fbpx
Connect with us

Subscribe

Business Entrepreneurship

Mencipta Prospek & Pelanggan

Seorang konsultan akan bersama-sama dengan pelanggan mengenalpasti keperluan perkhidmatan atau produk

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Nak ubah suspek kepada pelanggan? Nak ubah orang yang tidak dikenali kepada seseorang yang boleh dibawa berbual dan dijadikan bakal pelanggan? Tak boleh cakap macam tu dengan pelanggan, sebab customer is always right. Ini yang biasa kita dengar sejak dahulu lagi. 

Pernah anda jumpa pelanggan yang tidak tahu apa yang dia tidak tahu? Pelanggan yang tidak tahu skop perkhidmatan atau spesifikasi produk yang mereka perlukan? Mereka yang hanya agak-agak sahaja. 

Di sinilah topi konsultan perlu dipakai. Kenapa ya, sebab kini “client is always important”. Ini gagasan baru dan lebih penting. 

Seorang konsultan akan bersama-sama dengan pelanggan mengenalpasti keperluan perkhidmatan atau produk. Konsultan akan sama-sama bersetuju dengan pelanggan tentang penyataan keperluan atau spesifikasi kerja sebelum kerja-kerja bermula. 

Membantu pelanggan mengetahui apa yang perlu dan apa yang tidak perlu akan memberi nilai tambah terhadap perkhidmatan kita. 

Bercakap seperti seorang konsultan perlukan ilmu dan kemahiran. Bahkan, berjalan dan berpakaian seperti seorang konsultan juga boleh dipelajari agar keyakinan pelanggan akan wujud di pertemuan pertama. “There is no second opportunity for first impression” pesan bijak pandai. 

Belajar dengan melakukan adalah teknik paling berkesan. Jika anda ingin semakin mahir membuat keputusan, buatlah lebih banyak keputusan. Jika ingin mahir membina jaringan dan pelanggan, lakukanlah ia lebih kerap.

Sign Up For Our Newsletter

Syamsul Amri Abdul Razak

Syamsul Amri Abdul Razak is a certified trainer with HRDF. He is also a Certified Basci NLP Practitioner. Follow him on his website and Facebook.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Menjual Nilai

Business Entrepreneurship

Zero Kepada Hero

Leadership & Empowerment

Kasihan Si Bangau

Perspectives

Kemahiran Menjual Idea & Apa Sahaja

Perspectives

Connect
Sign Up For Our Newsletter