fbpx
Connect with us

Subscribe

Malaysia

Duduk di Rumah Dan Sokong Perniagaan Tempatan Dengan ‘Ramadan bersama Mudah.my’

Mudah.my memperuntukkan kredit pengiklanan berjumlah RM1juta untuk menyokong perniagaan tempatan

Photo by Daria Shevtsova from Pexels

Mudah.my, Malaysia’s Largest Marketplace, telah memperkenalkan inisiatif baharu untuk menyokong perniagaan kecil dan mikro melalui kempen “Ramadan bersama Mudah.my”. Objektifnya ialah untuk membantu peniaga berhubung dengan pembeli secara efektif dan yang lebih penting, berurusan secara selamat tanpa perlu keluar dari rumah.

Mudah.my berbangga menjadi jenama Malaysia dan kempen baharu ini merupakan salah satu daripada projek yang terkandung dalam inisiatif #mudahsokonglokal – di mana Mudah.my menyasarkan untuk bertindak sebagai platform yang menyokong perniagaan dan perusahaan Malaysia. Ini menjadi lebih penting lagi dalam keadaan yang mencabarkan, di mana tidak ramai orang bersedia sepenuhnya untuk menghadapi perubahan yang pantas dan yang tidak dapat dielakkan.

Dengan lebih dari 8 juta pengguna Malaysia setiap bulan, Mudah.my ikhlas ingin menyediakan peluang pemasaran yang lebih luas dan efektif untuk perusahaan kecil dan mikro menjual produk mereka dalam bulan Ramadan. Mudah.my telah memperuntukkan kredit pengiklanan bernilai RM1juta untuk diberikan kepada peniaga yang menyertai kempen “Ramadan Bersama Mudah.my”. Setiap peniaga yang menyertai akan menerima kredit bernilai RM100 yang boleh digunakan untuk menyerlahkan perniagaan mereka dan seterusnya membawa kepada peningkatan jualan. Kategori-kategori yang termasuk dalam kempen ini ialah Makanan, Fesyen, Kesihatan & Kecantikan, Peralatan Mandian & Bilik Tidur, Peralatan Rumah, Perkakas Dapur, dan Perabot serta Hiasan Rumah.

Menurut SME Corp Malaysia, perniagaan mikro, kecil dan sederhana di Malaysia merangkumi 66 peratus tenaga kerja Malaysia. Kami amat berbangga kerana dapat menghulurkan sedikit sokongan untuk perniagaan tempatan dan menghubungkan pengguna kami dengan keperluan Ramadan mereka pada masa yang sama. Kami harap inisiatif ini dapat mempermudahkan orang ramai untuk menyokong perniagaan di sekitar mereka,” kata Gaurav Bhasin, Ketua Pegawai Eksekutif, Mudah.my.

Perniagaan yang berminat untuk menyertai kempen “Ramadan Bersama Mudah.my” boleh melayari https://insights.mudah.my/ramadan-bersama-mudah/ atau menghubungi kami melalui e-mel supportlocal@mudah.my dan 012-230 0316 untuk maklumat selanjutnya.

Selain itu, Mudah.my juga telah melancarkan kempen #mudahdirumah di mana orang ramai boleh membaca berita terkini dan benar COVID-19, termasuk data kes-kes harian yang dikemas kini oleh Mudah.my. Melalui kempen ini, pekerja-pekerja Mudah.my dan rakyat Malaysia boleh juga menyampaikan mesej penghargaan kepada barisan hadapan negara yang memastikan keselamatan kita semua di media sosial. Kandungan kempen ini tersedia disini.

Sign Up for Our Newsletter

Editorial Team
Written By

Do you have an article, infographic, podcast, presentation slides, press release or a key individual from your organisation that you'd like to highlight on Marketing In Asia? Head on over to Upload Your Content for more info.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

person holding pepsi can person holding pepsi can

Etika Appoints Industry Expert Yee Pek Kuan As Vice President Of Marketing

News

REDISCOVER: Classic Hues & Fresh Ideas Combine To Tell New Stories

News

black hyundai palisade car in a garage black hyundai palisade car in a garage

CNN & Hyundai Motor Company Embark On A New Campaign Exploring Innovations In Transport & Mobility

PR Newswire

person jogging person jogging

Herbalife Nutrition Seeks To Break Health Inertia Through The Get Moving With Good Nutrition Campaign & 40th Anniversary Virtual Run

News

Connect
Sign Up for Our Newsletter