fbpx
Connect with us

Subscribe

Azleen Abdul Rahim

Guna Taktik Mudah Ini Untuk Tarik Trafik Melalui SEO

Kebanyakan paparan yang disediakan Google adalah berbentuk penulisan artikel

Photo by Lhu Shi Hui on Unsplash

SEO atau Pengoptimuman Enjin Pencarian merujuk kepada kaedah untuk ditemui di laman enjin pencarian seperti Google, Bing, Yahoo dan Mozilla Firefox. Tidak seperti media sosial yang menggunakan kaedah pengumpulan pengikut, SEO lebih kepada mendapatkan komuniti di internet yang sebelum ini tidak pernah mendengar tentang anda mahupun jenama anda, untuk perasan tentang anda dan mengenali anda dengan lebih dekat lagi.

Golongan komuniti ini biasanya akan mencari sesuatu di internet dan apabila mereka menaip beberapa kata kunci yang membentuk persoalan ke dalam kotak pencarian Google contohnya, senarai yang Google sediakan selepas itu merupakan di antara yang terbaik menurut algoritma yang digunakan.

Secara mudah, algoritma Google akan mencari laman-laman web yang mempunyai autoriti yang tinggi untuk disenaraikan mengikut kata-kata kunci yang dimasukkan ke dalam kotak pencarian yang ada. Senarai ini mungkin akan dapat membantu anda untuk mendapatkan autoriti yang baik agar mudah dijumpai di Google melalui capaian SEO.

Laman web interaktif. Majoriti pencarian sesuatu maklumat di internet kebanyakan dicari melalui peranti pintar mudah alih seperti telefon dan tablet dan bukannya komputer. Google kini mempunyai versi pencarian mudah alih dan juga versi untuk komputer. Sekiranya laman web anda tidak interaktif atau tidak dioptimasikan untuk peranti mudah alih, berkemungkinan besar laman web anda tidak akan dijumpai dalam versi ini. Ia cuma wujud pada sebelah komputer sana yang tidak ramai orang menggunakannya.

Penulisan artikel yang konsisten. Bagaimana anda sendiri melakukan apa jua pencarian maklumat untuk tujuan peribadi mahupun pekerjaan? Sudah pasti dengan menaip sesuatu pada kotak pencarian Google. Kebanyakan paparan yang disediakan Google adalah berbentuk penulisan artikel. Google juga turut memaparkan pencarian video, berita dan lain-lain. Jadi, anda perlu menulis dan ia perlu konsisten. Sekurang-kurangnya seminggu satu artikel, kalau boleh 2-7 artikel. Ini yang terbaik. Baharu anda dan jenama anda akan dijumpai.

Kandungan yang asli dan bermanfaat.  Jangan jadi jenama yang membosankan dengan menulis, merekabentuk grafik dan membuat video tentang sesuatu yang telah dilakukan oleh orang lain. Ia perlu bukan sahaja unik, tetapi juga asli, beremosi dan memberikan manfaat kepada para pengguna.

Kata-kata kunci yang spesifik untuk tajuk dan di dalam artikel. Jangan main tulis sahaja tajuk kerana hanya dengan kesilapan kecil begini ia bakal membuatkan artikel anda tidak dijumpai di internet apabila dicari.

Menulis untuk penerbitan luar. Mempunyai laman web atau blog sendiri memang baik, tetapi ia juga harus dibantu dengan menulis untuk penerbitan luar juga. Apabila anda menulis untuk penerbitan luar, pastikan artikel anda mempunyai beberapa pautan yang kembali ke laman web anda. Dengan pautan-pautan ini, ia akan membantu menaikkan kedudukan ranking anda di enjin pencarian seperti Google.

Ruangan komen di bawah artikel. Jangan lupa untuk menyediakan ruang komen pada bahagian bawah setiap ruangan artikel yang ditulis. Dengan komen-komen yang diberikan oleh pembaca, ia akan membantu meningkatkan penggunaan kata kunci yang anda miliki yang akan diindeks oleh Google nanti.

Menulis di Marketing In Asia, LinkedIn dan Medium. Selain penulisan anda dipaparkan oleh penerbitan luar, anda juga boleh menguatkan strategi ini dengan turut mempunyai akaun di Marketing In Asia, LinkedIn dan Medium. Pada kedua-dua platform ini, pastikan juga penulisan artikel anda mempunyai pautan-pautan yang kembali pada laman web anda juga.

Kongsi artikel yang ditulis di media sosial. Tanpa media sosial, anda tidak akan mampu membina kekuatan pengikut yang ramai dalam masa yang singkat pada kadar yang amat murah. Anda tidak boleh hanya berada pada satu rangkaian sahaja tetapi seboleh-bolehnya seberapa banyak rangkaian yang boleh. Namun begitu, fokuskan dahulu kepada pembinaan pengikut pada satu rangkaian terlebih dahulu. Kemudian kongsikan artikel anda yang terdapat di dalam laman web atau blog di rangkaian media sosial ini untuk tatapan pengikut.

Dapatkan penulis jemputan. Jangan menulis seorang diri, anda akan penat nanti. Jemput beberapa orang yang anda kenali yang mempunyai bidang yang sama yang juga mampu menulis dengan baik untuk menulis di laman web anda. Penerbitan artikel pada laman web anda akan menjadi lebih konsisten dan bakal memiliki kata-kata kunci yang jauh lebih banyak berbanding sebelumnya.

Setelah anda lakukan kesemua di atas, lihat hasilnya dalam masa tidak sampai dua bulan.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Azleen Abdul Rahim is the Co-Founder of Marketing In Asia. He also runs NSE, a social media management company. Follow him on LinkedIn.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelanggan Membantu Memasarkan Produk

Marketing

Mantap Bersama Dilancarkan Untuk Membantu Perniagaan Kecil Di Malaysia

Google

5 Reasons Why You Should Hire SEO Services For Your Website

Marketing

Potensi Augmented Reality Dalam Pemasaran Digital

Khir Khalid

Connect
Sign Up For Our Newsletter