fbpx
Connect with us

Subscribe

Malaysia

Apakah Pemacu Pencarian Pengguna Malaysia?

Cerapan untuk jenama-jenama dan para pemasar dari Google Trends

Image by Photo Mix from Pixabay

Sama ada anda seorang usahawan permulaan yang mencari cara baru untuk menjangkau para pelanggan, atau seorang pemasar berpengalaman yang sedang membangunkan sebuah jenama dari mula, carian dalam talian merupakan satu penunjuk penting niat seseorang pengguna. 

Lagipun, rakyat Malaysia menjangkakan internet untuk memainkan pelbagai peranan, termasuklah penghibur peribadi, agen percutian, pemandu restoran tempatan, dan sumber kebenaran serba lengkap. 

Sebagaimana Year in Search tahunan Google mengumpul carian sohor kolektif serta memberikan gambaran rasa ingin tahu negara sepanjang tahun, laporan Year in Search Insights for Brands oleh Google memberikan pencerahan mengenai trend-trend utama yang dipacu demografi dalam talian merentas negara di samping menawarkan panduan kepada barisan jenama yang ingin meningkatkan mutu perkhidmatan kepada para pelanggan di saat paling penting. 

“Rakyat Malaysia dan telefon pintar mereka sememangnya tidak dapat dipisahkan — mereka sentiasa mencari pengalaman dan tawaran terhebat yang berada di sekitar mereka,” ujar Jenny Lim, Ketua Carian, Google Malaysia. “Kami juga mendapati kandungan tempatan adalah pemacu utama kelakuan pengguna dan sebahagian besar peluang e-dagang wujud di luar bandar-bandar utama kita. Akhir sekali, rakyat Malaysia didapati menjadi pengguna yang semakin berkesedaran dan bercita-cita untuk mengamalkan penggunaan yang bertanggungjawab.” 

Dalam laporan yang baru dikeluarkan ini, Google telah menggariskan lima trend yang mengolah pencarian pengguna Malaysia: 

Kehampiran dan kesenangan mencetuskan niat. Para pengguna mengjangkakan Search untuk memahami niat di sebalik keperluan mereka dan memberikan jawapan terbaik serta paling membantu dalam mengesahkan pilihan-pilihan mereka. Carian-carian “berhampiran saya” telah meningkat 2.3X dalam dua tahun kebelakangan ini, termasuklah 2.2X untuk “terbaik” + “berhampiran saya” dan 1.2X untuk “terdekat”, atau “close by”, sementara carian untuk “dibuka sekarang” telah meningkat sebanyak 1.8X. 

Dalam talian bertemu luar talian — kajian dilakukan sebelum, ketika dan selepas lawatan kedai. Dengan keupayaan untuk melakukan kajian dalam talian terlebih dulu, rakyat Malaysia lebih dilengkapi informasi setibanya mereka di kedai. Web mudah alih telah mencetuskan pencarian di mana sahaja ketika wujud keperluan berbuat sedemikian. 6 daripada 10 pembeli dalam kedai menggunakan Search sebelum membuat pembelian, manakala 4 daripada 6 aktiviti yang dilakukan rakyat Malaysia sebelum pembelian berlaku dalam talian. 

E-dagang sedang berkembang di luar bandar-bandar dan ke kawasan bukan metro. Internet serta limpahan perkhidmatan e-dagangnya telah memberikan rakyat di luar bandar Malaysia menikmati akses kemudahan-kemudahan bandar yang belum pernah dialami sebelum ini. Meskipun kalangan pengguna bandar secara tipikalnya berbelanja 3X ganda berbanding mereka yang tinggal di kawasan bukan metro, bilangan pengguna dalam talian bukan metro Malaysia dijangka akan meningkat hampir 2 kali ganda berbanding bandar besar dalam lima tahun akan datang. 

Daya tarik kandungan tempatan menyemarakkan minat. Sama ada di telefon pintar atau di hadapan TV pintar di rumah, rakyat Malaysia boleh memilih apa yang ingin mereka tonton pada bila-bila masa. Semakin khalayak cenderung ke arah mewujudkan waktu perdana tersendiri, permintaan terhadap kandungan digital tempatan semakin meningkat. 90% daripada rakyat Malaysia berumur lebih 18 tahun menonton YouTube setiap bulan, dan terdapat peningkatan 5X untuk khidmat pesanan video serta pencarian berkaitan langganan pada tahun lepas. 

Ke arah penggunaan sedar dan bertanggungjawab. Gerakan kelestarian telah mempengaruhi gaya hidup kita dan bagaimana perniagaan beroperasi. Rakyat Malaysia semakin mencari jenama-jenama yang menerajui penggalakan produk serta perkhidmatan yang memberikan impak alam sekitar yang rendah, termasuklah anjakan positif persepsi terhadap plastik terbiodegradasi, kereta hibrid dan kereta terpakai serta barangan terpakai dan penyewaan barang. Pencarian “sewa baju” telah meningkat 1.9X, “perabot terpakai” sebanyak 1.7X dan “kereta terpakai” sebanyak 1.3X. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan penggunaan Google Search oleh pengguna Malaysia, sila lawati Think With Google dan muat turun laporan tersebut.

Penyelidikan diketuai Jenny Lim, “Head of Search” dari Google Malaysia

Sign Up for Our Newsletter

Editorial Team
Written By

Do you have an article, infographic, podcast, presentation slides, press release or a key individual from your organisation that you'd like to highlight on Marketing In Asia? Head on over to Upload Your Content for more info.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Doodle Meraikan Ahli Etnografi Kelahiran Sarawak, Benedict Sandin

Google

macbook on brown wooden table macbook on brown wooden table

How We Keep You Safe In The Products You Use Every Day

Google

bird s eye view photo of bridge during daytime bird s eye view photo of bridge during daytime

Waze On: New Features To Make Your Experience On The Road Better

Google

Introducing Google Workspace: Everything You Need To Get Anything Done, Now In One Place

Google

Connect
Sign Up for Our Newsletter