fbpx
Connect with us

Subscribe

Azleen Abdul Rahim

Penjenamaan Diri Atau Syarikat?

Tukar status pengikut anda sendiri kepada pembeli produk yang syarikat anda jual

Photo by nik radzi on Unsplash

Secara kasar, kita boleh perhatikan contoh yang boleh dilihat bagaimana syarikat seperti Fashion Valet dan Naelofar, yang mempunyai populariti besar dalam industri fesyen tempatan menggunakan teknik penjenamaan untuk berjaya.

Kedua-dua jenama ini pada mulanya bergantung kepada populariti pemilik terlebih dahulu. Cara ini yang paling tepat untuk digunakan sekiranya saiz syarikat terlalu kecil untuk menarik para pelanggan berbayar dengan cepat. Dengan kata lain mereka bermula dengan penjenamaan peribadi, membina pengikut ataupun peminat untuk diri mereka sendiri terlebih dahulu. Apabila jumlah pengikut semakin ramai dan tahap kesetiaan mereka meningkat, baharulah proses yang dikenali sebagai monetisation atau menukarkan mereka kepada pembeli boleh dilakukan.  

Cara yang sama juga anda boleh lakukan untuk menukarkan status pengikut anda sendiri kepada pembeli produk yang syarikat anda jual. Dengan erti kata lain, anda membantu syarikat anda mencari bakal pembeli.

Proses ini sangat mudah secara konsep tetapi sedikit sukar untuk dilakukan tanpa mengetahui taktik yang perlu dilakukan. Proses ini sebenarnya akan memastikan yang para pengikut anda tadi perlahan-lahan ditarik untuk mengenali syarikat anda juga, tahu apa produk yang syarikat anda sediakan, membeli dan membayar di sana.

Pada masa ini, para pembeli tadi bukan sahaja mengenali anda secara individu tetapi juga mula mengenali syarikat yang anda miliki itu. Lama kelamaan, syarikat anda akan mula membina jenamanya sendiri sedikit demi sedikit tetapi berterusan.

Mengapa cara begini lebih mudah untuk dilakukan sewaktu syarikat masih baharu atau masih kecil?

Dasar percaya, ini merupakan satu-satunya faktor yang membuatkan mana-mana syarikat baharu untuk lebih cepat berkembang. Melalui penjenamaan diri dari pemilik, ia akan lebih bermanfaat berbanding penjenamaan syarikat kerana kita sebagai manusia secara lumrahnya akan lebih mudah memberikan kepercayaan kepada orang lain berbanding sesuatu benda yang tidak hidup.

Mungkin secara sedar ataupun tidak, Neelofa dan Vivy Yusof telah menggunakan taktik ini untuk mendapatkan rasa percaya dari orang ramai untuk mengikuti perkembangan mereka secara individu dari masa ke semasa sebelum ini dan kemudiannya membawa para pengikut mereka tadi untuk mengenali dan menjadi pelanggan mereka di Naelofar dan Fashion Valet.

Neelofa dan Vivy tahu hampir mustahil untuk menukarkan status orang yang tidak mengenali mereka terus kepada pembeli. Ia sukar untuk dilakukan. Sebaliknya untuk menukar para pengikut yang setia kepada pembeli yang sanggup membayar untuk produk mereka, jauh lebih mudah. Apa yang perlu dilakukan ialah hanya membina saiz komuniti mereka yang percaya dengan jenama individu mereka dan juga percaya dengan jenama syarikat mereka, dengan sebesar mungkin. Lebih besar komuniti mereka, lebih ramai lagi yang akan mampu ditukarkan kepada pembeli berbayar.

Apabila proses begini terus dilakukan dan dibantu oleh kualiti produk yang baik serta wujudnya pengalaman manis yang diperolehi para pembeli, lama kelamaan kekuatan penjenamaan syarikat akan mengambil alih kedudukan penjenamaan peribadi pemilik syarikat tadi dalam mendapatkan pelanggan berbayar dengan sendirinya. Dalam konteks ini Neelofa dan Vivy tidak lagi mengharapkan kekuatan jenama individu masing-masing untuk menarik pelanggan berbayar ke syarikat mereka, kerana jenama syarikat sudahpun memiliki kekuatannya sendiri.

Masa yang diambil sama ada singkat ataupun tidak, bergantung kepada strategi pemasaran yang digunakan. Dalam formula pemasaran, biasanya masa yang singkat dapat diambil sekiranya peruntukan kewangan yang besar dapat disediakan. Sebaliknya kalau peruntukan yang ada tidak seberapa, maka dengan sendirinya pemasaran akan mengambil sedikit masa untuk melihat hasilnya.

Pada masa yang sama, kekuatan jenama yang dimiliki oleh syarikat-syarikat ini pula secara tidak langsung akan mewujudkan beberapa kelompok individu yang datangnya dari komuniti tadi yang menonjol sebagai micro-influencer atau individu yang berpengaruh mikro. Individu-individu ini amat popular dikalangan pengikut mereka, yang berada dalam sekitar 7,000 hingga 20,000 orang.

Mereka sebenarnya tidak dibayar oleh syarikat-syarikat ini, tetapi bergerak secara bebas yang amat fanatik dengan jenama yang mereka gunakan. Secara automatik, syarikat-syarikat ini turut memperolehi manfaat dari individu berpengaruh ini yang juga membina penjenamaan diri mereka untuk populariti.

Melalui pemerhatian ini, sekarang lebih mudah untuk anda membuat keputusan sama ada untuk fokus kepada penjenamaan diri ataupun syarikat terlebih dahulu.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Azleen Abdul Rahim is the Co-Founder of Marketing In Asia. He also runs NSE, a social media management company. Follow him on LinkedIn.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelanggan Membantu Memasarkan Produk

Marketing

Mantap Bersama Dilancarkan Untuk Membantu Perniagaan Kecil Di Malaysia

Google

Potensi Augmented Reality Dalam Pemasaran Digital

Khir Khalid

Tiga Cabaran Besar Untuk Berubah

Leadership & Empowerment

Connect
Sign Up For Our Newsletter