Connect with us

Subscribe

Khir Khalid

Elemen Asas Pemasaran Kandungan Bagi Meningkatkan Kredibiliti Perniagaan

77% pengguna internet di seluruh dunia masih menerima blog sebagai platform rujukan di enjin carian

Photo by Pixabay from Pexels

Pengalaman melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan wabak Covid-19 sebenarnya turut menyedarkan kita tentang kepentingan teknologi digital. Bayangkan jika situasi seperti ini berlaku pada era analog. Informasi pasti tidak dapat disebarkan dalam kadar yang pantas, malah urusan kerja pun boleh lumpuh sepenuhnya.

Kemajuan teknologi digital bukan sahaja memberi kita informasi dan kemudahan berkomunikasi dengan lebih kos efektif, tetapi membantu sebahagian besar urusan dilakukan secara atas talian. Secara tidak langsung, situasi kini memaksa lebih ramai pihak untuk mula mendalami potensi ‘online’ bagi memudahkan segala urusan dilakukan dari rumah.

Bagi ahli pemasaran atau usahawan atas talian, perkembangan dunia digital sememangnya tidak harus dipandang sebelah mata. Antara perkara penting yang perlu diketahui adalah elemen pemasaran kandungan (content marketing). Ia penting agar strategi pemasaran yang dibangunkan dapat memberi impak kepada prospek pasaran.

Apa Itu Pemasaran Kandungan?

Pemasaran kandungan adalah salah satu aset perniagaan. Secara mudah, ia merupakan pengisian, informasi atau maklumat yang dicipta agar dapat digunakan dalam konteks komunikasi dan interaksi pelanggan, audien serta prospek pasaran. 

Sehingga kini, pemasaran kandungan telah terbukti memberi kelebihan kepada perniagaan dalam memantapkan kepercayaan pasaran sehinggalah menjana jualan kepada pelanggan. Malah ada pakar pemasaran turut menyatakan bahawa pemasaran kandungan adalah masa hadapan perniagaan era digital. Ia bakal memainkan peranan lebih besar berbanding iklan atas talian.

Oleh itu, saya kongsikan beberapa elemen pemasaran kandungan yang boleh anda manfaatkan dalam membina audien, prospek pasaran serta pelanggan dengan lebih strategik dan efektif.

Elemen Asas Pemasaran Kandungan

Berikut adalah beberapa elemen pemasaran kandungan yang terbukti berkesan dalam meningkatkan audien, membina prospek pasaran dan menjana pelanggan perniagaan. Ia berdasarkan realiti pengalaman sendiri serta beberapa individu yang terlibat membangunkan kredibiliti kerjaya melalui potensi atas talian secara sepenuh masa.

Artikel Blog. Perkara pertama yang muncul setiap kali bercakap tentang pemasaran kandungan adalah artikel blog. Ia tetap relevan dalam menyokong kredibiliti kerjaya dan perniagaan jika dimanfaatkan dengan sabar, fokus dan teknik yang betul.

Berdasarkan kaji selidik Hosting Tribunal menunjukkan 77% pengguna internet di seluruh dunia masih menerima blog sebagai platform rujukan di enjin carian. Sejumlah besar prospek akan mencari maklumat melalui fokus pembacaan sebelum membuat keputusan pembelian atau kerjasama perniagaan.

Tambahan lagi, kaji selidik terbaharu oleh optinmonster turut menyatakan bahawa laman web yang mempunyai blog mampu mempunyai potensi sebanyak 434% capaian indeks berbanding yang tiada. Ini kerana enjin carian lebih gemarkan kandungan-kandungan yang segar dari sesebuah laman web.

Blog menjadi elemen membina prospek melalui enjin carian, menarik pembaca organik juga menyokong perkongsian di media sosial. Terdapat artikel rujukan lanjut tentang Kepentingan Laman Web Untuk Bisnes Dan Pemasaran

Video. Sememangnya tidak dinafikan dalam era ‘digital marketing’, video memainkan peranan besar sebagai elemen pemasaran kandungan yang berkesan. Secara realiti, kita boleh lihat daripada sektor korporat dan komersil sehinggalah perusahaan kecil sederhana yang kini semakin giat menghasilkan kandungan video berkualiti untuk manfaat perniagaan.

Tidak ketinggalan juga, senario bertambahnya individu yang memanfaatkan platform video seperti YouTube untuk mencipta nama sebagai ‘vlogger’. Kesemua membuktikan video merupakan elemen pemasaran kandungan yang efektif dalam membina ‘engagement’ prospek pasaran.

Selain itu, kajian optinmonster juga menyatakan sekitar 80% ahli pemasaran bersependapat bahawa video mampu meningkatkan ‘conversion rates’. Kandungan video juga boleh dipadukan pada artikel blog dan boleh dikongsi hampir kesemua platform media sosial.

Imej / Gambar. Satu elemen yang tidak seharusnya kita tinggalkan kerana ia memainkan peranan penting terutamanya dalam menyokong penulisan. Ia mampu menjadikan sesebuah ‘headline’ dan pengisian lebih ‘appealing’ atau menarik perhatian untuk dibaca. 

Bagi sesetengah situasi, imej amat membantu memberi gambaran sebenar kepada pelanggan dengan lebih jelas tentang produk mahupun perkhidmatan yang dijalankan. Melalui penulisan yang terancang dan imej yang baik telah terbukti membantu ramai peniaga atas talian menjana ‘conversion’ pelanggan dengan lebih baik. 

Infografik – Secara asas, infografik mampu menjadikan maklumat lebih menarik serta lebih mudah difahami. Atas faktor tersebut menjadikan infografik berjaya menarik perhatian audien dan turut meningkatkan kredibiliti perniagaan. Ia pada kebiasaannya juga mudah di’viral’kan.

Namun, kita perlu pastikan agar infografik yang direka bertepatan dengan maksud dari data maklumat yang asal, tidak mengelirukan atau disalah ertikan oleh audien dan prospek pasaran. Kesalahan penyampaian infografik boleh menjejaskan kredibiliti maklumat. 

Oleh itu, dapatkan maklumbalas dan pandangan dari beberapa individu terlebih dahulu sebelum ia dikongsikan. Ini penting bagi memastikan apa yang mereka faham adalah selaras data maklumat asal dengan jelas dan tepat.

Kajian Kes – Ramai berpendapat, kajian kes sangat berkesan dalam pemasaran atas talian, malah telah digunapakai sejak dahulu lagi. Ia juga amat efektif kepada prospek pelanggan baru, tetapi juga kepada prospek pelabur terhadap perniagaan yang anda usahakan.

Kajian kes merupakan kisah sebenar pelanggan yang telah mendapat manfaat terhadap produk atau perkhidmatan anda. Ia mengetengahkan jalan cerita tentang bagaimana produk atau perkhidmatan anda berjaya membantu pelanggan mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. 

Testimoni kisah-kisah sebenar pelanggan amat membantu membina kepercayaan prospek pasaran terhadap penjenamaan dan keunikan perniagaan anda dengan lebih mampan.

Memperkasa Kredibiliti Perniagaan Atas Talian

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi elemen pemasaran kandungan yang sentiasa berkembang selaras kemajuan teknologi dan trend pasaran. Namun 5 elemen di atas adalah pilihan asas penting yang patut dimanfaatkan dalam membina audien, menjana jualan dan memperkasa kredibiliti perniagaan.

Selain itu, kenalpasti ‘target audience’ dan fokus dalam memahami niat pengguna dan trend pasaran. Seterusnya, pilihlah elemen pemasaran kandungan yang diyakini paling sesuai dalam hubungan anda dengan prospek pasaran yang disasarkan. Usahakan dengan fokus, sabar dan istiqamah serta sentiasa menambahbaik pengisian dari masa ke semasa.

Teknologi digital akan terus berkembang dan prospek pasaran atas talian juga akan terus bertambah. Sama-samalah kita manfaatkan potensi pemasaran kandungan untuk kebaikan perniagaan.  

Sign Up for Our Newsletter

Khir Khalid
Written By

Khir Khalid is a certified marketing professional registered with the Institute of Marketing Malaysia. He is also an associate marketing consultant and a digital content writer for commercial sectors and agencies. Follow him on LinkedIn and website.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

people wearing diy masks people wearing diy masks

Etika Penting Dalam Merangka Strategi Pemasaran Sosial

Marketing

jamek mosque and big multi storey buildings jamek mosque and big multi storey buildings

Sejauh Mana Pentingnya Pemasaran Digital Untuk Sektor Perniagaan

Khir Khalid

Tidak Perlu Beli Perisian. Ada Cara Mudah Untuk Dapatkan Kedudukan Tinggi Di Google

Azleen Abdul Rahim

Kenali 3 Segmen Pemasaran Strategik Untuk Kempen Periklanan

Khir Khalid

Connect
Sign Up for Our Newsletter