fbpx
Connect with us

Subscribe

Azleen Abdul Rahim

Kelebihan Rangkaian Pemasaran Digital Berbanding Pemasaran Tradisional

Pengguna yang lebih gemar menggunakan medium digital kebanyakannya terdiri dari golongan muda

Photo by Jonas Lee on Unsplash

Sebenarnya kita tidak patut membandingkan pemasaran digital dengan pemasaran tradisional kerana ia sangat tidak adil. Mengapa? Ini kerana kedua-dua ini mempunyai kumpulan pengguna yang berbeza.

Pengguna yang lebih gemar menggunakan medium digital kebanyakannya terdiri dari golongan muda seperti Generasi Z, Millennials dan juga separuh dari Generasi X. Manakala golongan Baby Boomers pula iaitu yang dikenali sebagai warga emas jarang berada di dalam talian setiap masa.

Jenama besar jarang membuat perbandingan seperti ini, tetapi sebaliknya mereka akan memastikan yang kedua-dua medium ini akan bekerjasama di antara satu sama lain bagi mencapai objektif yang satu – mendapatkan jualan.

Bagaimana anda dapat menggunakan kedua-duanya bagi mendapatkan jualan yang jauh lebih banyak berbanding sebelum ini? Bagi pasaran Malaysia, antara yang paling utama yang perlu anda lakukan ialah ini.

Facebook. Rakyat Malaysia amat gemar dengan platform ini, malah hampir kesemua orang di negara ini memiliki akaun Facebook. Jadi sekiranya anda adalah jenama B2C, anda perlu berada di platform media sosial ini.

Instagram. Platform kegemaran rakyat Malaysia yang seterusnya ialah Instagram. Anda perlu berada di sini sekiranya produk anda berbentuk B2C yang lebih kepada visual.

Blog. Penulisan blog yang konsisten setiap minggu bakal membantu anda menarik golongan-golongan yang gemar membuat pencarian di Google. Kebanyakan rakyat Malaysia akan terus ke kotak pencarian Google untuk mencari sesuatu kerana bagi mereka agak tidak praktikal untuk mencari sesuatu maklumat di media sosial. Anda tidak perlu mempunyai laman web sendiri untuk mempunyai blog. Anda boleh menulis di laman-laman web yang mempunyai ranking Google yang tinggi seperti di Marketing In Asia, Medium dan juga di LinkedIn.

LinkedIn. Platform ini lebih sesuai bagi mereka yang ingin membina jenama profesional yang kuat. Tidak kira sama ada ia adalah jenama profesional peribadi, jenama produk ataupun korporat, platform ini amat sesuai kerana ia mempunyai komuniti yang lebih berbentuk profesional dan B2B. Sekiranya anda masih belum lagi mempunyai akaun di LinkedIn, anda mungkin akan ketinggalan dari aspek mengenali lebih ramai para profesional yang mungkin akan dapat membantu karier anda nanti.

Agen. Di Malaysia, agak sukar untuk anda menilai keberkesanan pemasaran tradisional seperti papan tanda di tepi jalan, kemeja T dan iklan-iklan di televisyen mahupun radio. Hasil yang diperolehi juga mungkin agak lambat. Cara yang paling cepat dan efektif sekiranya anda betul-betul ingin mengambil kesempatan ke atas pemasaran tradisional ini ialah dengan mendapatkan agen atau reseller bagi produk atau perkhidmatan anda.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Azleen Abdul Rahim is the Co-Founder of Marketing In Asia. He also runs NSE, a social media management company. Follow him on LinkedIn.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 Sebab Mengapa Pemasaran Media Sosial Penting Bagi Seorang Usahawan

Marketing

Apa Beza ‘Content’ Dan ‘Container’?

Malaysia

Kepentingan Pemasaran Dalam Realiti Keusahawanan & Kehidupan

Khir Khalid

people wearing diy masks people wearing diy masks

Etika Penting Dalam Merangka Strategi Pemasaran Sosial

Marketing

Connect
Sign Up For Our Newsletter