fbpx
Connect with us

Subscribe

News

MaGIC Memacu Ekonomi Yang Berdaya Tahan

Pakar, usahawan, dan pemain industri akan berkumpul di MaGIC E-Nation MaGIC untuk memacu ekonomi ke hadapan

Usahawan, inovator, pengawal selia, pelabur, penggubal dasar dan pemimpin industri akan berkumpul di E-Nation, simposium ekosistem keusahawanan yang paling dinantikan di negara ini. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin; bekas Perdana Menteri Korea Selatan, Dr. Un-Chan Chung; bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark; Pensyarah Kejuruteraan Risiko, Universiti New York, Prof. Nassim Nicholas Taleb dan Ketua Google Malaysia, Marc Woo adalah di antara panel korporat yang akan hadir.

E-Nation akan diadakan pada 20-23 Oktober, dan tahun ini ianya akan disertai 1,000 peserta dari syarikat-syarikat pemula serta 65 penceramah dan moderator tempatan serta antarabangsa dalam membangunkan ekosistem keusahawanan yang didorong oleh inovasi yang mampan untuk negara.

Dianjurkan oleh Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) untuk tahun yang kedua, simposium ini akan menampilkan penglibatan usahawan, inovator, pengawal selia, pelabur, pembuat dasar dan pemimpin industri yang menekankan aspek kreatif, inovasi korporat, pendidikan, keusahawanan, dasar dan keusahawanan sosial.E-Nation tahun ini bertemakan ‘Memacu ekonomi yang berdaya tahan’, yang disokong oleh tiga tonggak utama iaitu Mencakup Perubahan, Mengaktifkan Teknologi dan Memperkasa Masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC Dzuleira Abu Bakar berkata, ketiga-tiga tonggak tersebut bertepatan dengan kesan pandemik Covid-19 yang bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan awam tetapi juga menyebabkan kemelesetan global. 

“COVID-19 telah mempercepat dan mencipta peluang bagi negara untuk bangkit kembali dan membangun ketahanan ekonomi melalui inovasi serta kreativiti,” ujar Dzuleira.

“Kita perlu melakukan perubahan untuk memastikan pertumbuhan dan kelestarian perniagaan. Dengan mengaktifkan teknologi, seperti pene­rapan kecerdasan buatan atau robotik, kita dapat memperkasakan semula cara perusahaan dan usaha untuk mengubah masa depan. Sekiranya kita ingin membina sebuah negara, kita harus tumbuh bersama sebagai satu. Tiada siapa yang harus ditinggalkan,” katanya

Dengan protokol jarak fizikal yang harus dipatuhi, E-Nation tahun ini akan diadakan pada platform hibrid maya dan fizikal di kampus MaGIC di Cyberjaya. Oleh kerana COVID-19, Dzuleira mengatakan bahawa inovasi telah menjadi lebih penting dalam kelangsungan hidup dan pemulihan syarikat pemula dan perusahaan sosial. Penekanan pada ekonomi yang didorong oleh inovasi telah diakui oleh pihak kerajaan, yang baru-baru ini melancarkan Inisiatif National Technology & Innovation Sandbox (NTIS) bernilai RM100 juta dan Geran Social Impact Matching bernilai RM10 juta.

Dzuleira menekankan bahawa banyak projek di bawah NTIS membawa kesan sosial yang bermakna melalui inovasi. Ethovent, semi-ventilator, dikembangkan dalam masa tujuh minggu untuk membantu pekerja kesihatan mengatasi kekurangan ventilator di waktu kemuncak wabak COVID-19. Begitu juga, robot MCK-19 yang dikembangkan untuk membantu menghantar makanan ke bilik hospital, untuk mengurangkan hubungan fizikal antara kakitangan dan pesakit.

“Kami juga ingin mempunyai penjajaran yang kuat dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) untuk menutup jurang sosio-ekonomi serta mendorong Do Good Solutions” katanya lagi.

Sila layari enation.mymagic.my untuk menempah tempat di E-Nation serta untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut. Pendaftaran adalah percuma!

Sign Up for Our Newsletter

Editorial Team
Written By

Do you have an article, infographic, podcast, presentation slides, press release or a key individual from your organisation that you'd like to highlight on Marketing In Asia? Head on over to Upload Your Content for more info.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Colgate Champions Positivity & Encourages Malaysians To #SMILESTRONGBERSAMA

News

black steering wheel black steering wheel

Yasmin Yusuff Leads The Way In Waze’s Voice Guided Navigation

Google

city road streets people city road streets people

‘Looking Past The Discount’: Can This Peak Shopping Season Be The Start Of The Retail Resurgence?

Report

Malaysian Musical Theatre Company Releases Mahsuri-Inspired Single: ‘In My Arms’

Leisure & Lifestyle

Connect
Sign Up for Our Newsletter