fbpx
Connect with us

Subscribe

Malaysia

Kejayaan, Ukuran Dan Perjalanan

Kita perlu definisikan sendiri maksud “kejayaan”

Photo credit: The Peak Malaysia

Sesiapa yang biasa bekerja dengan saya dan kenal cara saya, tahu saya memang gemar ambil  tahu mengenai “process flow”. Saya memang suka “figure out how things work”. Saya juga  cenderung mencari “lowest common denominator” untuk membina “foundation” yang  kukuh dalam pemahaman saya tentang satu-satu perkara. 

Mereka yang pernah duduk dalam sesi brainstorming bersama saya, tahu saya suka “visual  interpretations”. Kalau ada whiteboard, saya conteng pada whiteboard. Paling tidak, saya  akan conteng pada kertas.  

Jadi, apabila saya nampak blueprint ini, sudah tentunya saya suka. Ini adalah visual dari  hantaran laman FB Johor Southern Tigers pada tahun 2016. 

Hantaran yang dimaksudkan: 

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/photos/a.217885345041439/584240488405921

Selain daripada yang disebut dalam hantaran tersebut, saya dapat pengajaran berikut: 

  1. Kita perlu definisikan sendiri maksud “kejayaan” – dengan cara ini, kita akan dapat  kenalpasti “milestones” yang betul dan tahu apakah penanda aras yang menggambarkan  bahawa kita semakin hampir kepada definisi kejayaan tersebut. Kita tidak lagi ukur kejayaan  dengan kayu ukur orang lain. Kita ukur dengan “parameters” kita sendiri. 
  2. Dalam usaha kita cuba mencapai “kejayaan” tersebut, akan ada masalah-masalah yang  perlu diselesaikan. Jangan jadikan masalah-masalah ini isu besar dalam blueprint “kejayaan” kita. Selesaikan semampunya dan “keep moving forward”.  
  3. Tujuan blueprint adalah untuk meletakkan struktur asas kepada perancangan ke arah  mencapai matlamat – Bukan menghuraikan semua perkara. Atas faktor ini, “visual  representations” sudah memadai, jangan terperangkap dengan “details” kerana kita tidak  mungkin tahu setiap perincian semasa kita dalam fasa itu. 
  4. Matlamat perlu “crystal clear” namun laluan bagi mencapainya tidak perlu huraian dan perincian kerana ini menghadkan kreativiti dan menjadikan kita kurang “agile”. 2 + 2 dapat  4 dan 1 + 3 juga dapat 4. 
  5. Apabila kita tahu matlamat dan ada perancangan, kita tidak perlu ambil kisah dengan  kata-kata orang luar – baik sindiran, mahupun saranan. Oleh kerana kita tahu apa “kejayaan” yang mahu dicapai dan apa “parameters” yang perlu diukur, kita tidak mudah goyah dalam “journey” kita.  

Kembali ke JDT, dalam blueprint yang dihasilkan pada 2013 ini tiada pun disebut JDT perlu menang setiap perlawanan. Namun, sekarang kita lihat hasil pencapaian mereka. 

Saya kongsikan kisah ini bukan kerana saya penyokong JDT walaupun saya lahir di Johor dan mengikuti pasukan bola sepak Johor sejak liga Semi-Pro tahun 1991. Saya kongsikan agar menjadi inspirasi kepada mereka yang mengejar definisi kejayaan sendiri dan sangat jelas dengan apa yang perlu bagi merealisasikan “vision” itu. Kepada anda yang seperti itu, teruskan usaha! InsyaAllah masa anda akan tiba.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Ahmad Fauzan Othman is the Lead Trainer for HRDF Train-the-Trainer certification course and has trained various level of employees from the private and public sector. Fauzan has been actively sharing content online since 2015 and has conducted numerous webinars which have had viewers from across the globe including Poland, India and South-East Asia. Follow him on LinkedIn.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

How Reverse Mentoring Can Eliminate Ageism In The Workplace

Perspectives

What’s Next For Influencer Marketing?

Perspectives

Gaming: Connected TV’s Hidden Champion

Perspectives

Pelanggan Membantu Memasarkan Produk

Marketing

Connect
Sign Up For Our Newsletter