fbpx
Connect with us

Subscribe

city skyline building office

Marketing

Kepentingan Marketing Mix Dalam Pemasaran Norma Baharu

Krisis pendemik ini sememangnya tidak boleh dipandang remeh.

Photo by Omar Elsharawy on Pexels

Perubahan trend pasaran dan tingkah laku pengguna dalam situasi yang masih tidak menentu sejak bermula norma baharu sememangnya memberi cabaran yang besar kepada ramai usahawan. Ramai yang mula mencari inisiatif dan membina kreativiti baharu bagi memperkukuh serta memastikan aspirasi perniagaan dapat terus berjalan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan.

Krisis pendemik ini sememangnya tidak boleh dipandang remeh. Semakin hari, semakin banyak sektor perniagaan yang terkesan dan terpaksa bertahan. Tidak kurang juga yang terpaksa gulung tikar dan memulakan perancangan lain. Melalui strategi pemasaran yang lebih teratur setidaknya membantu mengurangkan implikasi negatif serta memperkukuh daya saing untuk terus berkembang. 

Oleh itu, pada artikel ini saya terpanggil mengetengahkan konsep Marketing Mix atau Campuran Pemasaran. Ia antara kaedah penting dalam pemasaran, malah semakin digunapakai kebanyakkan perniagaan pada masa krisis pendemik ini untuk menilai dan menambahbaik strategi pemasaran yang strategik terhadap tuntutan pasaran semasa.

Definisi Marketing Mix

Marketing Mix bukanlah perkara asing bagi ahli pemasaran. Ia telahpun menjadi sebahagian modul pembelajaran dan terus berkembang mengikut kepentingan semasa bagi memastikan setiap elemen dapat menepati objektif perniagaan dan prospek pasaran yang disasarkan.

Istilah Marketing Mix mula diperkenalkan oleh Neil Borden pada tahun 1948. Ia telah diperkemas lagi oleh Jerome McCarthy pada tahun 1960an merangkumi empat faktor utama dipanggil ‘4Ps’ iaitu Produk, Harga, Lokasi dan Promosi (Product, Price, Place, Promotion). Ia telah diperkemaskan lagi oleh Booms and Bitner selaras dengan kemunculan era digitalisasi sebagai ‘7Ps’ dengan penambahan tiga elemen baharu iaitu Bukti Fizikal, Orang dan Proses (Physical Evidence, People, Process).

Berikut saya perjelaskan elemen 7P dalam Marketing Mix tersebut;

Product (Produk). Setiap perniagaan perlu mengenalpasti kelebihan serta kelemahan pada setiap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pasaran. Dalam konteks semasa, cabaran pandemik ini juga turut memaksa sebahagian besar perniagaan untuk menilai kembali kemampuan produk dan perkhidmatan bagi memastikan ia terus relevan dengan permintaan pasaran.

Poduk berkualiti menjadi tunggak menjamin kepuasan pengguna, namun ada beberapa faktor lain yang perlu juga diteliti sama ada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan itu diperlukan oleh prospek pasaran bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Produk yang berkualiti dan dapat memenuhi keperluan serta menyelesaikan masalah pelanggan mampu bertahan dalam persaingan industri dengan lebih mampan.

Price (Harga). Faktor harga turut menjadi kepentingan sebahagian besar pengguna dalam apa jua sektor pasaran. Berdasarkan realiti dalam menghadapi situasi krisis pendemik ini turut menyaksikan sebilangan perniagaan yang terpaksa berhadapan dengan permasalahan harga sama ada disebabkan kenaikan kos operasi atau berkurangnya permintaan disebabkan perubahan tingkahlaku pengguna.

Oleh itu, setiap perniagaan perlu membuat pilihan yang tepat bagi memastikan kadar harga yang dapat menampung kos pembuatan dan pengurusan serta menjana keuntungan. Penawaran harga yang tepat dan selaras dengan kualiti pembuatan juga dapat menggalakkan lebih banyak permintaan dari pelanggan dan membuka potensi pasaran yang lebih baik.

Place (Lokasi). Lokasi fizikal bukan lagi menjadi kepentingan utama bagi sesetengah perniagaan dengan kehadiran teknologi digital kini. Namun ia tetap terus releven sebagai salah satu elemen penting kerana ia turut merangkumi lokasi jualan maya melalui platform digital yang digunakan.

Menentukan lokasi jualan sama ada secara fizikal atau dalam talian dapat memudahkan lagi urusan perniagaan dan capaian pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan. Lokasi maya merangkumi pengukuhan platform e-dagang, laman web dan media sosial sebagai platform penting dalam memperkukuh pasaran era digital kini.

Promotion (Promosi). Perancangan promosi yang strategik dan kos efektif menjadi keperluan bagi setiap perniagaan bagi memastikan capaian produk atau perkhidmatan kepada prospek pasaran. Terdapat pelbagai saluran yang boleh dimanfaatkan sama ada platform tradisional dan digital atau mengintegrasikan keduanya selaras dengan objektif perniagaan dan potensi pasaran. 

Physical Evidence (Bukti Fizikal). Jika penjenamaan itu penting, bukti fizikal juga antara elemen yang dapat menyokong kepentingan tersebut serta memperkukuh authoriti pasaran. Ia merangkumi elemen seperti logo, bungkusan produk, risalah dan elemen media cetak termasuk penerampilan digital seperti tema laman web dan media sosial serta pengisian dalam menjalin hubungan pelanggan. Bukti fizikal membantu membina kepercayaan jangka panjang terhadap kredibiliti produk dan perkhidmatan kepada pelanggan serta berperanan dalam memperluaskan lagi potensi pasaran.

People (Sumber Manusia). Orang yang dimaksudkan adalah sumber manusia yang merupakan aset penting perniagaan. Ia turut menjadi keutamaan dalam memastikan kekuatan perniagaan dengan mengambilkira peranan sumber manusia yang kompeten merangkumi peringkat pengurusan sehingga keseluruhan kakitangan operasi. Kewibawaan sumber manusia perlu sentiasa ditambahbaik dan terus ditingkatkan sebagai sebahagian kepentingan pemasaran.

Process (Proses). Memahami mekanisme pengguna serta pengalaman pelanggan bermula dari bagaimana mereka mengetahui tentang kewujudan produk sehinggalah keputusan pembelian dilakukan adalah proses yang perlu difahami. Ia penting dalam memastikan keberkesanan strategi dalam setiap kempen pemasaran. Pada artikel terdahulu ada saya nyatakan proses yang boleh dijadikan rujukan dalam Membina Kempen Pemasaran Yang Berkesan Dengan Formula AIDA

Memperkukuh Strategi Pemasaran Norma Baharu

Saya juga tidak terkecuali menerima pelbagai respon dari kalangan pelanggan industri termasuk rakan serta kenalan usahawan dalam membincangkan aspek memperkukuh dan mengintegrasi kaedah pemasaran mendepani cabaran norma baharu. Malah, ada dikalangan mereka yang sebelum ini kurang memberi perhatian terhadap kepentingan Marketing Mix turut mula mendalaminya demi kelangsungan perniagaan. 

Justeru itu, penerapan Marketing Mix menjadi asas penting pemasaran untuk pengukuhan jangka panjang perniagaan, produk dan perkhidmatan. Melalui perangkaan strategi yang terancang mampu meningkatkan keberkesanan dalam setiap kempen pemasaran serta memperkukuh potensi perniagaan yang lebih mampan.   

Sign Up for Our Newsletter

Khir Khalid
Written By

Khir Khalid is a certified marketing professional registered with the Institute of Marketing Malaysia. Besides being a columnist at Utusan Malaysia, he is also an associate marketing consultant and a digital content writer for commercial sectors and agencies. Follow him on LinkedIn and website.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

city road streets people city road streets people

‘Looking Past The Discount’: Can This Peak Shopping Season Be The Start Of The Retail Resurgence?

Report

Malaysian Musical Theatre Company Releases Mahsuri-Inspired Single: ‘In My Arms’

Leisure & Lifestyle

auditorium benches chairs class auditorium benches chairs class

2,400 Former Air Asia Staff To Obtain Free Job Training From Juwai IQI – Malaysia’s Largest-Ever Free Job Training Offer

News

coronavirus coronavirus

6 Tips In Digital Marketing For The Post-COVID World

Marketing

Connect
Sign Up for Our Newsletter