fbpx
Connect with us

Subscribe

Marketing

6 Sebab Mengapa Pemasaran Media Sosial Penting Bagi Seorang Usahawan

Ia sangat, sangat membantu.

Photo by Eaters Collective on Unsplash

Pada masa ini, sekiranya anda seorang usahawan dan mempunyai perniagaan tidak kira sama ada perkhidmatan ataupun produk, cara yang paling baik untuk meningkatkan kesedaran jenama adalah melalui pemasaran media sosial. Selain menyiarkan informasi mengenai produk atau perkhidmatan di laman web anda,  platform media sosial seperti Facebook, LinkedIn, Instagram, Twitter, Pinterest dan YouTube juga turut membantu meningkatkan kesedaran jenama kepada orang ramai dalam jangka panjang.

Dalam dunia digital masa kini, pemasaran media sosial telah menjadi satu taktik yang mampu membawa hasil yang baik bagi ramai pengusaha perniagaan kecil. Dengan strategi bijak, pemasaran secara digital dapat menjangkau ratusan atau berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia. Mereka yang masih ragu mengenai nilai pemasaran sosial media akan merasa rugi kerana peluang pemasaran digital ini dapat memberi faedah yang luar biasa dapat meningkatkan kesedaran dan nilai tambah sesuatu produk itu.

Sekiranya anda baru memulakan perniagaan atau ingin mengekalkan perhatian pelanggan terhadap jenama anda, berikut adalah enam sebab mengapa anda harus memulakan pemasaran media sosial anda hari ini.

Dapat meningkatkan kesedaran jenama anda. Walaupun pemasaran secara mulut-ke-mulut atau ‘word-of-mouth’ adalah satu taktik tradisional pemasaran yang baik, pemasaran secara digital dapat melonjakkan lagi kesedaran tentang jenama anda ke tahap yang jauh lebih baik. Apabila digabungkan dengan pemasaran tradisional ia dapat membantu mempengaruhi keputusan pembelian pelanggan. Untuk memulakan pemasaran di media sosial, bina profil perniagaan anda dengan informasi tentang produk atau perkhidmatan yang disediakan. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menyertai kumpulan media sosial or ‘groups’ dan berkongsi informasi produk atau perkhidmatan anda untuk mengembangkan lagi pengikut atau followers yang ada.

Lebih murah daripada iklan tradisional. Platform media sosial adalah percuma. Tidak perlu bajet yang besar untuk memulakan pemasaran media sosial anda di Facebook, Instagram, Twitter atau LinkedIn. Siarkan kandungan boleh dikembangkan secara organik dan konsisten. Kongsi maklumat dan pengetahuan yang relevan dan berkaitan dengan audiens anda. Melakukannya secara konsisten dapat membina pengikut yang menghargai kandungan anda. Apabila fans dah pun meningkat, anda bolehlah berjinak dengan iklan kecil untuk mendapatkan audiens dan pulangan yang lebih besar.

Tingkatkan kedudukan jenama di pasaran. Media sosial bukan hanya untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan anda. Ia juga merupakan platform untuk mengembangkan rangkaian jenama dan membina peluang untuk dipandang sebagai duta jenama. Apabila jenama anda senang di cari di lelaman web atau platform digital, ia dapat meningkatkan kedudukan jenama anda di dalam industri.

Tingkatkan kewibawaan jenama. Apabila anda berkongsi kandungan berharga, ia dapat mengembangkan kepercayaan para pelanggan. Untuk membina kesetiaan jenama, anda perlu memastikan saluran komunikasi anda sentiasa terbuka dan menjawab segala soalan dari audiens anda. Apabila anda mengambil berat peri pentingnya customer service ia menunjukkan komitmen dan nilai jenama anda.

Tingkatkan kedudukan SEO jenama. Hari ini, meningkatkan SEO jenama anda melalui kata kunci di laman web tidak mencukupi. Apabila anda berkongsi kandungan di platform media sosial anda, ia dapat meningkatkan peluang bagi para pelanggan atau audiens melihat kandungan anda melalui carian kata kunci dengan lebih mudah.

Meningkatkan ‘traffic’ ke laman web. Apabila anda berkongsi URL laman web anda di platform media sosial, ia akan mendorong traffic ke laman web anda. Ini memberikan alasan kepada pembaca anda untuk menekan butang tersebut dan seterusnya melayari URL laman web anda.

Sebagai rumusan, para usahawan harus ingat bahawa kegiatan pemasaran memerlukan masa untuk mendapat hasil. Jika anda tidak mulakan kegiatan pemasaran ini dari sekarang, anda membenarkan pesaing anda memperoleh bahagian pasaran yang lebih besar. Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk memulakan pemasaran media sosial anda, libatkan agensi pemasaran yang dapat membantu anda merancang strategi yang sesuai bagi produk atau servis anda. Semakin cepat anda memulakan, semakin besar peluang perniagaan anda berkembang.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Kartina is Marketing In Asia's Editor for Op-Ed. She is also the Founder of Tin Communications. A media specialist with over 20 years of experience in both public and private sectors, she helps SMEs grow their business through strategic media and marketing plans. Connect with her on LinkedIn. You may also reach her by email at kartina@marketinginasia.com.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelanggan Membantu Memasarkan Produk

Marketing

Mantap Bersama Dilancarkan Untuk Membantu Perniagaan Kecil Di Malaysia

Google

Potensi Augmented Reality Dalam Pemasaran Digital

Khir Khalid

Tiga Cabaran Besar Untuk Berubah

Leadership & Empowerment

Connect
Sign Up For Our Newsletter