fbpx
Connect with us

Subscribe

Malaysia

ACCA Bimbing Ahli-Ahli Dan Pihak Berkepentingan Dalam ‘Norma Baharu’

Pandangan professional, kajian COVID-19, hab informasi dan sumber atas talian untuk membantu ahli, rakan kongsi, organisasi dan bakal akauntan untuk menavigasi waktu yang tidak menentu

Photo by Windows on Unsplash

Pandemik Covid-19 telah banyak mengubah praktik perniagaan dan kehidupan seharian orang ramai. Mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh perniagaan sama ada besar mahupun kecil, juga golongan pelajar yang mencuba untuk membina asas kerjaya yang mampan, Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) telah membangunkan satu sumber komprehensif yang direka untuk menyokong pihak-pihak berkepentingan yang boleh diakses secara atas talian. 

Sokongan untuk Ahli ACCA dan Profesional Kewangan

“ACCA berdedikasi untuk memberi perlindungan kepada komuniti pihak-pihak berkepentingan pada masa ini yang penuh kecabaran. Pihak profesional kewangan memainkan peranan yang penting dalam membantu organisasi demi menyesuaikan dengan cabaran yang disebabkan oleh COVID-19. Kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki kami akan membantu organisasi berkaitan dalam pemulihan dan kesinambungan perniagaan, menambah nilai ketara terhadap pihak-pihak berkepentingan kami,” kata Edward Ling, Ketua ACCA Malaysia. 

“Apabila pandemik bermula, kita sudah berusaha untuk mencipta satu Hab COVID-19 secara atas talian. Hab ini mengemaskini berita industri dan juga berita perkembangan peraturan baharu untuk membimbing ahli kita. Kami akan terus melakukannya sehingga ekonomi dibuka sepenuhnya selepas pandemik berakhir.”

Di bawah Hab COVID-19, ahli-ahli mendapat akses webinar berbentuk pendidikan dan modul pembangunan profesional. Oleh sebab banyak perniagaan terus bergantung bekerja secara terpencil atau jarak jauh, program-program atas talian seperti ‘Certificate in Digital Innovation for Finance’ kini ditawarkan pada kadar yang rendah untuk ahli dan rakan kongsi demi meneruskan pembelajaran dari rumah. 

Hab COVID-19 atas talian juga menyertakan pelbagai audio siar, temu bual dan artikel berbentuk komprehensif yang relevan untuk audiens yang lebih meluas seperti majikan, pemilik perniagaan dan rakan kongsi. Sumber untuk majikan merangkumi panduan untuk beralih ke pekerjaan jarak jauh, perancangan strategik untuk kesinambungan dan pemulihan perniagaan, dan menavigasi landskap ekonomi yang berubah-ubah, sementara satu bahagian mengenai Bekerja dan Kesejahteraan (Working dan Wellbeing) merangkumi petua mengenai kesedaran, ketahanan emosi dan bekerja dari rumah.

Di Malaysia, ahli-ahli ACCA telah berusaha untuk mengaturkan forum atas talian dan program Kesinambungan Pembangunan Profesional (Continuing Professional Development Programmes), dan paling terkini adalah ‘Asia Pacific Thought Leadership Virtual Forum – SME financing in the post-Covid-19 world’ yang turut menyaksikan penyertaan pakar-pakar kewangan dari China, Malaysia dan Singapura. 

Sokongan untuk golongan Pelajar

ACCA juga komited untuk menyediakan golongan pelajar dengan peluang pembelajaran yang terbaik menerusi modul pembelajaran atas talian dan telah memperkenalkan ‘ACCA Lyceum’ iaitu platform inovatif baharu antara ACCA Malaysia dan Rakan Pembelajaran yang diluluskan, yang membawa video-video panduan untuk membantu mereka bersiap sedia menghadapi peperiksaan dengan keyakinan. 

“Selain menyediakan sumber yang memenuhi keperluan professional ahli-ahli kami, kami juga bersemangat membantu mereka yang bergelut dengan perubahan yang disebabkan oleh COVID-19 dengan Wellbeing Hub yang dilancarkan baru-baru ini. Ia mengandungi artikel, video dan audio siar yang dikemaskini secara berkala untuk membantu dari aspek emosi dan kesihatan mental, teknik pembelajaran, bagaimana untuk mengatasi tekanan dan penjagaan diri,” ujar Ling. 

“Kami faham yang ramai sedang mencuba sedaya upaya untuk menangani cabaran dari pelbagai aspek.  ACCA akan berusaha untuk menyediakan bantuan kepada individu dan organisasi supaya mereka boleh memulakan perbincangan tentang bagaimana kita boleh bekerja dengan terbaik dan bergerak lebih cekal selepas COVID-19.”

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif dan sumber daya ACCA, sila lawati laman sesawang

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Do you have an article, infographic, podcast, presentation slides, press release or a key individual from your organisation that you'd like to highlight on Marketing In Asia? Head on over to Upload Your Content for more info.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TikTok Introduces Lead Generation Ads To Enable Businesses To Drive Customer Acquisition With Ease

News

Accenture Interactive’s Droga5 Expands Global Footprint With Opening Of Office In Japan

News

Icertis Again Named A Leader In Gartner Magic Quadrant For Contract Life Cycle Management

PR Newswire

Carsome Partners With Aspirasi To Offer Data-Driven Dealer Financing Solutions

News

Connect
Sign Up For Our Newsletter