fbpx
Connect with us

Subscribe

Google

Google Melancarkan ‘Timelapse’ Di Google Earth

20 juta gambar satelit sepanjang 37 tahun yang lalu diintegrasikan ke dalam kemas kini terbaharu.

Sepanjang 15 tahun yang lalu, berbilion pengguna telah melayari Google Earth untuk menikmati pemandangan planet kita ini daripada pelbagai sudut pandangan. Anda mungkin telah memerhatikan Gunung Everest atau ‘melayang’ merentasi tempat kelahiran anda. Sejak pelancaran Google Earth, kami telah menumpukan usaha kami untuk mencipta replika 3D bumi yang menggambarkan planet kita dalam cara terbaik sebagai sebuah organisma yang hidup dan bernafas.

Dalam kemaskini terbesar Google Earth sejak 2017, anda kini boleh menghayati planet kita dalam sebuah dimensi baharu – masa. Dengan Timelapse di Google Earth, 20 juta gambar satelit daripada gabungan 37 tahun yang lepas telah dimuatkan ke dalam Google Earth untuk menghasilkan sebuah pemandangan planet kita yang boleh dinikmati merentasi masa. Sekarang, sesiapa sahaja boleh memerhatikan masa berlalu merentas bumi dan menjadi saksi kepada perubahan yang berlaku ke atas planet ini sepanjang empat dekad. 

Untuk menerokai Timelapse di Google Earth, sila layari g.co/Timelapse – anda boleh menggunakan bar carian untuk mencari dengan mudah sebarang lokasi di dunia yang hendak diperhatikan untuk menyaksikan peredaran masa. Atau, buka Google Earth dan klik pada ikon kemudi untuk mencari Timelapse pada pelantar penceritaan, Voyager di mana anda boleh mendapatkan panduan interaktif gambaran baharu dan sorotan lokasi yang menarik minat anda. Kami juga telah memuat naik lebih 800 video Timelapse di dalam bentuk 2D dan 3D untuk kegunaan awam di g.co/TimelapseVideos. Anda boleh memilih sebarang video yang dikehendaki dalam format sedia-guna MP4 atau tonton sahaja sebagai video di YouTube – anda boleh juga melihat Kuala Lumpur, Segamat dan Johor Bahru dalam koleksi ini. 

Perhatikan bagaimana dataran aluvium yang kaya berpunca daripada Sungai Baram menyumbang kepada pertanian di kawasan itu. 

Perkampungan nelayan kecil di Sekinchan, yang juga merupakan kawasan penghasil padi utama di Selangor, telah berubah sepanjang masa.

Perkembangan bandar di sekitar Seberang Perai dan Bayan Lepas di mana Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (juga dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang) dapat dilihat melalui Timelapse.

Kagumi bagaimana Pelabuhan Klang (atas) dan Sepang (bawah) telah berkembang selama bertahun-tahun.

Hargai bagaimana masyarakat Orang Asal di serata Malaysia, seperti puak Jakun di Kampung Peta telah hidup harmoni dengan persekitaran di tanah adat mereka selama berabad-abad lamanya.

Fahami punca perubahan muka bumi

Kami bekerjasama dengan para pakar di CREATE Lab, Universiti Carnegie Mellon untuk membina teknologi yang menjadikan Timelapse sebuah realiti, dan kami bergabung tenaga dengan mereka sekali lagi untuk memahami apa yang diperhatikan. Lima tema muncul setelah kami memerhatikan apa yang sedang berlaku di bumi – perubahan di hutan, percambahan bandar, peningkatan suhu, sumber tenaga, dan keindahan bumi kita yang rapuh. Untuk setiap topik ini, Google Earth membawa anda melalui sebuah penjelajahan berpandu supaya anda dapat menghayati perubahan yang sedang berlaku kepada planet kita dan cara penduduk di kawasan itu mengalaminya. 

Apakah yang boleh anda lakukan dengan Timelapse? 

Untuk bertahun lamanya, pengguna telah melakukan pelbagai penemuan digital di Google Earth. Dari hutan hujan di atas gunung yang tidak diketahui kewujudannya sebelum ini hingga ke penempatan purba di Ireland, imej satelit di Google Earth telah menjana penemuan baharu serta beberapa kejayaan saintifik. Kami percaya ada di kalangan anda yang akan menemui penemuan yang tidak pernah dilihat sebelum ini dengan Timelapse di Google Earth. 

Masukkan lokasi yang anda inginkan dan arahkan pandangan pilihan anda dalam 2D atau 3D. Panel Timelapse bergerak seiring dengan perubahan yang diperhatikan dalam peta.

Kami menjemput anda semua untuk mencuba sendiri Timelapse dan berkongsinya bersama orang lain — sama ada anda berasa takjub dengan perubahan bentuk garisan air, mengikuti perkembangan bandar-bandar mega, atau menjejaki tahap penebangan hutan. Timelapse di Google Earth adalah bukti visual perubahan mendadak dan dinamik yang dialami planet kita akibat perubahan iklim dan kelakuan manusia, dan harapan kami adalah alat ini akan digunakan untuk mendidik dan memberi ilham kepada orang ramai.  

Sign Up For Our Newsletter

Google
Written By

Our mission is to organise the world's information and make it universally accessible and useful. Have questions? Search for answers at Google today.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your Brain On Korean Drama & How You Can Use This For Your Marketing

Marketing

Pelanggan Membantu Memasarkan Produk

Marketing

Mantap Bersama Dilancarkan Untuk Membantu Perniagaan Kecil Di Malaysia

Google

Brands Lag In Winning Hearts Of Consumers As Customer Experiences Fall Short Of Expectations

Report

Connect
Sign Up For Our Newsletter