fbpx
Connect with us

Subscribe

Khir Khalid

Pemasaran Kandungan Melalui Artikel Mesra SEO

Saya terpanggil mengetengahkan beberapa asas penting dalam menulis artikel mesra SEO yang boleh dipraktikkan dalam setiap penulisan blog di laman sesawang

Photo by Amador Loureiro on Unsplash

Sejak kemunculan dunia internet sehingga hari ini, penulisan artikel blog di laman sesawang masih terus menjadi elemen pemasaran kandungan yang penting untuk penyebaran informasi dalam talian. Apabila lambakan maklumat mula membanjiri enjin carian, kemahiran SEO semakin menjadi kepentingan kepada organisasi, perniagaan malah individu yang memanfaatkan enjin carian dalam menyumbang maklumat dan memperkukuh prospek pasaran.    

SEO merupakan akronim ‘Search Engine Optimization iaitu kaedah mengoptimasi enjin carian agar sesebuah artikel di laman sesawang dapat tersenarai pada ranking terbaik di enjin carian seperti Google, seterusnya menjana trafik pembaca organik sebagai prospek pasaran digital. 

Membangunkan artikel mesra SEO juga antara faktor penting dalam memperkukuh ‘online presence’ bagi sesebuah perniagaan disamping membantu menyokong jualan dan memperkukuh kredibiliti pasaran. 

Oleh itu, pada artikel kali ini saya terpanggil mengetengahkan beberapa asas penting dalam menulis artikel mesra SEO yang boleh dipraktikkan dalam setiap penulisan blog di laman sesawang.

Mengurus Artikel Mesra SEO 

Mendaftar Search Console  Pastikan anda terlebih dahulu mendaftarkan laman sesawang dengan Google Search Console. Ia kemudahan yang disediakan secara percuma oleh Google bagi memudahkan sesebuah laman sesawang dan artikel blog diindeks dengan lebih baik di mata enjin carian.

Terdapat beberapa cara untuk anda mendaftar laman sesawang yang boleh dirujuk melalui carian Google berdasarkan kesesuaian platform laman sesawang yang anda miliki. Ia hanya perlu didaftarkan sekali sahaja untuk manfaat jangka panjang laman sesawang dan juga perniagaan. 

Kata Kunci  Tentukan kata kunci (keyword) yang paling jelas tentang isi artikel yang ditulis. Kata kunci tersebut juga sebaiknya dinyatakan dalam tajuk utama artikel termasuk pada sub-topik dan isi kandungan. 

Anda juga boleh merujuk Google Trends bagi mendapatkan idea sama ada kata kunci yang dipilih bersesuaian dengan trend lokaliti pasaran seperti Malaysia. Namun anda juga perlu pastikan agar tidak berlebihan mengulang penekanan kata kunci dalam sesebuah artikel kerana ia boleh dianggap sebagai ‘keyword spamming’ oleh enjin carian.

Struktur Kandungan Artikel – Setiap artikel yang ditulis juga perlu penyusunan rangka struktur penulisan yang teratur. Secara asas ia mestilah mempunyai Pengenalan, Isi Kandungan dan Kesimpulan atau ‘Call-to-Action’ (CTA). Manfaatkan Heading Tags untuk sub-topik artikel bagi membantu perincian kandungan yang lebih teratur bukan sahaja untuk enjin carian tetapi memudahkan pembaca lebih memahami pengisian yang diketengahkan.

Pautan –  Antara yang disarankan pembangun plugin SEO adalah meletakkan pautan ‘Internal link’ dan ‘Outbound link’. Internal link adalah pautan rujukan kepada artikel lain di laman sesawang yang sama, manakala Outbound link pula adalah pautan ke artikel di laman sesawang lain. Kedua-dua pautan tersebut perlu mempunyai topik yang terkait dengan artikel yang ditulis.

Pautan dalaman pada sesebuah artikel dapat membantu membina aliran ‘link juice’ disamping mengurangkan ‘bounce rate’. Pautan outbound link kepada laman web yang lebih berautoriti pula dapat membantu menarik perhatian lelabah carian sebagai salah satu rujukan terkait yang mempunyai nilai yang bermanfaat. Namun pastikan pautan luar mempunyai pengisian yang berkaitan dengan artikel yang ditulis. 

Jumlah Perkataan – Usahakan menulis artikel melebihi 300 patah perkataan. Enjin carian seperti Google gemarkan artikel panjang dengan struktur kandungan yang teratur. Adalah lebih baik jika turutan artikel yang ditulis selaras dengan niche laman sesawang dan perniagaan.

Terdapat juga polisi algoritma baharu yang menyatakan artikel yang ditulis sehingga 2000 perkataan tidak lagi menjadi faktor utama yang menarik perhatian enjin carian kerana berkembangnya kandungan video yang semakin mendapat sambutan kini. Namun, jumlah perkataan yang memadai berserta struktur kandungan yang teratur bagi memudahkan rujukan pembaca (user-experience) tetap diperlukan dalam mengurus kandungan artikel. 

Optimasi Imej – Namakan imej dengan catatan ‘Alt Attributes’ yang betul agar sesebuah imej dapat dikenalpasti oleh mesin pencari. Imej yang dimuatnaik pada artikel sebaiknya berukuran lebar 750px ke bawah dan dikompress dalam format PNG. Ini membantu mengurangkan beban artikel ketika ia diakses oleh para pembaca melalui pelbagai peranti.

Diskripsi Meta – Pastikan juga anda mengisi penerangan ringkas tentang pengisian artikel di ruangan ‘Meta Description’. Diskripsi tersebut dapat membantu menjelaskan dengan tepat kepada mesin pencari agar mudah diindeks disamping menarik prospek untuk membaca melalui carian.

Pengembangan Digital Dan Kelestarian SEO

Berdasarkan kenyataan pakar pemasaran digital, Neil Patel, perubahan algoritma enjin carian pada tahun 2021 ini mula mengutamakan kandungan berdasarkan niche. Ini antaranya disebabkan disebabkan lambakan maklumat yang diterima enjin carian, seterusnya mempengaruhi polisi untuk mengutamakan kepakaran sebagai authoriti laman sesawang disamping pengalaman pengguna. 

Namun, kaedah asas ini tetap menjadi kepentingan dalam membantu pengukuhan kredibiliti kandungan kepada sasaran prospek pasaran organik melalui kelebihan enjin carian demi kebaikan kerjaya dan aspirasi perniagaan. 

Menulis artikel mesra SEO bukan usaha yang memberi hasil semalaman tetapi memerlukan perancangan dan pengurusan yang konsisten. Penulisan yang teratur mampu membuka potensi pasaran digital melalui para pencari maklumat bukan sahaja di Malaysia malah dari serata dunia. 

Sign Up For Our Newsletter

Khir Khalid
Written By

Khir Khalid is a certified marketing professional registered with the Institute of Marketing Malaysia. Besides being a columnist at Utusan Malaysia, he is also an associate marketing consultant and a digital content writer for commercial sectors and agencies. Follow him on LinkedIn and website.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2021, Mungkin Ia Hampir Sama Dengan 2020 Atau Lebih Teruk

Perspectives

Carsome Consumer Survey: 58% Of Malaysian Consumers Plan To Buy A Car Within 1-6 Months

Report

Real Estate Industry Welcomes PM’s PERMAI Package As Good For The Economy

News

Never A Better Time To Get Groceries From Home With New pandamart Voucher

MIA Deals

Connect
Sign Up For Our Newsletter