fbpx
Connect with us

Subscribe

Khir Khalid

Potensi Augmented Reality Dalam Pemasaran Digital

Konsep AR pada mulanya telah diperkenalkan oleh Thomas Caudell seawal tahun 1990

Photo by Patrick Schneider on Unsplash

Kemajuan teknologi digital telah banyak membawa perubahan dalam kehidupan kita pada hari ini. Ia amat membantu dalam memudahkan pelbagai urusan kerja dan kehidupan sehingga mempengaruhi kehendak pengguna dan trend pasaran.

Antara teknologi yang terus berkembang dan semakin mendapat perhatian seiring kemajuan dunia digital, adalah potensi Augmented Reality atau Realiti Tertambah (AR). Ia menjadi kaedah yang semakin dimanfaatkan oleh kebanyakan peneraju dan pemain industri dalam menggabungkan visual realiti dengan imaginasi maya melalui paparan skrin komputer dan peranti. Hasilnya, pengguna yang memandang dunia sebenar melalui skrin peranti boleh mengurus model cadangan berpandukan realiti sedia ada.


Berbeza dengan Virtual Reality (VR) yang mencipta pembangunan dunia maya berdasarkan imaginasi dan kreativiti tanpa memerlukan hubung kait realiti, AR memaparkan persekitaran yang diambil dari keberadaan dunia sebenar. Persekitaran tersebut boleh diolah dengan memuatkan pelbagai objek, ruang atau pembangunan lain yang diperlukan dengan penjanaan sistem kecerdasan buatan (A.I.) melalui pelbagai aplikasi komputer dan peranti.

Augmented Reality Dalam Pemasaran Digital

Konsep AR pada mulanya telah diperkenalkan oleh Thomas Caudell seawal tahun 1990. Ia dijadikan sebagai alat bantuan kepada juruteknik elektrik dalam memperlihatkan contoh gambaran sebenar atau realiti sesebuah projek setelah ia siap, sebelum ia mula dilaksanakan. Namun, penggunaannya ketika itu masih terbatas kepada kepakaran tertentu dan memerlukan pengaturan yang sempurna. Sehinggalah kemunculan digital, ia mula dikembangkan sehingga menjadi salah satu keperluan industri yang semakin berkembang pantas.

Perkembangan teknologi AR telah banyak mengubah cara perniagaan dan pengaruh pasaran. Pada tahun 2021 ini, pembangunan industri AR dan juga VR dijangka bakal menjangkau melebihi USD193 bilion. Ia semakin mendapat permintaan dalam memenuhi keperluan pelbagai industri dan trend gaya hidup sehingga mempengaruhi kepentingan pemasaran bagi sebahagian besar sektor industry dan persaingan revolusi digital global.

Bagi sektor perniagaan yang terlibat dalam hubungan pelanggan industri (B2B), kelebihan AR kini sememangnya diperlukan dalam pelbagai usahasama pembangunan projek untuk lebih produktif dan kos efektif. Antara contoh adalah dalam sektor pembangunan di mana pihak pemaju, jurutera, arkitek dan kontraktor dapat memahami gambaran sebenar sesebuah projek yang bakal dilaksanakan dengan lebih terperinci sebelum projek sebenar dimulakan. Begitu juga dalam sektor pembuatan, perkilangan dan perkhidmatan yang dapat membangunkan visual realiti untuk kepentingan perniagaan secara kos efektif dan strategik.

Perniagaan yang terlibat dalam pasaran pengguna (B2C) juga tidak terkecuali. Kini semakin banyak premis dan showroom dalam talian yang menyediakan kemudahan AR kepada pelanggan bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang keberadaan produk mengikut kesesuaian persekitaran rumah atau premis pelanggan. Antara yang mempelopori kaedah ini adalah jenama cat terkemuka dunia yang menawarkan pelanggan perkhidmatan mengadun warna cat melalui aplikasi AR mengikut kesesuaian kediaman masing-masing. Begitu juga dengan jenama pengeluar perabot terkenal yang turut sama memberi kemudahan AR bagi memuatkan saiz perabot mengikut kesesuaian ukuran ruang kediaman pelanggan sebelum ianya beli.

Selain itu, potensi AR juga turut dimanfaatkan oleh perniagaan retail dan francais dalam memperkukuh hubungan pelanggan melalui pelbagai penganjuran acara dalam talian dan peraduan interaktif. Dengan menggunakan aplikasi tertentu pada peranti mudah alih, pelanggan berpeluang mendapat ganjaran diskaun atau hadiah sebagai peserta peraduan. Ia secara tidak langsung dapat membina awareness dan engagement daripada orang ramai melalui penglibatan interaktif dalam talian bagi menyerlahkan lagi kredibiliti produk, penjenamaan dan goodwill perniagaan dengan efektif dan mesra pelanggan.

Pengembangan Pasaran Era Digital

Terdapat pelbagai lagi potensi AR yang bakal dikembangkan dari masa ke semasa oleh pemain dan peneraju industri digital tempatan dan global. Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima kesan perubahan persaingan industri ini, yang turut mempengaruhi peralihan tingkahlaku pengguna dan trend gaya hidup dalam membuat keputusan terhadap pembelian, hubungan penjenamaan dan kredibiliti jangka panjang perniagaan.  

Justeru itu, setiap peniagaan kini perlu memahami potensi AR sebagai salah satu kepentingan dalam memperkukuh strategi pemasaran untuk terus berdaya maju. Memanfaatkan pengetahuan AR merupakan antara elemen berpotensi dalam arus kemajuan pemasaran era digital kini dan masa hadapan. 

Sign Up For Our Newsletter

Khir Khalid
Written By

Khir Khalid is a certified marketing professional registered with the Institute of Marketing Malaysia. Besides being a columnist at Utusan Malaysia, he is also an associate marketing consultant and a digital content writer for commercial sectors and agencies. Follow him on LinkedIn and website.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Proven & Effective Steps To Increase Engagement On Your Email Marketing Strategy

Marketing

Your Brain On Korean Drama & How You Can Use This For Your Marketing

Marketing

Pelanggan Membantu Memasarkan Produk

Marketing

Why Omnichannel Marketing Iis Important For Customer Journeys

Marketing

Connect
Sign Up For Our Newsletter