fbpx
Connect with us

Subscribe

Perspectives

Kasihan Si Bangau

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?

Photo by Kevin Grieve on Unsplash

Siapa yang tidak kenal lagu ini? 

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus? 
Macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul 
Ikan tak mahu timbul’ 
Ikan oh ikan, kenapa kau tak timbul? 
Macam mana aku tak timbul, rumput panjang sangat 
Rumput panjang sangat 
Rumput oh rumput, kenapa engkau panjang? 
Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku 
Kerbau tak makan aku 
Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput? 
Macam mana aku tak makan, perut aku sakit 
Perut aku sakit 

Perut oh perut, kenapa engkau sakit? 
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah 
Makan nasi mentah 
Nasi oh nasi, kenapa engkau mentah? 
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah 
Kayu api basah 
Kayu oh kayu, kenapa engkau basah? 
Macam mana aku tak basah, hujan timpa aku 
Hujan timpa aku 
Hujan oh hujan, kenapa timpa kayu? 
Macam mana aku tak timpa, katak panggil aku 
Katak panggil aku 

Katak oh katak, kenapa panggil hujan? 
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku 
Ular nak makan aku 
Ular oh ular, kenapa nak makan katak? 
Macam mana aku tak makan, memang makanan aku 
Memang makanan aku 

Bahasa Melayu adalah bahasa yang sangat indah. 

Bahasa Melayu juga mempunyai budaya mendidik yang sangat halus seninya sehinggakan  adakalanya, tidak difahami oleh pentuturnya sendiri. Bahasa Melayu bukan sahaja menyampaikan maksud tersurat, tetapi sarat dengan makna  tersirat.

Lagu “Bangau oh bangau” sebagai contoh, adalah salah satu contoh seni mendidik cara  tersirat. Ada dikalangan kita, melihat lagu ini sebagai satu pengaruh negatif. Negatif kerana lirik lagu  itu mengisahkan seekor bangau yang kurus tetapi seakan-akan menyalahkan benda lain  sebagai penyebab kepada kondisi yang dialaminya. Budaya menyalahkan orang lain  dikatakan berpunca daripada lagu ini. 

Ini tersurat. Apa yang biasa orang nampak dahulu. Tetapi seni mendidik kita tidak ‘direct’ seperti budaya barat. Maka, kita juga perlu lihat  maksud yang tersirat. 

Lagu “Bangau oh bangau” sebenarnya mengajak kita membiasakan diri dengan bertanya,  “Kenapa” (why) dan tidak berputus asa mencari punca sebenar “masalah”. Tanpa kita sedari,  kita adalah watak penting dalam lagu “Bangau oh bangau” kerana kita yang bertanya  “kenapa” dan menggerakkan penceritaan lagu tersebut. Kalau Jepun popular dengan kaedah  “5-Why”, kita dididik sejak kecil dengan lagu ini untuk bertanya lebih banyak “kenapa” – 10 kali kenapa!  

Soalannya sekarang, kenapa kita selalu merendah-rendahkan budaya bahasa kita sendiri?  

Sebagai trainer berbangsa Melayu, walaupun saya tidak sentiasa mengajar dalam bahasa  ibunda, dan saya juga tidak mengambil jurusan bahasa, saya sebenarnya sayang pada seni  bahasa saya sendiri. Pantun, peribahasa, cerita rakyat, semua ini menunjukkan betapa  kayanya bahasa dan budaya Melayu dalam memberikan contoh dan tauladan.  

Pada saya, Si Bangau tidak bersalah. Malah, saya kasihan dengannya kerana hanya nampak satu perspektif sahaja. Yang salah adalah mereka yang gagal melihat gambaran yang lebih  besar dan tujuan pengajaran yang hendak disampaikan oleh lagu tersebut. Selain mencari  punca, lagu tersebut sebenarnya mendidik pengajaran lain juga seperti mengenal rentetan peristiwa, memahami kesan tindakan kita kepada orang lain, melihat rangkaian ekosistem  dan akhir sekali, mengakui fakta seperti yang dikata oleh Si Ular, “Memang makanan aku.” 

Jadi, secara peribadi saya rasa elok lagi Si Bangau, daripada Si Ketam yang cuba mengajar  anaknya jalan lurus.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Ahmad Fauzan Othman is the Lead Trainer for HRDF Train-the-Trainer certification course and has trained various level of employees from the private and public sector. Fauzan has been actively sharing content online since 2015 and has conducted numerous webinars which have had viewers from across the globe including Poland, India and South-East Asia. Follow him on LinkedIn.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

How Reverse Mentoring Can Eliminate Ageism In The Workplace

Perspectives

What’s Next For Influencer Marketing?

Perspectives

Gaming: Connected TV’s Hidden Champion

Perspectives

Pelanggan Membantu Memasarkan Produk

Marketing

Connect
Sign Up For Our Newsletter