Google Malaysia mengeluarkan senarai tahunan ‘Year in Search’-nya hari ini – sebuah imbasan kembali carian kolektif selama 12 bulan yang lalu, yang memberikan pemahaman mengenai individu, topik, dan peristiwa-peristiwa yang menawan rasa ingin tahu dan minat warga Malaysia.
“2020 sememangnya berbeza dan carian paling hangat di dalam senarai Year in Search mencerminkan perkara yang sama – dari menjadi warga dunia yang prihatin, kepada peningkatan carian untuk peralatan pembelajaran digital sementara sekolah-sekolah ditutup di seluruh negara. Kita cuba ambil maklum sepanjang pandemik ini sambil berterima kasih kepada barisan hadapan dan mencari punca bantuan kewangan – pandangan awal cabaran sambil membiasakan diri kepada norma baru. Warga Malaysia juga berpaling kepada makanan sebagai sumber hobi baharu, untuk keselesaan, atau sebagai peluang perniagaan dengan Malaysia mencatat minat carian resipi tertinggi di dunia,” ulas Nadia Khan, Pengurus Komunikasi Produk Pengguna di Google Malaysia.
Cubaan menyediakan sajian yang mengembirakan di rumah
Di serata dunia, carian untuk resipi mungkin telah mencecah tahap tertinggi tahun ini, berbanding tahun-tahun sebelumnya, tetapi ternyata bahawa kita sebagai sebuah negara penggemar makanan mempunyai minat carian tertinggi untuk kategori resipi! ‘Dalgona Coffee’ mendahului senarai ini, lantas menjadi sebuah fenomena sosial – ingat lagi ketika semua cuba berkongsi percubaan mereka sendiri di media sosial? Populariti minuman ini menggalakkan timbulnya versi-versi yang lain seperti ‘Dalgona Milo’, yang juga berada di tangga kedua dalam senarai kategori ini. Lebih banyak masa di rumah meningkatkan keinginan untuk mencuba resipi kek-kek viral seperti ‘Biscoff Cheesecake’ dan ‘Kek Tornado’ yang menggiurkan yang juga menduduki tangga ketiga dan keempat dalam senarai ini. ‘Kek Marble Jelita’ menyusuri di kedudukan kelima.
Pastri, pencuci mulut, dan juadah ringan tempatan mengambil tempat selebihnya di senarai carian terhangat ini – ‘Youtiao’ , ‘Kuih Cek Mek Molek’, ‘Apam Balik’, ‘Taufufa’ dan ‘Burnt Cheesecake’.
Pencarian untuk sokongan kewangan
Satu lagi kategori yang menonjol tahun ini adalah carian-carian mengenai bantuan kewangan daripada kerajaan memandangkan industri, perniagaan, dan masyarakat cuba mengekalkan kehidupan seharian masing-masing. Tidak hairanlah, ‘Bantuan Prihatin Nasional’ dibawah pakej rangsangan ekonomi, PRIHATIN muncul sebagai carian terhangat di dalam kategori ini. Skim bantuan ‘Bantuan Sara Hidup’ yang diterajui kerajaan sebelum ini menduduki tangga kedua. ‘KWSP i-Lestari’ carian terhangat yang ketiga dalam senarai ini melegakan ahli-ahli KWSP yang dibenarkan pengeluaran sehingga RM500 sebulan daripada akaun 2. Skim perlindungan kesihatan takaful percuma ‘mySalam’ yang melindungi kira-kira 8 juta rakyat Malaysia berada di kedudukan seterusnya sementara ‘LHDN semakan’ berada di kedudukan yang kelima.
Bantuan lain yang turut menjadi carian terhangat adalah – ‘eGUMIS’, ‘Geran Khas Prihatin’, ‘Program Saringan Prihatin PERKESO’, ‘Bantuan Khas Sarawakku Sayang’ dan ‘Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia’
Bersedia menghadapi Covid-19
Pencarian-pencarian yang dilihat memberikan gambaran mengenai cara rakyat Malaysia sedang bertindak balas terhadap pandemik ini – carian yang diwakili secara luas ini mencadangkan kita masih kekal berjaga-jaga, terus mengikuti perkembangan terkini, dan sedar akan cara mengentikan penularan wabak ini. Sementara itu juga, warga Malaysia sangat berterima kasih kepada frontliners (pekerja barisan harapan) yang bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk membantu kita memerangi virus ini – ‘Coronavirus’, ‘Thank you coronavirus helpers’ dan ‘Coronavirus tips’ menjadi carian terhangat dalam kategori ini.
Sebuah detik yang penting untuk Realme
Senarai Year in Search untuk gajet tahun ini menunjukkan bahawa carian untuk peranti-peranti Realme menjadi tren tahun ini di kalangan rakyat Malaysia – peranti-peranti jenama ini mendominasi senarai sepuluh carian terhangat tahun ini. ‘iPhone 12’ daripada Apple adalah satu-satunya jenama lain yang berjaya menembusi senarai ini.
Drama dan siri realiti membawa masuk tontonan – ada juga yang mencapai rekod tontonan tertinggi
2020 merupakan tahun dimana kita mencari cara untuk berhibur di rumah. Dengan warga Malaysia berpaling kepada drama dan hiburan siri TV realiti, tak hairanlah untuk binge-watching atau menonton secara maraton mencapai tahap tertinggi di Malaysia dan seluruh dunia pada tahun ini.
Paling atas di senarai carian terhangat adalah drama TV – ‘? ? ?? 4’ (Forensic Heroes IV) yang telah melepasi tontonan ketiga-tiga musim sebelumnya, sebahagiannya disumbangkan oleh penonton di rumah semasa pandemik. ‘7 Hari Mencintaiku 2’ yang berjaya mencapai 12 juta penonton sepanjang 33 episod yang disiarkan juga mendapat sambutan yang hangat di media sosial.
Drama Korea ‘The world of the Married’ yang mempunyai pengikut setia tempatan menduduki tempat ketiga – drama ini juga menjadi drama yang tertinggi dinilai di kabel YV Korea dan mengundang jumlah penonton yang tertinggi pada episod terakhir sejak siarannya. Seterusnya adalah filem Korea yang memenangi Oscar, ‘Parasite’ yang disiarkan tahun lepas tetapi terus meraih populariti tempatan sebahagiannya disebabkan pawagam-pawagam tempatan membuat tayangan semula awal tahun ini.
Lain-lain yang memasuki senarai ini – ‘?? ?? 3 (Line Walker 3)’, ‘?? ? ? 2 (Youth With You – Season 2)’, ‘Bigg Boss 4 Vote’,?? ?? (Airport Strikers), Crash Landing on You, dan ‘? ? ?? (Nothing But Thirty)’
Rumusan: Sebuah tahun untuk detik-detik politik yang menjadi penentu, kelangsungan ekonomi, dan penerimaan digital
Warga Malaysia tidak terasing daripada demam pilihan raya presiden Amerika Syarikat, yang menempatkan penyandang jawatan Donald Trump menentang bekas timbalan presiden, Joe Biden – ‘US Election 2020’ menjadi carian nombor satu tahun ini. ‘Google Classroom’ menduduki tangga kedua semasa warga pelajar dan pendidik berusaha untuk mengadaptasi kepada pembelajaran digital berikutan pengeluaran arahan duduk di rumah. ‘Bantuan Prihatin Nasional’ dan disusuri ‘Bantuan Sara Hidup’, ‘Coronavirus’ dan ‘i-Lestari’ di senarai carian memampangkan cara rakyat sekalian menghadapi wabak Covid-19.
Carian lain yang turut memasuki senarai sepuluh carian terhangat terdiri daripada – ‘Realme 6 Pro reviews’, ‘English Premier League’, ‘Google Meet’ dan ‘mySalam’.
Untuk senarai penuh dan kategori-kategori carian terhangat lain – berita terhangat, sukan, dan individu – kunjungi g.co/2020trends/MY.
Selain mengetengahkan perkara dan peristiwa yang menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan warga Malaysia, peralatan Google Search juga menawarkan cerapan kepada topik-topik yang menarik perhatian seluruh dunia pada tahun 2020. Ikuti laman tren global untuk mendalami senarai, carta, dan cerita Year in Search daripada Malaysia dan serata dunia.
Tontoni video Year in Search di sini dan terokai lebih banyak tren daripada tahun ini di https://google.com/yearinsearch.
Apa itu ‘Year in Search’ daripada Google?
Google mendedahkan semangat dan ketentuan zaman kini berdasarkan internet dengan menerokai lebih satu trillion carian yang diterima setiap tahun. Selain carian akhir tahun yang menyoroti tren carian tahunan, kami juga mempunyai beberapa peralatan yang memberi pemahaman kepada tren carian sedunia, rantau, serta tren carian lepas dan terkini. Peralatan Google Search tidak dapat mengenalpasti pengguna secara individu kerana kami bergantung kepada kiraan tidak bernama yang dijumlahkan untuk setiap kali sebuah carian berlaku dalam sesuatu tempoh masa. Peralatan ini boleh didapati sepanjang tahun untuk diterokai dan untuk dipelajari daripada di trends.google.com.my.