fbpx
Connect with us

Subscribe

Malaysia

Pengembangan Digital Dan Pengaruh Trend Pasaran 2021

2021 adalah gerbang permulaan pengembangan digital pada skala yang lebih pantas dan meluas berbanding tahun-tahun sebelumnya

Photo by Jonathan Borba from Pexels

Berdasarkan daripada perkongsian seminar dan forum berkaitan pembangunan digital banyak menekankan bahawa tahun 2021 adalah tahun transformasi pasaran. Ia dicetuskan oleh pengaruh daripada rantaian perubahan trend pasaran dan tingkah laku pengguna hasil pengembangan digital serta ditambah lagi dengan impak krisis wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Antara lain ia bermaksud, pada tahun 2021 ini adalah gerbang permulaan pengembangan digital pada skala yang lebih pantas dan meluas berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pelbagai sektor industri akan menerima kesan terhadap perubahan cabaran pasaran dan persaingan industri yang turut memberi impak kepada cara kerja terhadap kepentingan kerjaya, perniagaan serta cara bermasyarakat.

Sama ada ahli pemasaran, usahawan atau apa jua profesyen yang diceburi, terdapat beberapa elemen asas yang akan terus berkembang dan perlu kita sedari sebagai persediaan demi memanfaatkan potensi pengembangan digital dan perubahan trend pasaran pada tahun 2021 ini.

Pengembangan Trend Pemasaran Digital 2021 

Secara dasar ada empat pengaruh utama yang akan terus berkembang pesat;

Pemerkasaan Artificial Intelligence (A.I.) – Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) dalam teknologi dunia telah berjaya memasuki fasa baru yang lebih berkredibiliti tinggi berbanding sistem teknologi robotik yang pernah dihasilkan. Perkara ini telah pun disuarakan oleh Hanson Robotics, sebuah syarikat pembuatan dan pengeluar teknologi Kecerdasan Buatan (A.I.) yang dimulai dengan kejayaan penciptaan robot A.I. bernama Sophia pada tahun 2015.

Sophia adalah robot A.I pertama yang telah dinobatkan ‘innovation champion’ oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan turut dianugerahkan taraf kerakyatan oleh kerajaan Arab Saudi. Dari aspek produktiviti, boleh disimpulkan bahawa sistem robotik seperti Sophia bakal mengambilalih sebahagian besar peluang pekerjaan manusia dalam pelbagai sektor industri secara lebih meluas dan pantas berbanding skala perkembangan sebelum ini.    

Sehingga kini, pengembangan A.I. telah melepasi peringkat penciptaan sistem robotik yang fleksible untuk digunapakai dalam pelbagai kepentingan sistem pengurusan dan pembuatan. Kini, A.I. menjadi pemangkin dalam pengukuhan landasan Revolusi Industri 4.0 serta persaingan sektor komersil dalam pemerkasaan maklumat, pengurusan data termasuk meningkatkan produktiviti pembuatan dan pengeluaran untuk kepentingan industri di seluruh dunia.

Pengembangan Algoritma Enjin Carian – Sistem teknologi maklumat juga akan terus berkembang hasil pemerkasaan A.I. dan dimanfaatkan oleh pembangun enjin carian dalam pengukuhan penyampaian carian yang efisyen dari masa ke semasa. Ia turut mempengaruhi perkembangan sistem jaringan digital yang lain merangkumi pengurusan data, pembangunan kandungan dan penyebaran maklumat merangkumi kemajuan aplikasi dan pelbagai peranti eletronik pintar.

Perubahan algoritma enjin carian seperti Google juga antara yang memberi kesan kepada sektor perniagaan dan trend tingkahlaku pengguna. Penambahbaikan ciri-ciri optimasi enjin carian, user-generated content dan user experience serta pengubahan polisi terhadap sistem Google AMP dalam mengurus pencarian maklumat dengan lebih sistematik, merangkumi Voice Search dan local SEO turut mempengaruhi algoritma pasaran sedunia.

Penyusunan Platform Digital – Tahun 2021 juga merupakan tahun penambahbaikan bagi pembangun platform digital merangkumi peranan laman sesawang, e-dagang dan media sosial dengan konteks yang lebih fokus. Pengguna laman sesawang CMS WP telah meningkat daripada 28% kepada 34% pada tahun 2020, dan akan terus menunjukkan peningkatan pada tahun ini. 

Platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram mahukan penumpuan konteks kandungan yang bersifat komuniti, manakala LinkedIn untuk pembangunan dan pemerkasaan profesionalisme kerjaya. Penambahbaikan polisi ‘standard community’ oleh pemilik platform enjin carian dan media sosial juga turut menjelaskan kepentingan tersebut.

Kos perkhidmatan data pelanggan yang perlu dibayar oleh perniagaan bagi tujuan pemasaran bersasar seperti di Facebook (Facebook Ads) dan pemasaran enjin carian (Search Engine Marketing – SEM) akan sentiasa dinilai bagi memberikan kadar yang kompetitif. Disamping itu, Facebook juga menyokong pembangunan digital kepada para peniaga melalui insentif geran dan latihan sebagai inisiatif mendepani krisis ekonomi disebabkan krisis pendemik.

Pemerkasaan Platform Marketplace – Tahun 2021 ini juga merupakan gerbang pemerkasaan pasaran dalam talian yang dicetuskan oleh para pembangun marketplace berpengaruh di seluruh dunia. Organisasi penyedia marketplace juga semakin agresif dalam memperkenalkan pelbagai insentif kepada umum bagi menggalakkan perniagaan dalam talian secara besar-besaran. 

Terdapat pelbagai kemudahan yang semakin kos efektif disediakan kepada para peniaga dan usahawan dalam talian untuk meluaskan lagi capaian produk kepada pelanggan dan prospek pasaran. Konsep membuka kedai dan premis perniagaan dalam talian melalui platform marketplace platform marketplace semakin dipercayai dan diperlukan oleh pasaran pengguna seluruh dunia. 

Pemantapan Prasarana Revolusi Industri 4.0 – Komitmen negara dalam memperkasa prasarana Revolusi Industri Ke-Empat (IR 4.0) juga adalah impak daripada rantaian persaingan kemajuan digital di seluruh dunia.Sumbangan sektor e-dagang kepada ekonomi Malaysia juga akan menjadi pendorong utama ekonomi digital menjelang 2021. 

Malaysia juga akan terus memperkasa prasarana digital dengan pelbagai inisiatif baru kepada para usahawan tempatan serta menarik lebih banyak pelaburan strategik peneraju industri global. Secara tidak langsung, pengetahuan dan kemahiran digital menjadi syarat penting yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan termasuk bagi setiap pengusaha untuk meningkatkan produktiviti yang kos efektif dengan daya saing yang lebih mampan.

Memperkukuh Landasan Ekonomi Digital 2021

Justeru itu, empat elemen ini merupakan antara asas penumpuan penting yang diketengahkan oleh para peneraju dan pemain industri digital di peringkat tempatan mahupun global. Tahun 2021 menjadi gerbang dalam memanfaatkan pengembangan digital dan perubahan trend pasaran bagi menjayakan apa jua aspirasi keusahawanan. 

Kuasa internet menjadi dasar penting sebagai penggerak ekonomi dan industri yang turut mempengaruhi tingkahlaku pasaran dan pengguna dalam memenuhi keperluan kehidupan. Landasan digital kini menjadi ruangan pilihan orang ramai berkumpul dan berjual beli serta memenuhi tuntutan kerjaya dan kehidupan.

Tahun 2021 menjadi keperluan kepada perniagaan dalam segenap sektor industri untuk terus memperkukuh landasan kemahiran digital untuk terus berdaya maju. Setiap platform digital ada kelebihan dan potensi yang boleh dimanfaatkan sebaiknya. 

Sign Up For Our Newsletter

Khir Khalid
Written By

Khir Khalid is a certified marketing professional registered with the Institute of Marketing Malaysia. Besides being a columnist at Utusan Malaysia, he is also an associate marketing consultant and a digital content writer for commercial sectors and agencies. Follow him on LinkedIn and website.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 Cool Zoom Virtual Backgrounds To Use

Leisure & Lifestyle

Creating Your Own Marketing WordPress Theme—A Guide

Marketing

Stand Out On LinkedIn With Creator Mode, Cover Story, Service Pages & More!

Marketing

How Can Photographers Monetize Their Unique Skills Through Social Media?

Marketing

Connect
Sign Up For Our Newsletter