fbpx
Connect with us

Subscribe

Malaysia

Mencapai Matlamat Dengan Teknik “System Setting”

Dengan “goal setting” dan juga “system setting”, kita akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mencapai azam 2021

Photo by Markus Winkler from Pexels

Apakah beza antara “Goal Setting” dan “System Setting”? 

Kita berada pada minggu-minggu awal tahun baru yang mana masih ramai bercerita tentang  azam mereka. 

Apabila berazam, ramai yang beranggapan bahawa kemahiran yang memainkan peranan  paling penting ialah “goal setting” atau penetapan matlamat. Ini kerana azam sangat  sinonim dengan matlamat – sesuatu yang mahu dicapai. 

Namun kali ini, saya ingin perkenalkan konsep “system setting” – satu kemahiran yang  menyerupai penetapan matlamat namun sedikit berbeza perspektifnya. 

Sebelum ke penjelasan “system setting”, mari kita lihat semula apa itu “goal setting”. “Goal setting” biasanya dikaitkan dengan singkatan S.M.A.R.T. 

  • Specific 
  • Measurable 
  • Achievable 
  • Realistic 
  • Timely 

Sedikit penambahbaikan perlu di sini – terutama sekali apabila membuat azam. 

S.M.A.R.T. adalah satu panduan yang bagus, namun terlalu “left-brain”. Ia sangat berat  kepada logik, bukan emosi. Dan, kita semua sedia maklum bahawa manusia merupakan  makhluk yang sangat dipengaruhi emosi. 

Jadi, saya perkenalkan S.M.A.R.T.e.r. 

  • Specific – khusus, jelas dan tepat 
  • Measurable – boleh diukur dan dilihat pencapaiannya dengan nombor
  • Action-based – berbentuk tindakan supaya mudah dilaksanakan 
  • Relevant – sesuai dengan kehendak dan keperluan individu tersebut
  • Time-framed – mempunyai had masa yang jelas 
  • Exciting – seronok untuk dicapai, menimbulkan motivasi berterusan
  • Rewarding – berbaloi dan pulangan yang setimpal dengan usah 

Saya kira penjelasan ringkas di atas sudah cukup memadai untuk kita faham apa yang  dimaksudkan dengan memasukkan elemen “right-brain” dan emosi kepada penetapan  matlamat yang selama ini sarat logik. 

Setelah mempunyai azam yang jelas halatujunya, kita perlu menerapkan kemahiran “system  setting” atau bahasa mudahnya, membentuk persekitaran yang membawa kepada mencapai  matlamat. 

Sebagai contoh, sekiranya kita meletakkan matlamat: “Turun 5kg sebelum Hari Raya 2021”  (cukup sifat S.M.A.R.T.e.r.) 

Kita perlu memikirkan apakah keadaan persekitaran yang menyokong pencapaian matlamat  ini. 

Dalam situasi ini, antaranya mungkin:

  • Kurangkan pengambilan gula 
  • Lebihkan makan sayur 
  • Berjogging 3km setiap selang sehari 
  • Membuat regangan sebaik sahaja bangun dari tidur 
  • Membuat 10 push up dan 10 sit up setiap hari 
  • Tidur dan rehat yang cukup 

Nota: Ini bukan tips menurunkan berat badan yang sebenar, ini sekadar contoh 

Jadi sekarang, untuk mencapai matlamat “Turun 5kg sebelum Hari Raya 2021”, adakah kita perlu fokus kepada matlamat atau fokus kepada sistem yang membentuk persekitaran agar  boleh mencapai matlamat? 

Contoh lain; “Mencapai sasaran jualan RM1,000,000 setahun” 

Mungkin kita perlu melihat tahap pencapaian aktiviti-aktiviti berikut: 

  • Membuat 20 panggilan ke potential client sehari 
  • Mendapat 6 temujanji dengan client setiap hari 
  • Membuat follow-up 
  • Membuat 1 close sales bagi setiap 4 temujanji 
  • Memastikan dokumen bagi proses jualan lengkap 
  • Memastikan produk sampai ke client pada masa yang dijanjikan 

Nota: Ini bukan tips mencapai sasaran jualan yang sebenar, ini sekadar contoh 

Apa yang dimaksudkan dengan contoh-contoh di atas adalah untuk menerapkan beberapa  aktiviti atau perbuatan yang menyokong pencapaian matlamat utama ke dalam rutin harian.  Dengan fokus kepada perkara-perkara yang kecil dan mudah dilakukan, kita membina satu  sistem pendorong ke arah hasil yang diinginkan. Inilah kunci teknik “system setting”. 

Kesimpualannya, berazam itu hanyalah permulaan. Langkah seterusnya ialah untuk  memikirkan dan memastikan sistem untuk mencapai matlamat itu Berjaya diwujudkan.  Insya Allah, dengan “goal setting” dan juga “system setting”, kita akan mempunyai peluang  yang lebih cerah untuk mencapai azam 2021 atau apa jua matlamat yang kita sasarkan.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Ahmad Fauzan Othman is the Lead Trainer for HRDF Train-the-Trainer certification course and has trained various level of employees from the private and public sector. Fauzan has been actively sharing content online since 2015 and has conducted numerous webinars which have had viewers from across the globe including Poland, India and South-East Asia. Follow him on LinkedIn.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pembentangan Interaktif

Malaysia

The Unavoidable Shift In The Training Industry

Leadership & Empowerment

Components Of A Competent Trainer

Education

HRDF-TTT: Exemption VS. Participation

Human Resource

Connect
Sign Up For Our Newsletter