fbpx
Connect with us

Subscribe

Marketing

Kelebihan Pemasaran Video Dalam Trend Digital

72 peratus perniagaan telah berjaya meningkatkan ‘conversion rate’ atau menjana jualan melalui kandungan video online

Photo by Yunfan Xu on Unsplash

Kepentingan media sosial sebagai instrumen pemasaran sudah menjadi lumrah bagi kebanyakkan perniagaan pada masa kini. Peningkatan jumlah pengguna media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, YouTube dan pelbagai lagi telah membuka lebih banyak peluang keusahawanan melalui perkongsian yang bermanfaat disamping memperkukuh hubungan prospek serta pelanggan dalam menyokong kemajuan jangka panjang perniagaan.

Seperti yang kita sedia ketahui, mempromosi produk, perkhidmatan atau penjenamaan melalui status di media sosial pada kebiasaannya pasti melibatkan penulisan teks atau disertakan gambar bagi pengisan yang dikongsikan lebih jelas dan menarik. Namun adakalanya, teks penulisan menjadi terlalu panjang sehingga kurang menarik untuk dibaca oleh kebanyakkan audiens berpotensi. Atas faktor tersebut, kandungan video mula menjadi cetusan baharu dalam mencapai impak yang lebih optimum kepada prospek pasaran.

Penciptaan kandungan video secara online kini telah menjadi antara elemen pemasaran digital yang semakin berkembang, mendapat sambutan dan trending bukan sahaja dikalangan pengguna media sosial, tetapi juga menjadi platform pilihan dikalangan pemain dan peneraju digital kini.

Kaedah Pemasaran Video Yang Berkesan   

Berdasarkan kajian oleh Video Marketing Statistics 2021 turut menjelaskan sekitar 72 peratus perniagaan telah berjaya meningkatkan ‘conversion rate’ atau menjana jualan yang memberangsangkan disamping mampu menarik lebih ramai prospek serta pelanggan setia melalui kandungan video online. 

Oleh itu, terdapat beberapa kaedah pemasaran video yang boleh anda dimanfaatkan bagi meningkatkan tarikan prospek dan pelanggan. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan pada kesemua saluran media sosial bagi menyokong engagement, meningkatkan jualan dan kredibiliti perniagaan.

Video Pemasaran Kandungan – Kandungan yang berinformatif dan diketengahkan melalui kaedah penceritaan sentiasa mendapat tempat dihati kebanyakkan audiens. Video seperti ini boleh diketengahkan dalam bentuk drama pendek, penerangan atau perbualan dalam memperkenalkan sesebuah produk atau perkhidmatan. Melalui teknik penceritaan yang jelas dan kreatif dapat mengantikan teknik iklan yang telah digunapakai dalam pelbagai promosi dan kempen terdahulu kepada pendekatan yang lebih mendalam dan personal.

Berdasarkan kandungan video seperti ini sememangnya telah terbukti dalam memberi impak yang positif kepada perniagaan atas kemampuannya menyentuh hati dan emosi penonton dalam merangsang prospek untuk mencuba, seterusnya menjana pelanggan setia dalam membina ‘customer loyalty’. Ia juga berkesan dalam menyokong potensi jenama disamping memperkukuh kepercayaan industri serta kredibiliti perniagaan terhadap prospek pasaran.

Video Siaran Langsung – Pada masa kini boleh dikatakan hampir setiap hari kita akan menerimi notifikasi ‘Live’ dari rakan atau kenalan di pelbagai platform media sosial peribadi yang kita miliki. Media sosial seperti Facebook dan Instagram mempunyai fungsi siaran langsung atau Live yang mula mendapat perhatian ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Fungsi Live ini turut membuka peluang kepada para pemasar dan usahawan dalam memperkenal serta mempromosi perniagaan secara terus kepada audiens di media sosial mereka. Ia turut membantu penjimatan kos pemasaran jangka panjang dalam menjayakan pelbagai promosi dan kempen pemasaran secara lebih terbuka kepada sasaran prospek dan pelanggan. 

Mencipta kandungan Live di media sosial juga merupakan antara kaedah berkesan dalam menyampaikan maklumat melalui perbualan dan interaksi bersama pelanggan secara langsung. Namun pastikan penerampilan diri dan penjelasan yang sesuai dengan penerimaan prospek pasaran yang disasarkan agar video siaran langsung tersebut dapat memberi impak yang tepat.  

Video Segmen Bual Bicara – Sesi bual bicara juga merupakan antara segmen yang semakin popular dikalangan pengguna media sosial pada masa kini. Pengisian tersebut boleh dilakukan secara Live dan dirakam untuk diulang siar melalui pelbagai saluran digital dan media sosial. 

Segmen bual bicara ini merupakan pendekatan video pemasaran dalam menghasilkan rancangan yang membincangkan sesuatu topik menarik melalui kolaborasi atau penglibatan bersama beberapa individu lain yang terkait atau mempunyai pengaruh dalam merangsang permintaan pasaran. 

Melalui penglibatan personaliti yang mempunyai kelayakan atau diterima oleh ramai audiens dalam menyokong segmen pasaran yang disasarkan juga amat membantu dalam memperkukuhkan lagi potensi perniagaan. Malah jika diolah dengan pengisian yang kreatif dan informatif serta bersesuaian dapat membantu memperkukuhkan lagi authoriti perniagaan dalam pasaran yang diceburi.

Potensi Video Dalam Pengembangan Trend Digital

Secara keseluruhan, pemasaran video mempunyai kelebihan dalam memaparkan ekspresi yang lebih jelas berbanding elemen penulisan dan gambar. Ini kerana pergerakan yang melibatkan suara, paparan video serta interaksi semulajadi yang menarik audiens untuk menonton dan terlibat dari sekadar membaca.

Sungguh pun begitu, ia tidaklah bermaksud bahawa penulisan dan gambar tidak memainkan peranan penting, tetapi dengan kreativiti dalam mengendali dan mengintegrasi video, penulisan serta gambar di platform digital dan media sosial dapat memberi impak yang lebih besar dalam trend pasaran hari ini.  

Justeru itu, memanfaatkan kelebihan video sebagai elemen pemasaran digital merupakan salah satu landasan yang mampu melonjakkan lagi potensi dan kredibiliti perniagaan. Pemasaran video secara online ini juga merupakan trend sosial yang semakin berkembang sebagai pilihan paling popular bagi kebanyakkan pengguna media sosial kini dan di masa hadapan.   

Sign Up For Our Newsletter

Khir Khalid
Written By

Khir Khalid is a certified marketing professional registered with the Institute of Marketing Malaysia. Besides being a columnist at Utusan Malaysia, he is also an associate marketing consultant and a digital content writer for commercial sectors and agencies. Follow him on LinkedIn and website.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

How In-Store Background Music Benefits The Customer

Marketing

Will AI Completely Replace Marketers In The Future?

Marketing

Tips Untuk Kekal Berhubung

Communication

Creating Your Own Marketing WordPress Theme—A Guide

Marketing

Connect
Sign Up For Our Newsletter