fbpx
Connect with us

Subscribe

Malaysia

Marketing In Asia Mahu Jadi Platform Rujukan Untuk Idea Pemasaran Dalam Bahasa Melayu

Melalui kerjasama dengan beberapa penulis tempatan, kita akan meningkat jumlah artikel yang relevan kepada Malaysia mulai Mei ini

Photo by Nalau Nobel on Unsplash

Di Malaysia, lebih mudah untuk mendapatkan idea-idea pemasaran dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Malaysia. Dan apabila seseorang itu mencari bahan-bahan pemasaran untuk dibuat rujukan dalam Bahasa Melayu pula, kebanyakan portal-portal yang tersenarai di enjin pencarian Google adalah berasal dari negara jiran Indonesia yang mempunyai penceritaan yang khusus untuk para pemasar di negara tersebut. 

Bagi mengimbangi keadaan, Marketing In Asia, sebuah majalah pemasaran berbentuk digital yang berpusat di Kuala Lumpur, berhasrat untuk memperbanyakkan lagi kandungan-kandungan pemasaran yang lebih berkualiti kepada para pengguna bermula dari bulan Mei hadapan. 

Majalah ini akan menggiatkan lagi usaha-usaha penulisan artikel dari aspek perkongsian petua, idea dan pendapat mengenai taktik dan teknik terkini pemasaran digital yang praktikal khusus kepada golongan pelajar, para usahawan dan profesional serta korporat dalam Bahasa Melayu. Selain dari penulisan artikel, Marketing In Asia juga akan memperkenalkan bahan yang berbentuk infografik dan video dalam mempelbagaikan persembahan kepada sasaran pengguna yang gemar belajar melalui peta minda dan menonton video.

Azleen Abdul Rahim, Pengasas Bersama Marketing In Asia berkata, “Kita kini melihat lebih banyak pembaca tempatan mula datang membaca dari seluruh negara berdasarkan jumlah trafik yang semakin meningkat setiap hari. Melalui kerjasama dengan beberapa penulis tempatan, kita akan meningkat jumlah artikel yang relevan kepada Malaysia mulai Mei ini. Berdasarkan kedudukan ranking Marketing In Asia juga kini semakin teguh berada pada mukasurat pertama dan kedua di Google, nampaknya kita kini berada pada landasan yang betul, InshaAllah.

Pendirian Marketing In Asia tentang pemasaran pula adalah mudah.

Majalah ini percaya dengan penyediaan kandungan berkualiti yang memberikan manfaat, nilai dan kebaikan kepada para pembaca, strategi pemerkasaan pembaca dengan pengetahuan yang baik ini dengan sendirinya mereka akan menular majalah ini secara automatik tanpa dibayar. Ini pemasaran buah mulut yang sebegini yang amat dikehendaki oleh Marketing In Asia memandangkan majalah ini adalah sebuah penerbitan yang baru meningkat naik.

Menurut Azleen lagi, “Kaedah ini jauh lebih berkualiti dan berkesan berbanding pengiklanan, teknik-teknik media sosial yang tidak diketahui keberkesanannya ataupun penggunaan perisian yang mahal. Setiap penulisan yang dimuatnaik kesemuanya adalah berdasarkan pengalaman, pemerhatian pasaran, kepakaran dan pembacaan para penulis yang kreatif dan berpengalaman.” 

Layari majalah Marketing In Asia hari ini untuk mendapatkan idea pemasaran yang praktikal yang ditulis khusus untuk pasaran Malaysia.

Sign Up for Our Newsletter

Editorial Team
Written By

Do you have an article, infographic, podcast, presentation slides, press release or a key individual from your organisation that you'd like to highlight on Marketing In Asia? Head on over to Upload Your Content for more info.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

person holding pepsi can person holding pepsi can

Etika Appoints Industry Expert Yee Pek Kuan As Vice President Of Marketing

News

REDISCOVER: Classic Hues & Fresh Ideas Combine To Tell New Stories

News

black hyundai palisade car in a garage black hyundai palisade car in a garage

CNN & Hyundai Motor Company Embark On A New Campaign Exploring Innovations In Transport & Mobility

PR Newswire

person jogging person jogging

Herbalife Nutrition Seeks To Break Health Inertia Through The Get Moving With Good Nutrition Campaign & 40th Anniversary Virtual Run

News

Connect
Sign Up for Our Newsletter