fbpx
Connect with us

Subscribe

Azleen Abdul Rahim

21 Statistik Penting Tentang Pemasaran Secara User-Generated Content

21 statistik ini bakal membantu anda dalam strategi pemasaran jenama anda sendiri

Photo by Zukiman Mohamad from Pexels

CrowdRiff, sebuah portal pemasaran dalam talian terkenal ada mengeluarkan satu artikel yang sangat penting yang mana mereka menyenaraikan 21 statistik yang memperakui kehebatan satu elemen penting dalam pemasaran iaitu user generated content atau kandungan yang dihasilkan oleh para pengguna.

Anda sendiri sebagai pengguna tidak akan membeli sesuatu produk atau perkhidmatan itu berdasarkan iklan yang disediakan oleh jenama semata-mata. Sebaliknya, anda akan terlebih dahulu membuat sedikit kerja rumah berkenaan dengan jenama produk yang akan dibeli, kualiti produk tersebut dan juga pengalaman serta pendapat beberapa orang yang telah membelinya.

Selain bertanya dengan kawan-kawan dan saudara-mara, anda juga akan mencari maklumat melalui media sosial dan YouTube. Ada pendapat yang suka, ada pula yang tidak suka dan ada juga yang neutral. Apa pun yang penting ialah, pendapat mereka jujur.

21 statistik ini bakal membantu anda dalam strategi pemasaran jenama anda sendiri.

  • 87 peratus pengguna masih percaya dengan maklum balas dan apa yang dicadangkan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan, berdasarkan pengalaman mereka menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan. Manakala 71 peratus yang lain pula lebih mempercayai penulis blog, vlogger atau individu yang popular di media sosial yang mempunyai pengalaman yang sama ketika menggunakan perkhidmatan atau produk tersebut.
  • Maklum balas para pelanggan 12 kali akan lebih dipercayai berbanding pemasaran yang dibuat oleh jenama atau syarikat.
  • Dua pertiga dari para pengguna berkata mereka lebih mempercayai pendapat dan pandangan yang diberikan oleh pelanggan yang dimuatnaik di internet.
  • 85 peratus dari para pelanggan mendapati kandungan yang disediakan secara visual lebih memberikan impak dari segi pengaruh berbanding gambar dan video yang disediakan oleh jenama atau syarikat.
  • Secara kasar, 30 peratus masa yang dihabiskan oleh golongan muda adalah di kandungan yang disediakan oleh pengguna berbanding jenama.
  • 48 peratus pengguna berpendapat bahawa kandungan yang disediakan pengguna lebih mudah untuk mengenali sesuatu produk atau perkhidmatan baharu dengan lebih baik.
  • 41 peratus pengguna akan berasa tertarik untuk membeli produk atau perkhidmatan itu walaupun hanya melihat di antara satu hingga empat maklum balas pengguna lain sahaja.
  • Golongan muda merasakan kandungan yang disediakan oleh pengguna lain akan 35 peratus lebih diingati berbanding bahan-bahan pemasaran lain.
  • Tahap interaksi akan meningkat naik sebanyak 28 peratus apabila para pengguna didedahkan dengan kandungan yang lebih profesional dan kandungan video yang disediakan oleh pengguna lain.
  • 84 peratus golongan muda pula berkata pembelian mereka sebenarnya lebih banyak dipengaruhi oleh kandungan pengguna.
  • 92 peratus pengguna berkata mereka lebih percaya pemasaran mulut-ke-mulut berbanding pengiklanan yang dilihat.
  • Hanya dengan meletakkan kandungan yang disediakan oleh pengguna pada muka surat tertentu di media sosial ataupun laman web akan memperbaiki kebarangkalian untuk menukarkan pengunjung kepada pembeli kepada 64 peratus.
  • Kandungan video yang dimuatnaik pengguna di YouTube akan memperolehi 10 kali lebih tontonan berbanding kandungan dan video yang dimuatnaik oleh jenama ataupun syarikat.
  • Jika dibuat perbandingan mengikut kategori umur, 55 peratus pengguna lebih mempercayai kandungan yang disediakan pengguna berbanding bahan pemasaran lain.
  • 25 peratus keputusan dan cadangan yang disediakan oleh enjin pencarian terhadap 20 jenama-jenama besar dunia adalah terdiri daripada kandungan yang disediakan pengguna dan bukannya jenama-jenama tersebut.
  • 86 peratus golongan muda berpendapat kandungan yang disediakan pengguna merupakan petunjuk terbaik terhadap kualiti sesuatu produk atau perkhidmatan itu.
  • 70 peratus pengguna menyatakan mereka lebih gemar untuk mendapatkan cadangan atau rekomen dari rakan mereka berbanding katalog atau dokumen yang disediakan secara profesional oleh jenama tersebut.
  • Golongan muda atau millennials berkata maklumat yang diperolehi melalui kandungan yang disediakan pengguna 50 peratus lebih dipercayai berbanding dengan apa yang dipaparkan di televisyen, radio, surat khabar dan majalah.
  • Letakkan kandungan yang disediakan oleh pengguna pada satu muka surat di laman web atau media sosial dan anda akan melihat peningkatan pengunjung yang melihat kandungan tersebut sebanyak 10 peratus hanya dalam masa dua hari.
  • 51 peratus golongan muda menyatakan mereka lebih mempercayai dan pembelian mereka lebih dipengaruhi oleh kandungan yang disediakan pengguna yang mereka tidak kenal berbanding dengan golongan yang mereka kenal seperti saudara-mara, rakan-rakan dan rakan sepejabat.
  • 71 peratus para pengguna bersetuju maklum balas yang mereka baca membuatkan mereka berasa lebih selamat dalam membuat sesuatu keputusan pembelian.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Azleen Abdul Rahim is the Co-Founder of Marketing In Asia. He also runs NSE, a social media management company. Follow him on LinkedIn.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tidak Perlu Beli Perisian. Ada Cara Mudah Untuk Dapatkan Kedudukan Tinggi Di Google

Azleen Abdul Rahim

Kenali 3 Segmen Pemasaran Strategik Untuk Kempen Periklanan

Khir Khalid

Ini Strategi Bisnes Yang Saya Sedang Lakukan Untuk Kekal Relevan Tahun Ini

Azleen Abdul Rahim

Bagaimana Adam Menjayakan Bisnes Atas Talian Tanpa Pengalaman

Azleen Abdul Rahim

Connect
Sign Up For Our Newsletter