fbpx
Connect with us

Subscribe

Azleen Abdul Rahim

Masalah Pemasaran Media Sosial: Ingin Aktif Tetapi Tiada Kandungan

Malangnya, lebih 50 peratus syarikat-syarikat industri kecil dan sederhana di Malaysia tidak memiliki kandungan langsung

Photo by Yaopey Yong on Unsplash

Sebagai pemilik syarikat pemasaran media sosial, saya sering berjumpa dengan ramai pelanggan yang sangat berminat untuk mula bergerak aktif di media sosial secara profesional, terutamanya di LinkedIn, Instagram, Facebook dan Twitter, tetapi tidak mempunyai kandungan sendiri untuk dikongsi kepada para pengguna di luar sana. Tiada, kosong. Hampir kesemua yang digunakan sebelum ini adalah milik orang lain. Apabila tiada kandungan sendiri, agak sukar untuk ‘bermain’ di media sosial sebenarnya.

Apakah itu kandungan?

Kandungan bermaksud bahan-bahan pemasaran seperti penulisan artikel, video, infografik, poster dan apa sahaja yang membolehkan para pengguna melihat, membaca dan memahami isi kandungan yang ditulis, belajar darinya, percaya kepadanya dan percaya kepada jenama anda yang akhirnya boleh menarik mereka untuk membeli produk atau perkhidmatan dari jenama anda dan bukannya dari orang lain.

Malangnya, lebih 50 peratus syarikat-syarikat industri kecil dan sederhana di Malaysia tidak memiliki kandungan langsung. Laman web pun ada yang masih belum memilikinya. Jangan kata laman web, stok gambar-gambar sendiri pun tidak ada. Apatah lagi dengan artikel, video dan lain-lain lagi. Bagaimana hendak membuat pemasaran yang efektif, yang dapat menarik jualan kalau sekiranya bahan-bahan yang digunakan adalah milik orang lain?

Jadi, sebelum anda memulakan langkah pertama dalam pemasaran digital, lebih baik anda terlebih dahulu bersedia dengan mempunyai Bank Kandungan atau Content Bank. Ia satu tempat simpanan sentral di mana anda boleh menyimpan setiap kandungan yang dibuat untuk kegunaan harian di media sosial nanti.

Dan sekiranya anda tidak mempunyai pasukan pemasaran sendiri untuk membuat kandungan, sudah tiba masanya untuk anda mendapatkan pertolongan.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Azleen Abdul Rahim is the Co-Founder of Marketing In Asia. He also runs NSE, a social media management company. Follow him on LinkedIn.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelanggan Membantu Memasarkan Produk

Marketing

Mantap Bersama Dilancarkan Untuk Membantu Perniagaan Kecil Di Malaysia

Google

Potensi Augmented Reality Dalam Pemasaran Digital

Khir Khalid

Tiga Cabaran Besar Untuk Berubah

Leadership & Empowerment

Connect
Sign Up For Our Newsletter