fbpx
Connect with us

Subscribe

Perspectives

2021, Mungkin Ia Hampir Sama Dengan 2020 Atau Lebih Teruk

Malah hotel-hotel 5 bintang yang sebelum ini gah dengan status eksklusif mereka juga kini mula membuka gerai-gerai kecil di tepi jalan

Photo by Honey Fangs on Unsplash

Sebulan sudah berlalu pada tahun baharu ini, namun saya lihat keadaan ekonomi dan situasi pandemik COVID-19 di Malaysia tidak banyak berubah ke arah yang lebih positif. Lebih teruk lagi ada lah. Walaupun banyak statistik dan infografik yang dikeluarkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan badan-badan berkanun menunjukkan angka-angka yang positif yang mengatakan ekonomi negara ini masih baik, ia sama sekali tidak dapat diterjemahkan atau dilihat secara fizikal di luar sana. Itu belum lagi kes-kes rasuah mega yang berleluasa di sana-sini yang semakin menggila.

Kita semua dapat melihat rata-rata di internet, akhbar-akhbar dan media sosial, bagaimana susahnya orang ramai kebanyakannya berusaha gigih untuk bertahan. Yang berniaga jatuh terduduk belum mampu bangun, yang berlinangan airmata setiap hari tidak mampu membeli barang keperluan rumah langsung kerana tiada pendapatan, tidak mampu membayar gaji para pekerja kerana tiada pendapatan, yang dahulunya bergaji besar tetapi kini terpaksa mencari nafkah dengan menjadi penghantar makanan dan sebagainya. Malah hotel-hotel lima bintang yang sebelum ini gah dengan status eksklusif mereka juga kini mula membuka gerai-gerai kecil di tepi jalan menjual pelbagai makanan dengan harga jalanan semata-mata untuk survive mengharapkan sedikit pulangan dari orang ramai yang tidak berapa eksklusif. 

Di Shah Alam sahaja, gerai-gerai menjual makanan di tepi jalan bercambah setiap hari. Dari nasi lemak, goreng pisang, sate dan apam balik sampailah kepada burger murah dan mahal, nasi campur dan juga kuih keria. Mengapa makanan? Kerana orang Malaysia memang pantang tengok makanan. Di Malaysia, perniagaan yang betul-betul ‘boleh jalan’ hanyalah yang berasaskan makanan, e-dagang, peranti-peranti digital dan fesyen. Perniagaan menipu orang juga semakin meningkat dengan pelbagai bentuk scam yang wujud di luar sana. 

Tidak dinafikan juga, ada yang tidak terkena langsung dengan tempias negatif ini. Ada yang masih boleh menukar kereta baharu, membeli rumah baharu, membeli set sofa baharu dan masih lagi dibayar gaji berpuluh ribu ringgit sebulan. Namun saya lihat peratusan ini sangat kecil. Inilah yang dikatakan rezeki. Tidak semua akan mempunyai rezeki yang baik dalam satu-satu masa dan tidak semua juga akan mempunyai rezeki yang kurang dalam satu-satu masa. 

Pada bulan Oktober tahun lalu, saya secara diam-diam membuat sedikit ramalan untuk diri sendiri dan NSE, syarikat perkhidmatan pemasaran saya. Tahun 2021 mungkin tidak seindah yang dijangka kerana pandemik COVID-19 merebak dengan terlalu cepat. Ia begitu licik dan tidak mudah untuk ditewaskan. Ia pasti akan mengambil masa 1-2 tahun ataupun lebih. Jadi, secara automatiknya keadaan ekonomi di Malaysia juga bakal menghadapi musim tengkujuh yang tidak menentu yang bakal berpanjangan. Ekonomi Malaysia yang pada masa ini terbaring kesakitan menunggu masa untuk pulih, akan kekal terbaring untuk setahun dua lagi.

Kata kunci di sini ialah masa.

Pada pendapat peribadi saya, paling awal pun mungkin tahun 2022 baharu kita akan mula melihat negara ini kembali duduk dan tahun berikutnya akan mula berdiri dengan sendirinya. Untuk betul-betul berlari, ia pasti akan mengambil masa lagi setahun dua. Itu paling awal. Paling lambat, saya rasa mungkin tahun 2023. Ini kerana kes-kes positif di Malaysia pada hari ini sudah masuk angka 5,000+. Saya tak rasa dalam masa setahun kes-kes begini akan dapat dikurangkan pada dua atau satu angka sahaja. Mungkin ia akan mengambil masa dua tahun. Jadi 2023 merupakan satu jangkaan yang realistik.

Saya ada terbaca laporan beberapa minggu lepas yang mengatakan kini sudah 14,000 bisnes, besar dan kecil, di Malaysia telah ditutup. Secara kasarnya ia mungkin satu angka yang tidak besar tetapi impaknya sangat ketara sekali. 14,000 bisnes mungkin mempunyai pekerja yang berkali-kali ganda jumlahnya. Bayangkan setiap dari mereka mempunyai ahli keluarga yang sangat mengharapkan pendapatan dari gaji atau elaun bulanan dari syarikat-syarikat yang ditutup tadi. Itu baharu 14,000. Mungkin angka ini akan menjadi 20,000 atau 50,000 atau mungkin mencecah ratusan ribu sedikit masa lagi. Sesuatu yang sangat ngeri untuk difikirkan.

Mengambil kira keadaan ini, sebagai seorang pemasar digital yang mempunyai sebuah agensi yang tidak begitu besar, saya sama sekali tidak boleh mengharapkan pulangan dari para pelanggan dari dalam negara sahaja. Saya juga tidak mengharapkan apa jua bantuan dari kerajaan. Memang tidak pernah pun sebenarnya. Situasi buruk ini boleh mengundang padah kepada NSE dan ia barangkali berpeluang cerah untuk tutup. Dan saya terpaksa mencari pekerjaan tetap untuk menyara keluarga di rumah. 

Sejak bulan November lalu, syarikat perkhidmatan pemasaran saya, melalui rangkaian media sosial dan enjin pencarian Google, mula bergiat aktif mencari dan mendapatkan potensi pelanggan dari luar negara juga terutamanya dari negara-negara ASEAN yang lain. Walaupun strategi ini masih baharu dan belum membuahkan hasil, namun ia perlu dilakukan sekarang. Dengan berbekalkan kualiti kerja yang baik dan harga bagi setiap perkhidmatan yang berpatutan, saya amat mengharapkan ia betul-betul akan berhasil sedikit masa lagi. Pelan jangka panjang ini sangat-sangat penting. 

Sekiranya keadaan anda seperti saya, mempunyai perniagaan kecil, menyara keluarga melalui pendapatan yang ada tetapi menjangkakan pada masa akan datang ia akan terumbang-ambing, yang mana anda tidak nampak ia mampu pergi lebih jauh akibat kekangan ekonomi dan permintaan, mungkin sudah tiba masanya anda melihat kembali struktur perniagaan anda itu dan mula membuat perubahan sedikit bagi membolehkan ia menerima pelanggan dari luar negara. Ke arah globalisasi, tema ini kita patut terapkan dalam perniagaan kita hari ini.

Walaupun pandemik COVID-19 dan ekonomi yang kita alami sekarang ini agak teruk, saya juga lihat wujudnya sedikit ruang dan peluang untuk kita merombak apa yang ada untuk ke arah yang lebih baik. Sudah tiba masanya untuk kita keluar dari kepompong Malaysia, ke luar dan membawa pulang matawang asing seperti Dollar Amerika Syarikat, Dollar Singapura, Dollar Australia, ataupun Euro. Kini dengan digital, ia jauh lebih mudah dari dahulu.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Azleen Abdul Rahim is the Co-Founder of Marketing In Asia. He also runs NSE, a social media management company. Follow him on LinkedIn.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

How Reverse Mentoring Can Eliminate Ageism In The Workplace

Perspectives

What’s Next For Influencer Marketing?

Perspectives

Gaming: Connected TV’s Hidden Champion

Perspectives

e-Signature: Is It Speeding Up Or Derailing Digitization?

Perspectives

Connect
Sign Up For Our Newsletter