fbpx
Connect with us

Subscribe

Kartina Rosli

Tujuh Cara Membina Pengaruh Kepemimpinan Pemikiran Anda Di Media Sosial

Gunakan saluran media sosial bagi meningkatkan kepimpinan pemikaran sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran anda

Sebelum tercetusnya fenomena media sosial, media tradisional seperti media cetak adalah wadah pilihan bagi para pemimpin pemikiran berkongsi pandangan melalui komentar atau ulasan atas isu-isu semasa. Cara ini dilihat sebagai kaedah terbaik untuk meningkatkan kredibiliti dalam membahaskan isu dalam bidang kepakaran mereka.

Mengorak Langkah Strategik.

Sekiranya anda bertugas di sesebuah organisasi, anda mungkin mempunyai karyawan perhubungan awam atau ‘PR’ yang mengorak langkah strategik bagi meningkatkan pengaruh kepimpinan anda di wadah-wadah tertentu. Antara tugasan utama mereka adalah memerhati dan mengikuti pengisian serta pandangan pemimpin berpegaruh dalam industri di media cetak dan majalah perdagangan tempatan dan antarabangsa.

Mereka juga menjalin hubungan profesional yang erat bersama wartawan media dan mengikuti kisah-kisah yang mereka paparkan untuk dijadikan bahan komentar. Di samping itu, mereka turut memerhati halaman editorial untuk meneliti pandangan dan komentar dari pemimpin pemikiran industri yang dipetik dalam laporan media, serta memanfaatkan berita yang serupa agar pemimpin pemikiran dari organisasi mereka dapat diketengahkan.

Media Sosial Sebagai ‘Gelanggang Baru’ .

Namun, dengan perkembangan digital yang pesat, media sosial hari ini telah menjadi saluran kepada para pemimpin pemikiran dan pengaruh ‘masuk gelanggang’. Platform media sosial seperti LinkedIn dan Twitter adalah landasan sosial tertinggi untuk berkongsi catatan dan tweet pemimpin pemikiran. Ia menjadikan tempat pilihan ramai karyawan bertemu di alam digital dan mengorak langkah untuk mengetengahkan kepakaran mereka melalui komentar atau pandangan yang membina. Ia juga mendorong komunikasi antara mereka dan audiens bagi mencetuskan diskusi disamping menawarkan idea dan bertukar pandangan. Bahkan, platform media sosial juga dapat membina interaksi dengan audiens yang baru, meningkatkan pengaruh dan membina hubungan profesional dalam komuniti mereka. Melalui media sosial ini, pandangan kepemimpinan pemikiran anda tidak hanya terhad di mana anda berada. Bahkan, penulisan anda boleh juga memberi kesan kepada mereka yang mengikuti topik-topik tersebut di seluruh dunia.

Jadi, bagaimana anda boleh menggunakan media sosial untuk meningkatkan pengaruh kepemimpinan pemikiran anda? Berikut adalah tujuh cara yang terbaik.

1. Memuat naikkan profil pemikiran kepimpinan yang profesional.

Perkara pertama yang menambat seseorang untuk berhubung dengan anda adalah melalui profil profesional yang lengkap dan menarik di media sosial. Ketengahkan kredibiliti anda sebagai pemimpin pemikiran dalam bidang kepakaran anda agar audien berasa tertarik untuk saling berhubung. Maksimumkan Halaman Profil anda di LinkedIn merangkumi pengalaman, agar karyawan lain mengetahui kepakaran khusus anda. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang akauntan berpengalaman khusus dalam cukai korporat, anda boleh menyenaraikan topik-topik perbincangan atau mengetengahkan komentar yang telah diterbitkan sebagai portfolio di pelbagai platform dan saluran media sosial.

2. Siarkan kandungan kepakaran anda secara kerap.

Kembangkan komuniti anda dengan memberikan pandangan, petua dan kandungan berinformasi yang menggalak karyawan lain untuk berkongsi atau ‘tweet’ di media sosial, seterusnya menjadi sumber rujukan kepada mereka dan juga para media. Saya ingin memetik artikel oleh Gary Vaynerchuk mengenai topik erti kejayaan. Beliau berkata, “Apabila orang mengatakan kepada saya bahawa saya” bernasib baik “kerana saya “beruntung”, saya merasa sangat kecewa. Nasib tidak ada kaitan dengannya. Saya bekerja pada hujung minggu dan pada hari cuti setiap hari, bermula pada usia empat belas tahun untuk merealisasikan impian. Saya berkerja keras sebelum dapat melihat apa-apa faedahnya.” Begitu juga buat kepemimpinan pemikiran, usaha yang konsisten amat perlu bagi meningkatkan profil pemimpin pemikiran yang berpengaruh. Ada di antara pakar kepimpinan yang saya kenali memerlukan masa antara tiga hingga lima tahun untuk diktibarkan sebagai pakar yang boleh dipercayai dalam bidang mereka. Oleh itu, bersabar dan konsisten dalam membina jenama anda.

3. Perbaharui semula kandungan orang lain dan mulakan perbualan baru.

Memperbaharui pandangan pemimpin pemikiran lain dapat memulakan perbincangan dan idea komentar baru. Jika komentar itu baik, ia juga dapat memberi jalan untuk mendapatkan liputan di akbar digital. Cari kandungan yang bernas dari rakan pemimpin pemikiran yang boleh anda kongsi, komen dan retweet. Tidak ada salahnya berkongsi isi orang lain, namun berikan kredit pada mereka. Melalui cara ini, anda juga mungkin akan mendapat balasan positif dari karyawan lain yang mendapati pandangan anda turut boleh dikongsikan di halaman mereka. Begitulah cara kita berkembang secara positif.

4. Bina kalendar kandungan mingguan atau bulanan.

Anda atau pasukan PR anda dapat mengumpulkan kandungan setiap minggu atau setiap bulan berdasarkan tiang kandungan. Bina kalendar kandungan dan jadualkan informasi di siarkan di saluran media sosial anda pada waktu yang optimum. Pilih kandungan yang mendorong karyawan lain untuk ingin tahu lebih lanjut dan memulakan perbincangan. Namun, yang paling penting, setelah anda mendapat interaksi, jangan lupa untuk membalas. Amatlah rugi sekiranya anda tidak membalas interaksi yang ada, terutama jika komen itu dari pihak media. Jangan lepaskan peluang untuk komen anda diketengahkan. 

5. Lengkapkan pandangan atau salinan information dengan visual!

Pemasaran media sosial yang dilengkapi visual dapat menarik perhatian pembaca serta merta. Trend pemasaran menunjukkan bahawa, peningkatan penggunaan visual bagi menyokong kandungan semakin meningkat. Catatan sosial dan pandangan yang disertai dengan infografik kreatif, video, slaid, dan gambar yang membantu menjelaskan maksud data yang diketengahkan diperakui mendapat lebih sambutan. Sebagai pengguna, siaran dan kandungan yang dilengkapi dengan visual juga dapat mendorong sesuatu keputusan pembelian yang lebih cepat dan usaha pemasaran berkesan. 

6. Jaringan dengan para pengaruh, pemimpin pemikiran, dan wartawan media.

Selain mengembangkan komuniti, satu cara lain untuk meningkatkan kepemimpinan pemikiran anda adalah melalui jalinan aktif dengan pemimpin pemikiran lain dalam industri yang sama atau berlainan. Usah biarkan pandemik dan jarak sosial menghalang anda untuk mengembangkan pengaruh anda. Manfaatkan teknologi melalui penyertaan di webinar, zoom, podcast dan wawancara dalam talian. Berkongsi dan bekerjasama dengan rakan-rakan pemimpin pemikiran mengenai hal terkini, isu-isu semasa, kertas kajian, serta tampil di rancangan dalam talian seperti Facebook LIVE bagi mengetahkan pandangan anda.

7. Bertujuan untuk memperolehi liputan media.

Sebagai pemimpin pemikiran, gunakan pemasaran kandungan anda untuk mendapatkan liputan media secara percuma. Kenal pasti, baca, dan ikuti wartawan yang menulis mengenai niche anda. Ikuti tren, aktiviti, dan berita terkini untuk anda berinteraksi dengan media. Bekerjasama rapat dengan pasukan PR anda untuk membina hubungan dengan mereka dan meningkatkan kepakaran anda. Naikkan profil diri ke pemerhatian media dengan berkongsi pandangan dan pendapat anda untuk dipertimbangkan sebagai liputan atau penerbitan khusus bagi membina momentum dan pendedahan.

Aliran kepimimpinan pemikiran bagi meningkatkan peluang baru dalam kerjaya dan perniagaan.

Dalam era digital yang pesat, pemasaran kandungan kepemimpinan pemikiran adalah salah satu kaedah terbaik untuk menjana peluang perniagaan, membuka kerjaya baru dan memperolehi peluang membina nama, kepakaran dan berjaya dalam industri dan media. 

Membina pemasaran kandungan kepemimpinan pemikiran juga membantu mengumpulkan ramai lagi karyawan yang mempunya minat yang sama, mendapatkan retweet, perkongsian, dan muat turun jika bersesuaian kepada komuniti yang lebih besar. Paling berbaloi adalah apabila klik, retweets atau perkongsian tersebut menyokong meningkatkan kredibiliti anda sebagai sumber yang sahih dan berpengaruh dalam industri ini. Gunakan saluran media sosial bagi meningkatkan kepimpinan pemikaran sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran anda.

Sign Up For Our Newsletter

Kartina Rosli
Written By

Kartina is Marketing In Asia's Editor for Op-Ed. She is also the Founder of Tin Communications. A media specialist with over 20 years of experience in both public and private sectors, she helps SMEs grow their business through strategic media and marketing plans. Connect with her on LinkedIn. You may also reach her by email at kartina@marketinginasia.com.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get To Know Henry Chandra & Rachel Yeng, Co-Founders Of Comfort Works

Talking Pod

Trainer, Strategi Pemasaran & Media Sosial

Malaysia

Get To Know Sameer Pitalwalla, Business Director At Epic Games ASEAN & India

Talking Pod

Meltwater Shares Key Social & Media Stats Around Budget 2021

Report

Connect
Sign Up For Our Newsletter