untuk kekal produktif dan sebagainya. Anda juga boleh menyalurkan maklumat dengan lebih kreatif dengan menggunakan video ataupun infografik, mengikut kesesuaian kandungan maklumat tersebut. Tambahan lagi, maklumat yang bersesuaian dengan keadaan semasa dapat meningkatkan engagement audiens dengan perkongsian anda. Oleh itu, gunakanlah peluang ini untuk menjadikan media sosial sebagai media interaksi utama anda. Cara ini bukan sahaja dapat membantu anda berkomunikasi semasa krisis, malah dapat memberikan manfaat selepas tamat PKP. 

Krisis COVID-19 sememangnya belum nampak titik penentuannya, namun ia membuka peluang untuk berkomunikasi dengan praktikal dan kerap dengan audiens serta mengelakkan negativiti dan kekeliruan. Ini merupakan masa yang kritikal untuk mempamerkan kepimpinan dan kebolehan kita untuk mendepani cabaran ini. Syarikat dan jenama mestilah terus berkomunikasi secara aktif dengan pihak berkepentingan dan klien masing-masing untuk terus membina hubungan yang kukuh. 

Sudah menjadi lumrah dalam dunia perniagaan bahawa kita sentiasa akan berhadapan dengan pelbagai cabaran baharu. Krisis ini sememangnya memberi impak yang besar kepada kita semua kerana ianya berlaku di luar jangkaan dan amat sukar untuk kita tempuhi. Walaupun begitu, jika kita berjaya menunjukkan kebolehan dan kepimpinan kita pada ketika ini, kita pastinya akan menjadi lebih berdaya tahan dan bersedia untuk menjalankan perniagaan dengan lebih baik. Oleh itu, marilah gunakan peluang ini untuk memulih dan mencipta semula perniagaan kita.

Sign Up for Our Newsletter

Andy See
Written By

Andy See is the Founder and Managing Director of Perspective Strategies, a strategic communications and issues management consultancy. Currently the President of the Public Relations and Communications Association of Malaysia (PRCA Malaysia), he is also on the Executive Committee of Public Relations Global Network (PRGN), serving as Secretary and Regional Vice-President for Asia Pacific (APAC).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

LinkedIn Stories: 5 Ways To Level Up Your Content Strategy

Marketing

5 Networking Tips To Grow Your Customer Base

Business Entrepreneurship

Tidak Perlu Beli Perisian. Ada Cara Mudah Untuk Dapatkan Kedudukan Tinggi Di Google

Azleen Abdul Rahim

Kenali 3 Segmen Pemasaran Strategik Untuk Kempen Periklanan

Khir Khalid

Connect
Sign Up for Our Newsletter