fbpx
Connect with us

Subscribe

Marketing

Memasarkan Produk & Perkhidmatan Dari Hati

Seseorang sanggup dan mahu melakukan tugas yang luar biasa apabila menerima pujian, penghargaan dan pengiktirafan

Photo by Nathan Dumlao on Unsplash

Setiap dari kita akan tetap berusaha sedaya upaya untuk memenuhi keperluan kehidupan dan tetangga. Masing-masing perlu dan akan ada sebab utama atau ‘the big why’ yang ditetapkan demi mencapai sasaran dan hasrat tersebut. 

Timbal balik dari setiap kerja buat dan usaha yang diberikan akan datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Lazimnya ia datang dalam bentuk imbuhan, saguhati, gaji dan upah hatta berupa barangan atau perkhidmatan sebagai imbuhan balik. Seseorang buat kerja dan menerima upah. Ada pula yang lain menyempurnakan tugasan dan diberi perkhidmatan percuma sebagai pulangan. 

Pesanan penulis malar segar tersohor, Dale Carnegie bahawa seseorang sanggup dan mahu melakukan tugas yang luar biasa apabila menerima pujian, penghargaan dan pengiktirafan; bukan sekadar upah atau imbuhan. Pandang sisi berbeza pula, jika kita pula sebagai klien atau pembiaya apakah yang perlu kita lakukan demi memperolehi khidmat atau produk yang bagus dan memuaskan? Sebagai klien atau pihak yang membayar produk atau perkhidmatan, berikanlah penghargaan dan pujian kepada penyedia perkhidmatan tersebut seikhlasnya nescaya bersinar sinar mata pihak yang menjual. 

Sebagai pihak yang menjual pula, ambillah peluang untuk turut menghargai dan memuji klien atau pelanggan kita atas silaturrahim dan interaksi yang wujud antara kedua pihak. Ini berbaloi untuk masa depan. Secara mudahnya, memasarkan produk atau perkhidmatn haruslah dimulai dengan nyala rasa yang tinggi dan positif. Jika kedua-dua pihak iaitu penjual atau penyedia perkhidmatan dan pembeli atau penerima manfaat benar-benar suka dengan hubungan terjalin, ianya akan berkekalan. Apatah lagi ianya datang dari hati, pasti masuk ke hati jua.

Sign Up For Our Newsletter

Syamsul Amri bin Abdul Razak, Lead Trainer for SABAR Training and Resources is a certified HRDF-TTT Trainer. A seasoned Business Development & Sales Management practitioner, he is an active volunteer with Islamic Relief Malaysia, he is currently the Principal Advisor for UKM-UnipeQ, a Training & Consultancy company owned by a Malaysian public university, UKM. Syamsul is a certified Basic NLP Practitioner and has been appointed as Mentor for International Islamic University (IIUM) Entrepreneur Development Centre. Follow him on his website and Facebook where he consistently shares his views and thoughts on areas that include Business Communication, Business Development and Leadership.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get Real With People: Brand Persona & Your Business

Marketing

Five Common Reasons Why Your Subscribers Are Not Opening Your Email Newsletter

Marketing

Apple’s Newest iOS Update Is Here: What Can Advertisers Expect

Marketing

5 Proven & Effective Steps To Increase Engagement On Your Email Marketing Strategy

Marketing

Connect
Sign Up For Our Newsletter