Setiap perjalanan sesuatu perniagaan dan jenama, pasti ada permulaannya yang menjadi faktor pemangkin bagi kejayaan yang dikecapi.
Ramai di luar sana yang ingin melaksanakan personal branding tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Artikel ini ditulis untuk berkongsi bagaimana cara dalam memulakan personal branding yang dilakukan oleh Fara Naqui.
Sama seperti fresh graduate yang lain, Fara Naqui juga melakukan perkara yang sama dengan melayari semua platform job portal di Malaysia seperti Jobstreet, Maukerja dan sebagainya untuk mendapatkan pekerjaan. Namun, di sini bermulanya perjalanan personal branding Fara Naqui apabila beliau membaca sebuah buku bertajuk What Color Is Your Parachute yang ditulis oleh Richard Nelson Bolles.
Buku ini berkisarkan tentang tips mencari pekerjaan di mana terdapat bahagian dalam buku tersebut yang menceritakan berkenaan dengan LinkedIn. LinkedIn adalah sebuah platform media sosial yang profesional untuk anda membina personal branding. Seperti yang ditulis dalam artikel sebelum ini, untuk melaksanakan personal branding, anda perlu laksanakan tiga langkah utama iaitu Brand positioning, Brand Personality dan Brand Execution.
Contoh untuk positioning dalam personal branding Fara Naqui adalah di mana nama Fara Naqui dicipta daripada nama penuh beliau iaitu Wan Faranaquiah. Apabila hendak melakukan personal branding, nama yang dipilih haruslah pendek supaya mudah untuk diingat oleh orang ramai. Sebab itulah Fara Naqui memilih nama ini yang mempunyai maksudnya yang tersendiri serta mudah untuk diingati.
Seterusnya, positioning juga merujuk kepada bagaimana anda mahu dikenali sebagai seorang yang pakar, berpengetahuan serta berpengalaman dalam sesuatu bidang tertentu. Berbalik kepada perjalanan personal branding Fara Naqui, pada tahun 2017 beliau telah menjalankan personal branding di LinkedIn.
Dalam masa beberapa tahun Fara Naqui membina personal branding di LinkedIn, beliau berjaya memperoleh beberapa jawatan pekerjaan yang diinginkan dan jawatan pertama yang diperolehi beliau adalah Head of Social Media di Lelong.my, iaitu antara salah sebuah syarikat e – commerce yang terkenal di Malaysia.
Selain itu, Fara Naqui juga memperoleh jawatan sebagai Director of Marketing Communications di Nubex.my dengan hanya menggunakan kaedah personal branding di LinkedIn.
Fara Naqui juga pernah menjadi Vice President Consumer Engagement Content Strategist di syarikat rentDAX pada tahun 2018. Dan akhir sekali jawatan yang dipegang oleh Fara Naqui sebelum beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan adalah sebagai General Manager. Keempat–empat jawatan ini membuktikan keberkesanan pelaksanaan personal branding dan semua jawatan ini diperoleh tanpa dipohon di mana – mana platform job portal. Untuk pengetahuan umum, Fara Naqui di scout sendiri oleh founder syarikat berkenaan di LinkedIn.
Ini adalah contoh yang sangat jelas mengapa anda perlu melakukan personal branding. Di luar sana, terdapat banyak persaingan yang bukan sahaja daripada segi calon malahan juga kriteria yang banyak ditetapkan untuk sesebuah jawatan.
Melalui brand personality dalam personal branding, anda boleh menonjolkan personaliti, pengetahuan serta kemahiran yang anda miliki supaya bakal majikan anda merasa yakin untuk memberi peluang pekerjaan kepada anda.
Langkah dalam membina personal branding yang dilakukan oleh Fara Naqui yang seterusnya adalah brand execution. Apa yang dilakukan oleh Fara Naqui sewaktu fasa permulaan dalam membina personal branding adalah beliau membuat observation tentang bagaimana cara penggunaan dan content apa yang patut dilaksanakan di sesuatu platform media sosial tersebut.
Akhir sekali, langkah untuk membina personal branding adalah dengan execution, iaitu dengan mengambil satu contoh konsep dan mengubah dengan cara tersendiri agar kelihatan lebih menarik. Cara ini juga lebih dikenali sebagai “tiruvasi”. Berbeza dengan copy and paste, konsep tiruvasi ini adalah lebih tertumpu kepada pengolahan idea yang sedia ada yang diinovasikan dengan idea anda tersendiri.
Artikel ini ditulis berdasarkan perkongsian secara langsung (LIVE) di laman media sosial Fara Naqui.
Fara Naqui adalah seorang usahawan yang telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan dan berpengetahuan dalam personal branding melalui perkongsian secara langsung di media sosial. Beliau aktif menyampaikan content untuk personal branding di laman web Fara Naqui, LinkedIn, dan YouTube.