fbpx
Connect with us

Subscribe

Azleen Abdul Rahim

Adakah Pemasaran Affiliate Satu Strategi Pendapatan Pasif?

Ingat, bukan semua jenama di luar sana mempunyai program affiliate

Photo by Priscilla Du Preez on Unsplash

Ya betul. Ia boleh membantu anda memperoleh pendapatan pasif menggunakan internet. Contohnya, saya. Saya adalah seorang pemasar digital profesional.

Ini bermakna selain dari memperolehi pendapatan melalui pelanggan berbayar untuk perundingan pemasaran digital saya, perkhidmatan media sosial yang saya tawarkan, latihan-latihan yang saya berikan melalui bengkel dan juga penulisan saya di beberapa laman web luar, kini saya boleh juga memperolehi pendapatan ketika melepak di rumah. Maksudnya di sini kalau saya tengah tidur, minum kopi, makan di kedai mamak, bercuti ataupun layan drama Korea di Netflix berhari-hari pun duit akan masuk. 

Konsepnya mudah. 

Anda cuma perlu merujuk rakan, jiran, saudara-mara, kawan-kawan malah orang yang anda tidak kenal sekalipun boleh untuk membeli jenama-jenama produk atau perkhidmatan yang anda rekomen. Rujukan ini hanya di internet sahaja, iaitu dilakukan secara dalam talian melalui laman web anda, blog anda ataupun media sosial kegemaran anda. Jenama-jenama yang anda rekomen itu mempunyai program affiliate mereka sendiri dan anda perlu mendaftar dengan mereka. Ingat, bukan semua jenama di luar sana mempunyai program affiliate. 

Untuk memulakan pemasaran affiliate ini, anda perlu terlebih dahulu mempunyai aset-aset digital yang aktif seperti laman web dan laman blog yang mempunyai trafik tinggi. Kalau hendak menggunakan media sosial juga boleh. Laman media sosial anda perlu aktif dan mempunyai pengikut dan kawan-kawan yang ramai. Kalau anda mempunyai kedua-dua laman web atau blog dan media sosial, lagi bagus. Lebih cerah peluang anda untuk mencetak duit yang banyak melalui pemasaran affiliate ini.

Seterusnya, bagaimana cara untuk mengetahui jenama mana yang mempunyai program affiliate dan jenama mana yang tidak? Ada beberapa cara. Anda boleh membuat pencarian di Google. Taipkan ini di kotak pencarian Google:

Nama jenama + affiliate

Kemudian lihat sendiri senarai yang disediakan oleh Google. Kalau ada, maksudnya mereka mempunyai program affiliate. Kalau tidak ada, jangan risau. Cari jenama lain. Saya tidak begitu gemar mendaftar dengan jenama-jenama secara terus dan satu-satu. Pertama ia sangat menyusahkan. Saya perlu melakukannya berkali-kali setiap kali pendaftaran ingin dilakukan. Lagi satu, sukar untuk saya memeriksa statistik yang terkini. Juga perlu dilakukan satu-satu.

Saya lebih suka menggunakan affiliate network.

Cara kedua ialah dengan mendaftar di jenama-jenama yang dikenali sebagai Affiliate Network. Mereka merupakan satu platform yang seolah-olah satu rumah besar yang mempunyai pelbagai jenama-jenama terkenal yang mempunyai program affiliate. Melalui Affiliate Network ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah mencari jenama-jenama yang mempunyai program affiliate satu demi satu. Semuanya ada di platform Affiliate Network ini.

Di Malaysia, Accesstrade merupakan satu platform affiliate network yang terkenal di kalangan para penulis blog, laman web dan juga influencers media sosial yang aktif ‘bergerak’ dalam pemasaran affiliate. Terdapat juga beberapa affiliate network yang lain tetapi saya secara peribadi lebih gemar kepada platform yang mudah untuk digunakan, senang difahami cara penggunaannya dan juga mempunyai tindakbalas cepat menjawab semua persoalan jika saya mempunyai pertanyaan tentang sesuatu.

Setelah pendaftaran dibuat dan proses kelulusan diperolehi, anda akan mempunyai akses ke dashboard sendiri. Di sini anda kini boleh melihat semua jenama yang ada dan senarai kempen-kempen yang boleh anda pilih. Apa yang anda perlu lakukan seterusnya ialah memilih produk atau kempen dari jenama mana yang anda ingin promosikan. Berdasarkan pengalaman saya menggunakan Accesstrade, saya cuma akan pilih pada produk yang sesuai dengan laman web, sesuai dengan latar belakang pengunjung laman web saya dan yang sesuai dengan penulisan saya sahaja. Sebaik sahaja anda menekan klik pada satu kempen, anda akan melihat dengan lebih terperinci tentang kempen tersebut, apa yang boleh dilakukan, apa yang jenama itu larang untuk anda lakukan, maklumat tentang produk, maklumat tentang komisen dan sebagainya. Anda juga akan dapat melihat pautan affiliate ataupun affiliate link di situ. Pautan affiliate ini sebenarnya hanyalah satu url. ia diberikan khas kepada anda sahaja yang boleh anda gunakan pada laman web, laman blog dan juga media sosial anda. 

Dari sini, anda sudah boleh bergerak cergas. Gunakan pautan affiliate yang disediakan kepada anda yang ada di dashboard tadi, masukkan pada penulisan blog atau status terkini di media sosial anda dan fokus untuk mendapatkan seberapa banyak klik yang boleh dengan harapan akan ada yang membeli. Penulisan blog dan status media sosial yang sesuai untuk pemasaran affiliate ialah penulisan yang tidak terlalu menjual. Penulisan anda perlu ke arah yang lebih kepada penceritaan, berkongsi pendapat, idea dan yang sewaktu dengannya. Tidak mengapa kalau anda menyentuh sedikit tentang produk dan jenama yang anda ingin promosikan itu tetapi janganlah over

Pautan yang diperolehi tadi sebenarnya satu faktor penting bagi jenama yang anda pilih tadi mengesan prestasi anda. Mereka akan tahu dari mana sumber sesuatu pembelian itu sekiranya ia berlaku. Dari sini, komisen akan dibayar kepada sumber tadi, iaitu anda, apabila pembayaran dilakukan. 

Artikel ini adalah contoh bagaimana pemasaran affiliate dilakukan. Cuba lihat bagaimana saya meletak perkataan Accesstrade ini yang mempunyai pautan affiliate yang boleh diklik. Dan saya membuat cadangan yang berbau promosi tentangnya kepada sesiapa yang ingin mendapatkan pendapatan pasif melalui pemasaran affiliate. Ia tidaklah sesusah mana. Kalau saya pun boleh lakukannya, anda juga mesti boleh.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Azleen Abdul Rahim is the Co-Founder of Marketing In Asia. He also runs NSE, a social media management company. Follow him on LinkedIn.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 Sebab Mengapa Pemasaran Media Sosial Penting Bagi Seorang Usahawan

Marketing

Apa Beza ‘Content’ Dan ‘Container’?

Malaysia

Top 10 Tips To Write Down Content For Affiliate Marketing

Marketing

Kepentingan Pemasaran Dalam Realiti Keusahawanan & Kehidupan

Khir Khalid

Connect
Sign Up For Our Newsletter